Adakah anda terfikir, ketika anda berehat di rumah ... tanpa sedar, anda menjadi punca kepada kerosakan yang ada di dunia ini? Masakan begitu?! Adakah dengan berada di rumah dan berehat sahaja sudah jadi sedemikian? Mari kita lihat ... di saat ini, dunia dikuasai oleh kejahatan dan musuh-musuh islam. Malah mereka setiap hari merancang dan melaksanakan pelbagai agenda untuk memastikan dunia di bawah cengkaman mereka, dan memastikan tiada siapa yang bangkit untuk menghancurkan mereka . Untuk itu, mereka pastikan masyarakat seluruhnya rosak dan hilang keinginan dan jati diri. Mereka tabur hiburan kepada remaja dan memastikan mereka tenggelam sedalam-dalamnya ke dalam hiburan ini. Sememangnya apabila kita melihat remaja di sekeliling kita, semuanya terpengaruh dan tenggelam sama sekali, melainkan mereka yang dipilih olehNya untuk berpegang kepada islam. Tidak cukup dengan itu, mereka pastikan masyarakat mengejar harta dan wang, dan tidak putus-putus untuk mengejarnya. Lihat kehidupan kita...