Hari ini aku melihat sahabatku menaiki bas ekspres ke miri buat kali terakhir. Selama 5 tahun lebih dia menaiki bas Mtc itu setiap petang jumaat untuk bertemu isteri dan anak tercinta. 5 tahun yang amat panjang itu, dia hanya bersama dengan anak sulungnya yang berusia 4 tahun selama 10 bulan sahaja. Aku amat gembira melihatnya gembira. Dia telah melakukan perubahan dan melalui perubahan di bintulu ini. Semoga kita berjumpa lagi.
Posts
Showing posts from April, 2006
- Get link
- X
- Other Apps
Hari demi hari aku memerhatikan hosmetku itu. Begitu gembira dia melalui hari-hari terakhir sebagai orang yang bekerja di bintulu ini. Aku belum pernah melihat dia gembira sebegini. Aku amat memahami mengapa dia gembira .. kerana aku sekarang merasai apa yang dia telah rasai... 6 tahun dia berjauhan dengan isteri dan anak tercinta. 6 tahun dia bersabar dan menantikan peluang. 6 tahun dia menangis. 6 tahun dia bekerja. 6 tahun yang amat panjang. 6 tahun itu ... sudah berakhir. Keadaanku yang juga berjauhan dengan isteri menjadikan aku amat memahaminya. Adakah aku akan menunggu 6 tahun lagi? .... Wahai tuhan, tunjukilah aku jalan .... ke mana harus aku pergi?
- Get link
- X
- Other Apps
Tadi pergi kursus People TurnAround. Hmm .. menarik juga. Apa yang aku dapat simpulkan dari kursus ini ... kejarlah apa yang anda impikan. Jangan biarkan diri anda terperangkap dengan keadaan selesa. Keluarlah dari kepompong ketakutan. Hadapilah tekanan, kerana tekanan pasti ada, yang menjadikan kita stress ialah apabila hati tidak mampu menghadapi tekanan itu.
- Get link
- X
- Other Apps
Segala puji bagi Allah. Segala puji atas segala nikmatNya yang diberikan kepadaku. Segala puji bagi Allah yang telah memperkenankan doaku. Merenung kembali akan apa yang telah Dia berikan kepadaku, menjadikan aku tersenyum dikala hati sakit menghadapi cabaran yang ada di sekeliling ini. Segala puji bagiMu kerana telah menjadikan perkahwinanku berjalan dengan baik tempoh hari. Segala puji bagiMu kerana menjodohkan aku dengan seorang akhawat yang solehah, yang menyejukkan mataku, yang menghilangkan stressku. Segala puji bagiMu kerana menjadikan keluargaku dan keluarga mentuaku memahami aku dan isteriku dan menerima kami berdua dengan baik. Segala puji bagiMu... Ampunilah aku kerana sering bersangka tidak elok .. terutamanya di kala hati ini diuji dengan ujian yang hebat ini....
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini pertama kali aku menangis kerana rasa kecewa dan rindu kepada keluarga. Hari ini aku bercadang untuk pulang ke KL, dengan harapan dapat bertemu isteriku. Tiba2 terpaksa balik lambat kerana kena memastikan pemasangan dan penerimaan alat di loji berjalan dengan baik. Hatiku amat kecewa ... kerana aku terpaksa mengorbankan keluarga demi kerja ....
- Get link
- X
- Other Apps
Hmm .. baru sahaja balik dari KL. Beginilah hidup aku hari ini ... hanya bertemu isteri dua minggu atau sebulan sekali. Begitu sukar untuk kami berjumpa. Begitu mahal harga setiap perjumpaan kami. Semahal RM400 tiket airasia pergi dan balik Bintulu-KL. Tu belum kira tiket skybus atau duit minyak dan tol kembara isteriku. Wah, tidak ku sangka aku berjauhan sebegini. Tidak seperti orang lain yang seronok dengan isterinya setiap hari. Setiap kali aku pulang kerja, sama sahaja seperti semasa aku belum bernikah dahulu. Rumah sewa yang sama. Hosmet yang sama. Bilik yang sama. Suasana yang sama. Hanya panggilan telefon kepada isteri tercinta sahaja pengubat rindu.