Hmm ... penat juga hari ini, membawa adikku berjalan ke sana ke mari...
Posts
Showing posts from February, 2006
- Get link
- X
- Other Apps
Tadi begitu seronok bermain bola di tepi pantai, bersama sahabat dan adik2. Deru air laut yang begitu menenangkan hati ... jeritan semangat adik2 dan sahabat2 ketika bermain bola ... menyebabkan aku terlupa akan kepenatan bermain. Sebelum itu kami beramai2 bersolat malam dan berkongsi ilmu ... Alangkah indahnya kalau dapat dirakamkan saat itu. Kerana barangkali ini antara yang akan mengubah apa yang ada di sini dan seluruh dunia!
- Get link
- X
- Other Apps
Segala puji bagi Allah kerana menemukan kembali aku dengan semangat yang ku pernah rasa suatu ketika dahulu ... Sudah lama tidak terasa sebegini ... terutamanya setelah sekian lama pulang dari benua itu ... Aku merasakan seolah serpihan diriku kembali satu demi satu ... bila menemui adikku yang baru datang dari situ ... Terima kasih. Segala puji bagiMu.
- Get link
- X
- Other Apps
Siang hari penat betul bekerja. Berkejar ke sana ke mari, menjaga mesin dan melayan orang. Petang pulang lewat pula. Lepas tu pergi ambil kawan si Y, dan terus ke masjid untuk mengajar. Penat betul. Tapi selepas memberi kuliah ringkas, aku dapat pengajaran ... itu pun selepas berbincang dengan si Y.
- Get link
- X
- Other Apps
Wah. Sekarang makin jarang dapat tulis dalam blog ini. Begitu cepat masa berlalu. Sudah hampir setahun aku ditukarkan kerja ke bintulu. Dalam satu tahun sahaja sudah banyak perubahan yang aku lihat pada diriku, dan juga kepada bintulu. Setahun yang lalu, tidak ramai orang yang mengikut aktiviti islamik secara konsisten. Semua dibuat berdasarkan masa lapang yang ada. Kalau sibuk sahaja, terus aktiviti tu jadi perlahan dan kekadang ditangguhkan. Kini makin ramai pula, ditambah dengan kedatangan orang-orang baru yang dahulu pernah melibatkan diri semasa belajar. Keadaan sekarang sudah mula meriah setelah terhenti seketika. Semoga perubahan kali ini lebih besar dan bermakna. Setahun yang lalu aku datang sebagai orang biasa. Aku teruk dipengaruhi oleh keadaan. Kini alhamdulillah, penghantaran aku ke borneo mengubah aku sedikit demi sedikit sehingga aku merasai kembali perasaan yang aku rasai di zaman student dahulu. Setahun yang lalu, aku hanya tahu sedikit sahaja mengenai kehidupan. Kini a...
- Get link
- X
- Other Apps
Hmm.. macam-macam yang dibeli masa berkursus di KT nih. Aku bawa mak dan adik ke KT sebab aku diberi peluang tinggal di hotel kat tengah2 KT. Jadi masa aku berkursus, mak dan adik aku pergi mencari barang2 untuk perkahwinan aku nanti. Boleh tahan banyak. Mungkin sebab barang2 kat sini murah sedikit dari tempat aku atau KL. Harapnya taklah berbelanja berlebih2an pula.
- Get link
- X
- Other Apps
Mengapa? ...Orang yang kurang hebat bercakap ...dia yang banyak bekerja ...dia yang terpaksa bercakap, walaupun kurang menarik cakapannya ...dia yang bersusah-payah Mengapa? ...Orang yang hebat bercakap ...hanya bercakap sahaja Tidak mengapa... ...Sesungguhnya amalan orang yang beramal tidak akan disia-siakan...