Posts

Kenduri buat adik

Hari ini adalah hari paling baik buat adikku yang ketiga... Dia berkahwin pada pagi ini. Seluruh keluarga bergembira.. dan letih.. sibuk dengan majlis akad nikah ... serta kenduri. Yang bestnya, kenduri dibuat bergotong-royong ... kerana ramai orang yang nak tolong ayah untuk majlis ini (siap pastikan tak ada kenduri yang clash di taman perumahan kami!)

Tuduhan

Tengah hari tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Client projek. Aku dituduh pembocor rahsia projek ... disebabkan oleh cara aku tulis profil aku dalam satu laman web sosial korporat. Sungguh tidak sangka! Sekadar menyatakan bekerja di mana dan buat projek apa sudah boleh dijadikan hujah untuk dituduh sedemikian! Aku terus mendelete segala maklumat yang ada termasuklah di laman web sosial yang lain..! Sungguh mengganggu mood untuk menyambut kenduri adik!

Pasukan yang hebat!

Aku sangat bersyukur kepadaNya. Dia memberikan aku satu kumpulan bulatan gembira yang sungguh menarik... Setiap kali berjumpa, ahli-ahlinya selalu ceria, juga selalu berusaha untuk turut serta (walaupun menghadapi kesukaran untuk berjumpa). Apabila berjumpa, banyak juga yang dikongsi dari kehidupan mereka, dari kisah anak hingga kisah career dan kerja. Setiap ahli bulatan gembira sungguh osem orangnya... AE yang berbakat dalam penulisan... juga terkenal di alam kertas dan elektronik HS yang dikenali sebagai orang yang ada bakat jadi pemimpin... AMN yang menjadi lagenda di kalangan pengamal perubatan muda serta pelajar seberang laut... ZJ yang berperanan dalam pembinaan beliawan di daerah ZMN yang memiliki kemahiran menyampai serta berbakat melukis AMS yang ringan tangan menolong orang lain, walau dirinya sibuk ke tengah laut AMMT yang sangat komited terhadap guru-guru inggeris.. dalam membentuk peribadi hebat... IMA yang berpotensi besar, cuma sibuk dek kekangan mesin ya...

Tsawabit...

Pada Sabtu lepas aku berkelana ke pejabat iK bersama ust MFS.Tujuan ke sana adalah untuk bermesyuarat dengan kounsel JiKan. Dalam kereta menuju ke Serdang, ust MFS berborak berkenaan perihal perangai 'orang-orang tua' di Malaysia ini, terutamanya yang sangat veteran dan sangat banyak makan garam. Dia berkongsi satu tips yang super duper berguna buatku (dan mungkin yang lain,jika menghadapi keadaan yang sama) "J ini adalah sesuatu yang tsawabit(tetap), dan sistemnya juga tsawabit. Orang yang memegang pimpinan sahaja yang tidak tsawabit dan akan bertukar pada suatu masa nanti. Oleh itu.. buat masa ini kita sabar dulu dengan kerenah mereka yang memegang kuasa dalam J.. sebab kita sayang kepada J... Sebab satu masa nanti mereka ini akan melihat sendiri kesan dari tindakan mereka .. dan satu masa nanti mereka akan tidak lagi berada di sana (dan diganti dengan orang lain).. ... Oleh itu kita hendaklah terus bekerja!" Wah.. walaupun ringkas, ia adalah kata-kata yang Os...

Men..

Point penting program "keluarga duat" hari ini : "Men are born to kill" Hehe.. Pak Utih berkongsi perbezaan lelaki dan perempuan,dan mengaitkan dengan keluarga duat ....

Pengisian yang hebat..

Image
Hari ini aku bersama ahli bulatan semangat mendengar pengisian untuk tahap3 oleh HE dan ditranslate oleh Us M. Us MATA kata pengisian ini bakal dibuat berkala.. setiap minggu kedua. ..osem!

Komunikasi...

Terbaca dalam sebuah buku "Personal MBA" ..."makin besar organisasi ... makin banyak masa akan dihabiskan untuk berkomunikasi ... berbanding fokus untuk tingkatkan produktiviti.." Rasa macam applicable untuk syarikat dan juga gerakan dakwah pabila ia sudah jadi besar...

Sembang

Teringat sembang dengan teman semalam. Masa itu aku sibuk menyiapkan presentation pack untuk pagi tadi. Aku di labuan. Dia di Milan. Lama tak sembang sebegini... membincang perihal suka duka Dakwah dan Tarbiah. Yang ada hanya AE yang sudi meluang masa di Durbar sambil makan roti canai garing... Sayang.. kalaulah UHO pun boleh sembang dengan ruh yang sama... mungkin hati akan lebih bersemangat bila bersama di hari Selasa.. dan lebih banyak boleh kongsi cerita..

Pengerang

Image
Hari ni project team membuat lawatan ke Pengerang. Agak sedih bila melihat kampung serta bangunan yang akan diratakan. Mungkin ini lumrah projek2 besar...
Jika kita nak buat terlalu banyak perkara pada satu masa .. kita akan hilang fokus .. dan menyangka sudah banyak buat kerja .. tetapi sebenarnya tidak berbuat apa ..

Semangat..

Jika kita membaca bahan yang bersemangat... maka kita akan terkesan dengan semangat yang disampaikan oleh penulis

Tazkirah...

Tazkirah UAffi : "Kalau kita layan.. Sampai bila2 tak akan tercapai..." Maksudnya .. jika layan alasan.. maka sampai bila kita akan buat ..!

Apabila dia meletak jawatan...

Apabila  seorang teman rapat yang telah begitu banyak berkorban berkelana serata dunia meletakkan 'jawatan' yang dia pegang selama ini sebagai pekerja sepenuh masa di dalam dakwah... apa perasaan anda? Ia bukan berlaku secara suka-suka, tetapi setelah dihentam, diherdik, dikutuk, difitnah berkali-kali ... disebabkan kerana dia bersungguh-sungguh bekerja dan berkorban di jalan ini!!! Kepada Allah kita berserah...

Lakeside...

Semalam aku bersama ahli sebulatan berusrah di tepi tasik taylors lakeside. Suasana begitu tenang, serta suasana yang seperti di seberang laut. Sungguh best... sambil membaca syrah kahfi serta mendengar tazkirah, dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Kepenatan memandu dari gebeng tidak begitu terasa....
Kalau kita dimotivasikan untuk mencari sorga... pasti hati kita berjobar-kobar untuk beramal kerana Nya!!

Syukur

Tadi dapat email dari seorang kawan, memohon agar dicarikan lubang kerja di kuala lumpur buat temannya yang masih terpenjara di bintlu. Tatkala membacanya... terungat aku akan keadaan yang pernah dilalui suatu ketika dahulu. Segala puji bagi Engkau ya Allah, atas nikmatMu yang amat besar ini!

Mehnah kepada J

Dahulu... J ini diuji dengan mehnah pergeseran yang agak nampak di kalangan pakcik yang berada di atas. Kini.. aku melihatkan seolah ujian untuk J telah berubah. Mehmah kali ini lebih halus, yang mana wujud penguasaan pakcik tertentu dalam halatuju J ... lalu menyebabkan kita lupa tangga-tangga yang perlu dilalui..

UMFS dan Qiam

Semalam telah berlalu Qiam untuk semua ahli lelaki IkSJ. Alhamdulillah, agak ramai datang, cuma kurang menepati hadaf utama. ahli yang level awalan 01 kurang kehadiran mereka. Yang ramai dari yang veteran dalam D&T ini. Mungkin kena muhasabah, mengapa mereka tidak hadir dan bagaimana nak pertingkatkan di masa akan datang. Aku juga berkesempatan bersembang dengn Ust MFS (UMFS). Dia adalah seorang yang sangat lama di jalan ini, serta sungguh jauh pengalmaan dan wisdom yang dia ada. Dia mengingatkan aku akan UQY dan Sang Murabbi yang pernah menjadi movie best itu (DVDnya entah ke mana sekarang) UMFS banyak memberi nasihat dan motivasi yang basah kepadaku. Dia mengatakan, seteruk mana IkSJ ini, di luar sana lagi dahsyat (i.e. daerah2 lain). Jadi, jangan rasa susah hati dengan hiruk pikuk di daerah SJ ini. Nasihat yang sangat baik, untuk memotivasikan diriku untuk sabar bila berada di daerah ini.

Meeting JiKan

Masa ini dibuat meeting untuk JiKan, satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh JayKayPi untuk menjadikan IKRAMOZ dapat ditubuhkan di Australia. Yang hadir lagi ramai dari sebelumnya, dgn kehadiran ikhwah akhawat dari SPeSiaL (nama baru bagi SLN .. iaitu Sekretariat Pelajar Seberang Laut!) Masa meeting, DHS membuat statement yang agak memanaskan jiwa dan ruh bagi yang mendengarnya. Kata2nya seolah2 pelajar di Australia yang dibentuk oleh SLN dahulu dan sekarang, tidak mengikut IKRAMOZ, dan akan tersasar jauh. Tidakkah dia sedar bahawa semua hasil yang SLN buat sebelum ini menjadi tenaga kerja bagi IKRAMMalaysia. Namun, yang terkena statement panas hanya tersenyum, atas dasar ukhuwwah teras kegemilangan. Di hati ini hanya mendoakan agar Allah memelihara Dakwah n Tarbiah di bumi orang Melayu majoriti ini, dan juga di bumi Kanggaru sana.

Iklan surat khabar

Image
Wah! Projek loji janakuasa tundah keluar iklan surat khabar!