Teh tarik yang panjang...

Pagi tadi UMFS menghantar sms kepadaku. Mengajakku makan nasi dagang di kedai biasa. Aku tersenyum dengan penuh semangat. Lama tak jumpa dia. Rindu sangat padanya. Rindu yang wujud dari pemikiran dan kerisauan yang sama.

Tiba di kedai nasi dagang, dia tengah menghabiskan teh tarik. Aku pun order teh tarik juga.

Kami bersembang lama. Pelbagai update dan peringatan yang aku apat. Tak kurang juga muhasabah darinya.

Orang di sekitar datang dan pergi makan nasi dagang dan nasi lemak. Di tengah2 itu berlaku perbincangan yang mungkin mengubah dunia!

Antara pengajaran yang aku kutip .. tarbiyah adalah pemula kepada segalanya! Ia boleh mengubah seorang dari pendiam kepada lantang berpidato!

Disebabkan terlalu lama berbual... zuhur pun sudah hampir. Tak sempat nak jenguk AE dan lain2 di program ramah mesra mereka di utara daerah ini...

Tak sabar nak jumpa di sesi teh tarik seterusnya...

Comments

Popular posts from this blog

Germany