Posts

Kapal Terbang

Sudah lebih seminggu MH370 hilang. Pelbagai teori dan fakta diketengahkan dalam suratkhabar, TV dan media sosial. Aku tertarik dengan maklumat dari driver teksi ketika aku pulang dari outstation. Dia menceritakan bahawa, ketika kejadian itu, pegawai di Control Tower dah beritahu boss berkenaan MH370 yang tak bergerak2 di skrin radar. Bos itu tidak peduli sehingga pihak negara China yang hubungi Malaysia pada pagi itu. Semua call log dipadamkan supaya apa yang berlaku tidak diketahui. Dia menceritakan lagi, kapal terbang 777 serta radar Control Tower adalah second hand. Ia di - reconditioned setelah dibeli. Kemungkinan besar telah berlaku electrical failure ke atas pesawat. Jika maklumat ini diketahui, ia menjatuhkan reputasi pengeluar kapal terbang serta negara ini. Agak menarik maklumat pakcik teksi ini. Dia mendapat maklumat hasil sembang dengan pekerja Control Tower, pilot dan orang-orang berkaitan. Jika ia benar, maka ia adalah satu cover up.yang sangat besar ke atas kelemahan...

Selsema

Aku selsema. Ia terkena sejak pagi semalam. Cuma hari ini tak seberat semalam. Ia sangat memberatkan kepala sampai tak larat nak bertemu dengan kawan seusrah. Sudah lama tidak kena sakit. Ia mengenangkan aku akan hikmah di sebalik sakit. Ia mengkaffarahkan dosa seorang hamba. Moga aku dapat bersabar dan pulih. Esok perlukan kesihatan untuk bantu program untuk remaja dan juga pertemuan gantian bagi teman usrah. Astaghfirullah.

Korea

Image
Tak sangka. Aku diberi rezeki untuk ke Korea... dari 8 Mac hingga 13 Mac. Di sana aku bersama beberapa senior dari syarikat, melakukan audit dan perbincangan di ibu pejabat kontraktor projek. Hanya sempat melawat beberapa tempat sahaja ... Itaewon .. yang terkenal dengan makanan halal dan juga masjid Dondaemun ... yang terkenal dengan tempat membeli-belah baju, selimut dan kain sutera korea Namsan tower .. yang terkenal dengan mangga yang dikunci di pagar ... serta menara Seoul (Namsan Tower) ...... Cuma... Berbetulan dengan hari aku pergi ... 8 Mac, adalah satu hari selepas kehilangan MH370. Tempat boarding pun bersebelahan dengan penerbangan MH370 8 Mac (masa itu masih belum tukar no. penerbangan lagi). Moga Allah memudahkan usaha mencari penumpang penerbangan itu..

Sukan Sekolah

Image
Hari ni sukan sekolah untuk Husna. Di stadium UIA. Pertama kali di sini. Penat semalam (masa ke PAT sampai 10 malam) masih belum hilang. ..tapi gembira tengok kakak ceria ...

Kerja Audit

Image
Selama 10 hari aku outstation. Aku bersama dengan HSE audit. Kerja di hujung minggu tanpa henti. Moga aku dikurniakan kesabaran.

Berkarya

Hari ini aku mendengar temubual Group Karyawan Luar Negara ( GKLN ) dalam ikim.fm Seronok dengar perkongsian mereka .. Wah.. sudah lama aku tak berkarya ... err... melukis.

Sejuzuk sehari

Aku tak sangka. Setelah seminggu lebih mengikuti group ODOJ, Allah telah beri kekuatan untuk istiqamah membaca sejuzuk sehari. (Ada satu hari aku miss sebab sibuk sampai malam). Aku rasa ia adalah usaha yang sangat baik untuk memastikan tarbiah dzatiah berjalan, terutamanya bagi yang outstation macam aku sekarang ini

UHO

Minggu lepas aku telah menghantar e-mail kepada UHO. Di situ aku luahkan perasaan hati yang bergelora berkenaan pimpinan IkSJ serta dia. Malam semalam minum teh dengan UHO. Segala luahan hatiku dijawab dengan defensif. Malah difokuskan dengan hal tugas aku sebagai SU Tarb.

ODOJ

Baru-baru ini aku dijemput ke dalam whatsapp Group ODOJer (One Day One Juz jer...). Ia sangat mencabar kerana perlu habis 1 juzuk al Quran sehari, sebelum 8pm. Namun ia adalah perkara yang memotivasikan aku untuk istiqamah dengan wajibat no.1 ini ... (baca sejuzuk sehari..)

PIBG #1

Image
Hari ni first time hadiri PIBG untuk Husna. Moga dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada PIBG ini.

Menulis lagi

Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ini. Begitu banyak perkara yang berlaku. Aku telah selesai Haji... Anakku yg sulung baru masuk darjah satu di SR Islam Al Amin Gombak... Anak yang kedua baru masuk tadika Al Amin Wangsa Maju ... Aku dapat merasai perkhemahan osem format sebenar AiEm... Subhanallah ... begitu banyak perkara yang aku amat syukuri ...

Sedekah menambahkan rezki

Satu formula untuk tambahkan rezeki ... terutama di zaman harga Barang Naik ni ... Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam : ” HAi Zubir, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu di Arasy, yang dikirim oleh Allah SWT kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. MAka siapa yang memprbanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan , nescaya Allah SWT menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a)

Membeli Baju

Image
Hari ini aku bersama keluarga membeli baju untuk anak... Rupanya ada kedai yang specialise dalam baju untuk sekolah al-Amin.. Ramai betul orang dalam kedai, membeli baju sekolah juga ...

Kembali ke Malaysia

Image
Alhamdulillah. Akhirnya tiba di Malaysia. Kelihatan anak-anakku sangat gembira .. setelah 48 hari berjauhan dari abi dan umminya.. Moga Allah memberkati ibadah serta perjalanan kami... Amiin.

Mula bergerak ke Arafah

Image
Kami menunggu hingga maghrib di dalam hotel. Menantikan giliran untuk naik bas. Dalam jam 6.30pm, namaku dan isteriku dipanggil. Bermulalah perjalanan ke event kemuncak Haji ... iaitu wuquf di Arafah. Moga Allah mudahkan.

Di sini bermula ...

Image
Hari ini bermula pengalaman yang luar biasa dalam hidupku... Seolah disusun oleh Allah, hari ini penerbangan semuanya adalah dari kalangan Jemaah Rayhar travels. Penerbangan pula dari KLIA terus ke Madinah, menggunakan penerbangan MAS. Menurut orang Rayhar, hanya Saudi Air sahaja yang boleh terus mendarat di Madinah, dan MAS hanya mendarat di Jeddah dan disambung dengan bas ke Madinah sejauh 400km. Maha Suci Allah. Moga Allah mudahkan segala urusan.

Adik nak ikut usrah

Image
Subhanallah Walhamdulillah. . Tiba2 adik kandung sendiri nak ikut usrah .. Moga Allah terus tunjukkan jalan kepada dia tsabatkan dia di jalan ini.. (Nanges dalam hati...)

Mesir

14 Ogos... Berlaku pembunuhan beramai2 di dataran Rabaah. Pembunuhan yg dibuat tanpa perikemanusiaan. Askar2 di bawah general laknatullah itu menembak secara random kepada orang awam. 2000+ orang syahid. Wajah2 kematian mereka semua disertai dengan senyuman.. 15 Ogos... IKRAM .. ABIM ... HALUAN membuat demo. Bermula jam 2pm depan Ambank Ampang Point .. berarak ke depan kedutaan mesir di Ampang hilir. Tak dapat masuk ke pintu depan kedutaan .. sebab polis dan FrU sudah membuat pagar manusia di depan kedutaan. Jadi demo hanya berteriak di tepi kedutaan... Aku singgah sekejap .. mengambil semangat teman2 yang bercuti 1/2 hari meramaikan suasana.. 17 Ogos... PAs dan NgO berkumpul di dataran Merbuk untuk munajat 100k kepada Mesir... Aku tak turut serta disebabkan keletihan melayani saudara beraya di rumah. Agak kesal kerana tak dapat bersama (... setelah dimuhasabah oleh UMFS) ....sehingga hari ini .. perbantaian kepada orang mesir berterusan.. Ya Allah .. bantulah mereka Hanc...

Pengalaman luarbiasa Ramadhan 1434

Dah lama tak menulis blog ini. Aku menulis coretan ini di kampung halaman. 29 Ramadhan sudah tiba. Berakhirlah bulan yang dirindui dan penuh rahmah wal magfirah ini. Ramadhan tahun ini merupakan anugerah yang luarbiasa dariNya. Banyak perkara-perkara baik berlaku padaku dan keluargaku dari segi amalan. Pada tahun ini, aku dapat beriktikaf fardi di masjid hidayah dan di masjid kemensah. Ini adalah iktikaf  pertama kali semenjak aku pindah ke KL ini. Sebelum ini, aku selalu dapat beriktikaf bersama hosmet di Bintulu. Tambahan lagi, aku diberi peluang dan kekuatan untuk bersolat tasbih bersama imam tempatan. Solat yang amat menguji ketahanan sendi (15 + 10 +10 + 10 + 10 + 10 + 10 tasbih per rakaat, 4 rakaat yang menjadikan jumlahnya 300 tasbih!). Kali terakhir aku ikut rasanya masa di sekolah >_< Tahun ini, anak-anakku yang 6 dan 3 tahun menyertai solat isyak berjemaah serta tarawih di masjid. Ini adalah pertama kali semua anak-anak turut serta di masjid di bulan ramadhan. ...

Paris

Image
Aku diberi rezeki oleh Allah untuk ke luar negara ... Aku ke Paris untuk 5 hari... sempena kerja dengan projek kompleks petrokimia dan penapisan terbesar si Asia Kali terakhir aku naik penerbangan jarak jauh ialah masa di Australia .. hampir 9 tahun lalu.. Di sana, bos membawa aku melihat menara eiffel, berjalan di La Valle.. di Paris juga .. aku mula menghargai jenama-jenama terkenal yang digunapakai oleh wanita : LV, Coach, longchamp, lacoste... Alhamdulillah .. aku juga sempat bertemu pelajar di sini, berkongsi pengalaman hidup dengan mereka....