Tsawabit...

Pada Sabtu lepas aku berkelana ke pejabat iK bersama ust MFS.Tujuan ke sana adalah untuk bermesyuarat dengan kounsel JiKan.

Dalam kereta menuju ke Serdang, ust MFS berborak berkenaan perihal perangai 'orang-orang tua' di Malaysia ini, terutamanya yang sangat veteran dan sangat banyak makan garam.

Dia berkongsi satu tips yang super duper berguna buatku (dan mungkin yang lain,jika menghadapi keadaan yang sama)

"J ini adalah sesuatu yang tsawabit(tetap), dan sistemnya juga tsawabit. Orang yang memegang pimpinan sahaja yang tidak tsawabit dan akan bertukar pada suatu masa nanti.

Oleh itu.. buat masa ini kita sabar dulu dengan kerenah mereka yang memegang kuasa dalam J.. sebab kita sayang kepada J... Sebab satu masa nanti mereka ini akan melihat sendiri kesan dari tindakan mereka .. dan satu masa nanti mereka akan tidak lagi berada di sana (dan diganti dengan orang lain)..

... Oleh itu kita hendaklah terus bekerja!"

Wah.. walaupun ringkas, ia adalah kata-kata yang Osem. Baru aku faham mengapa UQY dan Ust MFS sabar selama ini...

Comments

Popular posts from this blog

Germany