Semalam aku basuh kereta. Aku rasa ramai pemilik kereta terutamanya lelaki akan membasuh kereta. Maklumlah, itu antara aset yang paling disayangi . Kalau tak basuh, kotorlah kereta itu. Namun, hati adalah aset yang lebih mahal dari kereta. Cuma, sejauh mana kita membasuh hati kita ... dan sejauh mana kita sayang kat hati kita ini ?
Posts
Showing posts from November, 2005
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini menandakan satu tarikh bersejarah buatku dan bakal teman hidupku. Parent kami bertemu dan akhirnya dah bersetuju pada dua tarikh yang mana aku akan menamatkan hidupku sebagai seorang bujang. Bulan sudah ditetapkan, cuma tarikh bergantung kepada availibility dewan. Semoga semua berjalan lancar.
- Get link
- X
- Other Apps
Aku teringat kata-kata brofaiz kepadaku suatu hari dalam minggu ini : "...sejak balik Malaysia ni, kita dah kehilangan kekuatan kita, dalam erti kata lain .. we lose our EDGE!.." (lebih kurang begitulah). Benar juga, sekurang-kurangnya bagiku di sini. Aku dah tak serancak dahulu blogging dan juga melukis. Hm hm hm ... Siapakah yang bersalah? Malaysia? atau aku sendiri? Entahlah. Walaupun begitu ... ...aku rasa walaupun kelihatan lemah dari sudut itu, aku dapat kekuatan dari sudut lain. Aku mendapat pengalaman baru dalam berurusan dengan orang di sini. Aku mendapat pengalaman dalam mencari manusia dan belajar apa yang aku belum pelajari di sini. ... malah barangkali adik-adik aku terkejut juga dengan apa yang aku buat setiap kali pulang dari kerja.
- Get link
- X
- Other Apps
Aku memerhatikan orang yang hebat. Andaikata dia berkata hebat, dan bekerja hebat, maka aku akan amat menghormatinya. Aku meletakkan harapan dan standard tinggi bagi orang2 yang hebat. Sepatutnya orang yang mengatakan dirinya hebat dalam dakwah, atau mengatakan dia telah melalui pembinaan yang mantap dalam dakwah, menunjukkan dalam bentuk amalan. Aku rasa, tak patut aku letakkan standard sebegitu kerana selalunya orang yang bekerja, tidak bercakap banyak, tapi buat kerja sahaja. Pak cik Hasan pun kata begitu. Kita kena kurangkan berkata, tapi banyakkan bekerja.
- Get link
- X
- Other Apps
Tak lama lagi adik2 aku akan pulang dari benua bawah bawah. Apa agaknya harapan mereka terhadap keadaan mereka di sini? Entahlah. Aku harap mereka semua selamat sampai ke sini dan selamat sehingga ke akhir hayat. Aku harap tak ada yang akan tidur bila sampai ke sini dan aku harap bertambahlah orang yang akan menjayakan projek 600 tahun yang aku selalu sebut suatu masa dahulu. Segalanya bergantung kepada Dia juga. Kalau diberi hidayah, orang akan bertahan juga .. malah akan jadi lebih baik dari yang dia sangka!
- Get link
- X
- Other Apps
Semalam dan malam ke-29 ramadhan aku mengikut sepupuku makan tengah malam di tepi pantai. Bestnya angin pantai, ditambah dengan angin dari pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Namun yang tak best ialah bila melihat begitu ramai orang yang berada di situ, terutamanya belia. Lelaki dan perempuan berkepit. Perempuan pakai baju tak cukup. Negeri Darul Iman sudah tercemar imannya. Aii. Keadaaan makin menjadi-jadi, dan siapa yang nak ubah keadaan ini?
- Get link
- X
- Other Apps
Hmm .. susah benar nak masuk internet ini. Tapi, dua tiga hari ini banyak betul benda yang berlaku. Semuanya adalah ujian terhadapku dan keluargaku. Semalam nenek aku sakit tenat. Dia pengsan. Semua orang sangat panik. Orang-orang mula baca yasiin. Namun, alhamdulillah, setelah orang dari hospital datang dan periksa nenek aku, semua jadi baik. Nenek aku masuk hospital tengah2 malam semalam dan hari ini segar betul. Dia pengsan sebab kekurangan gula. Itu antara masalah orang kencing manis.