Restoran Mamak ....

Tadi jam 12.15am, aku bertemu dengan AE di restoran mamak yang terletak tidak jauh dari rumahku...

Restoran itu ada memasak roti canai garing, yang sangat diminati AE.

Kukira... agak banyak kali aku bertemu dengan AE di restoran itu...

Tiap kali berjumpa, aku akan mendengar AE mengupdate kisah Dakwah dan Tarbiah yang diusahakan olehnya. AE pun mendengar kisahku sebagai timbal balas...

Malam ini, aku berjumpa lagi dengan AE... kali ini kami sama-sama mengadu kesedihan akan suasana daerah kami yang mula mencair dari pemikiran yang asal. Maklumlah, prioriti sangat tinggi diletakkan pada usaha bersopan santun dengan masyarakat, berbanding usaha untuk membina peribadi muslim yang akan membantu usaha bersopan santun dengan masyarakat.

Namun, di sebalik kesedihan itu, kami saling memotivasi antara satu sama lain, supaya terus beramal di jalan ini. Allah tak akan tanya hasil atau apa yang kita dapat, tapi Dia akan tanya apa yang kita dah buat.

Lama juga kami berbual sambil minum teh tarik dan barli suam ... serta roti canai garing... (kurang elok untuk kesihatan ... huhu)

Malam yang dihiasi lampu jalan menjadi saksi perbincangan itu. Moga ia akan mencetus perubahan demi perubahan dalam jalan yang berliku ini...

Comments

Popular posts from this blog

Germany