Kisah Jimmy dan Jamal


Jimmy dan Jamal adalah dua orang kawan baik. Mereka sangat suka makan kek.

Cuma Jamal suka membuat kek dan sangat suka mengajar orang membuat kek sebab dia nakkan ramai orang dapat merasai kek ini sebab semua orang boleh buat kek. Jimmy suka makan kek dan dia lebih suka iklankan dan jual kek itu dan Jimmy sahaja yang pandai buat kek itu.

Kecenderungan mereka berbeza kerana masing-masing merasakan itulah cara paling terbaik untuk mengongsikan kek itu kepada semua orang.

Pada mulanya Jimmy dan Jamal menguruskan kedai kek masing2, walaupun menjual kek yang sama. Semuanya berjalan lancar sehinggalah suatu hari, mereka bercadang untuk bersatu tenaga dengan harapan supaya lebih ramai manusia dapat merasa kek yang mereka hasilkan.

Pada awalnya mereka merasakan begitu. Kek tersebar ke seluruh bandar dan ramai orang makan kek. Seolah gabungan itu berhasil.

Namun, Jimmy merasa kurang selesa kerana ramai orang sayang dan suka kat Jamal, sebab Jamal ajar mereka sampai dapat buat kek sendiri. Akhirnya, hanya segelintir sahaja sayang atau kenal Jimmy, walaupun iklan dan propaganda yang dibuat oleh Jimmy merangkumi segala media massa yang ada di TV, internet dan akhbar.

Jimmy mula marah kat Jamal. Tambah2 lagi Jimmy mula set peraturan kepada Jamal supaya Jamal jangan lagi ajar orang buat kek lagi. Tambah lagi ... Jamal kena follow cara Jimmy edarkan kek kepada orang ramai!

Jamal yang baik itu pun mengalah kepada Jimmy atas dasar menghormati Jimmy yang lebih tua darinya.

Setelah beberapa ketika, peminat kek makin berkurangan. Antara sebabnya orang ramai mula bosan sebab kek yang dijual oleh Jimmy dan Jamal. Tambah pula dengan Jimmy yang mula menokok tambah iklan2 kek sehingga ia menjadi indah khabar dari rupa. Tambah lagi dengan Jimmy yang malas untuk menjaga kualiti rasa kek itu kerana dia rasa lagi penting iklan dari rasa kek.

Akhirnya tiada orang yang mahukan kek mereka. Tinggallah Jimmy termenung keseorangan...

Jimmy mula complaint kat Jamal berkenaan hal ini. Jimmy kata dia tidak faham mengapa orang dah tak nak makan kek macam dulu. Jimmy pun mula menyalahkan orang ramai sebab tak nak makan kek itu.

Jamal pun ... (sila isi sambungan kisah itu di sini)

Comments

Popular posts from this blog

Germany