Dah hari khamis. Hari ni, aku ke kelas. PAstu ke kedai elektronik. Dapat beli multimeter sendiri! Alhamdulillah. Rasa seronok bila ada multimeter sendiri. Cute pula multimeter ni:)
Multimeter ialah alat untuk mengukur arus elektrik dan voltan. Senang je, letak kat alat yang kita nak ukur ... dapatla bacaan. Sesuai untuk menguji litar kita sama ada ia berfungsi atau tidak.
Tapi kan ... iman lak, camner nak ukur?
Hmmm ... kan iman bertambah ngan ketaatan dan berkurang ngan maksiat :). Satu lagi, kita boleh jaga iman ngan kengkawan yang saling ingat mengingatkan !
Posts
Showing posts from July, 2003
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ni keletihan juga. Tapi aku taknak letih menghalang aku dari buat kerja. Semalam aku berjaya menukar timetable aku ngan allocate+. Ramai yang drop subjek mechanoniformatics. Mereka kata payah. Aku pun nampak payah, tapi aku rasa aku still nak buat sebab ia berkait rapat dengan thesis aku.
Hari ni kawan baik aku tidur kat rumah aku . Aku nak layan dia sebaik-baiknya. Dia dah banyak ajar aku mengenai realiti kita sekarang ini. Ramai yang menjadi mangsa keadaan . Kita semua adalah hasil perancangan musuh Islam, yang taknak kita faham Islam yang sebenar dan hanya faham ngan fahaman yang sempit.
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ni aku bangun lagi. Alhamdulillah, aku masih boleh bangun. Esok , lusa ? MEngingati mati menjernihkan hati :) .... manusia ni angan2nya panjang. Ramai berangan2 nak masuk syurga, tapi amalan tak seberapa. Ramai berangan2 nak kahwin ngan bidadari tapi tak banyak buat kerja (di jalan Allah). Kita ni suka berangan2 rupanya.
Aku pun berangan2 . Aku takut aku terlalu banyak berangan2 .....
Ya Allah, jauhilah kami dari berangan2 semata2 ... jadikanlah kami dari golongan yang buat kerja. Amin.....
- Get link
- X
- Other Apps
Seminggu lagi tak tulis blog ni. Rasanya lepas ni cam tulis blog ni seminggu sekali kot. Cuti kali ini sememangnya cuti yang amat bermakna sepanjang 4 tahun belajar di Australia ni. Masa ni aku alami banyak pengalaman dan perubahan dalam diriku. Walaupun cuti kali ini penuh dengan bermacam-macam aktiviti .... jalan2 tengok tempat... jumpa member ....main bola ..... aku rasa sangat puas hati.
Kita sebagai umat Islam kenalah manfaatkan masa yang diberi kepada kita ... bukankah masa itu amanah?
- Get link
- X
- Other Apps
Seminggu lagi tak tulih blog ni. Baru balik dari winter trip. Best . Trip yang paling best sepanjang 4 tahun kat sini. Banyak pengajaran yang aku dapat. AKu harap suasana trip berterusan sampai bila-bila :) ... tapi realitinya tak begitu ...
He he ... walau apa pun realitinya ... kena terima dan sabar !
- Get link
- X
- Other Apps
Wah ... dah seminggu tak tulih blog nie. Memang banyak kerja dah dibuat seminggu ni :) . Alhamdulillah, interview petronas berjalan lancar. Dari gaya cakap VP HRM tu, diterima kerja rasanya. Harapnya dapat kat Melaka. Melaka? He he .... entahla...
Malam ni akan trip ke Adelaide :) . Semoga selamat berjalan dan selamat balik ke rumah !
Komik untuk alwan dah difinalise dan diemail ke wanzu!