Sekarang sudah tak ada internet. Line telefon pun tak ada. Rumah lama tinggal sisa2 barang2 hosmet yang sekarang sedap berkursus di KL. Tinggallah aku bersama Ocent untuk membersihkan apa yang ada dan mungkin lusa akan serahkan kunci kepada cikgu sebelah yang merangkap wakil tuan rumah. Perpindahan ke rumah baru ini memberikan satu pengajaran yang besar, iaitu tak boleh main lepas tangan dalam urusan bayaran sewa dan bil. Kalau berulang lagi, maka akan dihalau lagi. Semoga aku dan hosmetku dapat mengambil pengajaran ... jika mereka dan aku tergolong dari golongan yang berfikir.
Posts
Showing posts from September, 2005
- Get link
- X
- Other Apps
Esok, kebanyakan barang di rumah akan dipindah ke rumah baru. Meja komputer, almari, katil akan dihantar ke sana. Telefon akan terminate hujung bulan ni. Rumah baru tak ada line telefon. Hmm .. nampaknya lepas ni mungkin internet kat CC la. Harapnya ada la cara untuk aku merasa broadband nanti. Semoga dapat satu masa nanti. Amiin.
- Get link
- X
- Other Apps
Minggu lepas, tak silap aku hari selasa malam rabu.6 September 2005.Aku masa tu tengah makan dengan seorang trainer/engineer.Ketika itu, di bintulu satu benda yang dahsyat sedang berlaku. Kira-kira waktu maghrib-isyak.Tuan rumah datang ke rumah.Dia memanggil hosmet di tingkat bawah.Tuan rumah marah kat dia.Dikatakan dia akan halau sesiapa yang ada di dalam rumah itu.Dia kata dia akan bawa kuncunya ke situ untuk menghalau sesiapa di dalam rumah itu.Dia marah sebab kami lewat bayar sewa. HMS yang pakar laser tidak melaser pada hari itu. Hosmet aku tu memberitahu kepada AMR yang berada di atas.AMR marah.HMS? 11 malam.HMS pun memanggil beberapa kuncunya,just in case jika ada apa2 yang akan berlaku.Tuan rumah datang (aku rasa ada beberapa orang,termasuk anjing).AMR cuba berunding dengan tuan rumah.Tuan rumah mengungkit2 perkara kecil seperti dia pernah memotong rumput.AMR marah.HMS dan kuncunya? Setelah berdebat berkali2,akhirnya dibuat keputusan untuk keluar dari rumah ini hujung bulan ini...
- Get link
- X
- Other Apps
Tengok initial D semalam. Ni first time tengok. Orang cakap best. Memang best. Menarik betul AE86 Sprinter Trueno. Mengingatkan aku kat Corolla Seca milik Jepper, junior aku masa student dulu. Waaaah,kalau dapat satu best juga, walaupun second hand. Hmm .. orang jepun, bila buat manga atau anime, mereka betul2 kaji benda yang sebenar, macam kereta, bola sepak sehinggakan bila kita baca cerita atau tengok cerita mereka, maklumat yang diberi amat tepat (atau hampir tepat). Dengan itu, penonton, yang kebanyakannya remaja dan belia jadi minat kat benda tu, seperti kereta AE86 dalam initial D, Bola keranjang dalam Slam Dunk, Kereta mainan 4x4 dalam Dash Yonkurou dan teknik ninja dalam Naruto. Kita pun patut buat camtu ... mana lah tau, orang boleh jadi minat kat sejarah islam dan benda2 baik ... melalui komik dan anime yang dibuat!
- Get link
- X
- Other Apps
Realitinya ... siapa yang sayang akan diri kita, melainkan ... kita sendiri ! Lihatlah sekeliling kita ... orang lebih mementingkan diri sendiri ... orang akan menyelamatkan diri sendiri ... orang tak peduli akan orang lain. Apa yang anda lihat dalam PUTRA-LRT? Kebanyakan orang berpusu2 masuk untuk mendapat tempat mereka dalam keretapi. Kalau boleh mereka akan berebut untuk dapatkan tempat duduk dalam tren itu. Begitulah juga dalam komuter, dan public transport lain. Lepas itu, kalau kita dengar berita orang palestin ditekan, orang muslim di eropah tak diberi pakai tudung, orang mati sebab tsunami ... kita tak rasa apa-apa .... sebab mereka bukan keluarga kita ... mereka tiada kaitan dengan kita... Inilah realiti yang berlaku... sedih kan?
- Get link
- X
- Other Apps
Kekadang bila kita membandingkan diri kita dengan orang lain, kita rasa seolah2 diri kita ni tak berguna... seolah2 kita ni lemah ... seolah2 kita ni tak ada nilai... Oleh itu, renungilah apa yang Allah telah bagi kepada anda. Renungilah kelebihan yang mungkin ada pada diri anda. Lihat setiap ciri yang ada pada diri anda..... Barangkali kita merendahkan diri kita untuk mengelakkan riya..... tapi takut2 kita menghina diri sendiri... walhal setiap orang dicipta olehNya dengan tujuan tertentu. Each and every of us is unique! Apa kelebihan anda? Melukis? Menulis? Repair motor? Memikir? Ramah mesra dengan orang? Berhati baik? Pasti ada kelebihan yang telah diberikan kepada anda. Syukurilah dan manfaatkannya sebaiknya.