Jangan berputus asa ya. Keadaan yang sukar ini sebenarnya sebentar sahaja. Ia pasti akan berakhir tidak lama lagi. Kuatkan semangat dan berusahalah.
Posts
Showing posts from September, 2007
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini agak panas di sini. Aku akhirnya bersama keluarga di sini. Husna menangis-nangis sebab dia tak biasa suasana di rumah Wan dan Tokki dia. Petang sedikit baru dia ingat dan tak menangis lagi. Esok kena berkejar ke Sarawak semula. Sampai bila aku kena berkejar-kejar sebegini? Sabarlah ya. Sedikit sahaja lagi.
- Get link
- X
- Other Apps
Sudah lebih separuh bulan ramadhan berlalu. Ada yang terasa. Ada yang tidak merasakan apa-apa. Kita sudah terlepas peluang yang banyak kalau tidak berbuat apa-apa yang bermanfaat. Masa masih ada. Barangkali ada lagi peluang untuk bertemu lailatul qadar yang mulia. Waah! Harap ketemu dengannya lagi kali ini. Amiin.
- Get link
- X
- Other Apps
Bila kita melihat kepada apa yang Allah berikan kepada orang lain, dan mendapati ia adalah lebih baik dari kita, kita akan rasa iri ataupun akan rasa tidak cukup atau tidak puas hati dengan apa yang kita punyai. Tetapi sebenarnya setiap manusia telah diberi apa yang terbaik untuknya. Cuma manusia tidak tahu atau tidak yakin akan perkara ini. Barangkali apa yang tersembunyi itu lebih baik bagi manusia itu, cuma ia belum ditunjukkan kepadanya. Disebabkan itu, manusia menjadi kecewa lalu timbul rasa tidak puas hati terhadap penciptanya. Wahai tuhan, sabarkanlah hati ini akan dugaan yang Engkau beri. Amiin.
- Get link
- X
- Other Apps
Bakatku sudah hilang? Aku merasakan ia sudah lama 'tidur'. Lama aku tidak gunakan ia sebetulnya. Pada masa yang sama, bakat 'lain' pula timbul. Aku sudah lama tidak melukis. Tapi aku kini lebih kerap bercakap sebab di sini diperlukan bercakap. Aku rindukan bakat lama itu. Aku merasakan ia seolah sudah tumpul.
- Get link
- X
- Other Apps
Aku tidak mahu rasa sedih dengan apa yang tuhanku berikan kepadaku. Namun, kekadang aku rasa sedih. Kekadang aku tukar rasa sedih itu kepada kemarahan terhadap makhluk di sekelilingku, walaupun makhluk itu tidak bersalah. Selama ini, aku diberi begitu banyak kelebihan dan kebaikan sehinggakan aku merasakan segala apa yang ada dalam hidup ini indah sekali. Akan tetapi, semua itu Dia ambil dan Dia uji aku dengan ujian ini. Kekadang aku lupa akan kesakitan ujian itu, tapi tatkala aku sedar akan ujian itu, begitu sakit jiwa ini. Aku ingin menangis sepuas-puas hati, namun aku tidak berbuat demikian. Aku merasakan bahawa aku dikuasai oleh orang lain dan masa depanku amat kelam dan aku amat benci akan 'orang lain' itu. Ah ... jangan begitu. Jangan begitu. Tuhan mendengar rintihan hatiku. Dia sentiasa melihatku di mana aku berada. Barangkali saat kesedihan dan kesakitan ini akan berakhir. Sedikit sahaja lagi. Barangkali sedikit sahaja lagi... Bersabarlah. Setiap kesusahan di sampingnya...
- Get link
- X
- Other Apps
Ahlan wa sahlan Ramadhan! Waah! dah masuk bulan Ramadhan! Lama tak tulis blog ini. Husna dah 7 bulan lebih. Sekarang dia boleh pusing-pusing keliling. Belum dapat merangkak lagi. Tak sabar untuk balik ke KL untuk lihat perkembangan terbaru dia di sana! Sekarang kerja-kerja pembinaan insan di sini makin mantap. Bilangan remaja makin ramai, walaupun pertambahan sedikit demi sedikit. Tapi itulah caranya yang dibuat kali ini. Namun, apa yang bertambah adalah mereka yang mantap, bukan angka-angka kosong yang tidak boleh digunapakai.