Karnival dan malu...

Semalam aku pergi mesyuarat karnival putahgts dengan HA. Datang pun sebab wakil IkSJ, dgn niat nk tunjuk good impression IkSJ kpd penganjur.

Ramai gak datang. Dari wakil perumahan, NGO dan parti bulan.

Masa IkSJ nak update, kami beritau dah ready utk buat futsal. Bila sentuh pasal khudmat kesihatan yang diharapkan oleh mereka, baru tau kami x dapat penuhi permintaaan mereka. Jawapan ini baru firm semalam, walhal karnival minggu depan!

(dua tiga minggu lepas aku dan HA ada highlight... Tapi pihak atasan tak beri jawapan atau apa2 indikator... Lalu kami assume ia ok la... Tup tup jadi mcm ni... )

Dengan senyum tawar,pengerusi karnival kata "tak mengapalah, kita tengok mcm mana. Kita try cara lain"

Waaah! Aku dan HA rasa malu bukan kepalang. Mengapa kita beritau sekarang, bukan dua tiga minggu sebelum ini!?

Lagi malu bila Yayasan Amal offer akan usaha untuk penuhi slot khidmat kesihatan IkSJ walaupun mereka sudah ada slot khidmat kesihatan oleh mereka hari Ahad.

Untuk cover up sikit .. Tiba2 kami offer untuk sponsor hadiah hamper tambahan (walaupun bajet hadiah ni belum lulus oleh jkd lagi... Belasahlah!)

Waah! Sungguh tidak baik imej IkSJ kali ni. Alu rasa kepercayaan MPSJ kat kita mungkin drop 80%.... (agak exeggerate kat sini)

Ya Allah, jangan kau jadikan hiccup ni mencacatkan dakwah kami di daerah ini...

Comments

Popular posts from this blog

Germany