Gorespensil



Malam ini malam wida' atau farewell.

Ahli diskusi mingguan "gorespensil" yang lama, baru dan akan datang berkumpul di sebuah kedai nasi arab.

SAS, ZMN, MZJ dan AAAT datang selakh ahli kumpulan lama. Kumpulan sekarang semua datang (ZJ, AEM, NHS) kecuali NBAH kerana ada kelas mengaji, dan AMS kerana masih bekerja di lautan.

Belanja malam itu agak besar, tapi tak mengapa. Ia adalah ucapan terima kasih kepada mereka.

... atas pengalaman yang diberikan.

Pengalaman membawa sekumpulan belia dalam diskusi mingguan, dalam usaha menambahkan kefahaman terhadap agama ini serta jalannya yang amat panjang.

Malam ini adalah malam terakhir aku membawa ahli diskusi yang sekarang, dengan harapan agar mereka dibawa oleh orang yang lebih baik dan lebih sabar.

Aku mendoakan agar Allah memberi hidayah dan petunjukNya kepada mereka serta kepadaku dan menjadikan kita tsabat di jalan ini...


Comments

Popular posts from this blog

Germany