Hmm ... lama tak memblog. Aku ke kenduri sepupuku weekend lepas. Wah, ni kali kedua aku ke kenduri macam ni. Kenduri kahwin orang yang agak dekat dengan aku. Kali kedua gak tengok sepupu mengakad nikah depan mata. Ehe ... relaks je. Tapi cemas gak, terutamanya masa nak terima nikah. Meeemang cemas! Dalam beberapa saat sahaja, diri kita dah masuk ke alam lain dan perasaan lain. Selepas selesai akad, semua orang keliling senyum kegembiraan. Pernikahan mengikat dua keluarga, dua dunia dan dua jiwa. Semoga ia melengkapkan iman dan memantapkan perjuangan ....

.... baru aku tahu,ia tidak menggandakan tenaga,tapi menggandakan ujian. Dengan ujian terlatihlah iman dan kesabaran. Sesiapa yang lulus ujian, barulah dapat kita lihat daripada dirinya ... kekuatan!

Aii .. apa aku mengarut ni....

Comments

Popular posts from this blog

Germany