Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengenalkan aku kepada insan yang bernama Ustaz Ali Fathullah. Tidak sangka, aku ditugaskan ke Bintulu adalah untuk memberi peluang berkenalan dengan beliau dengan lebih dekat. Lebih-lebih lagi ketika itu aku di usia yang muda dan baru mengenali kehidupan. Beliau mengajarkan aku kepentingan mengubah manusia sebelum mengubah umat. Dan untuk mengubah manusia bermula dengan memahamkan mereka hakikat kehidupan ini. Untuk itu ia perlukan kesabaran dan masa yang panjang. Ia tidak hanya teori, tetapi aku melihatnya dalam benruk tindakan serta hasilnya di depan mata. Tatkala aku hendak berpindah kembali ke Semenanjung, Ustaz mengadakan majlis makan di madrasah dan mengajak aku ke sana sempena perpindahan itu. Aku sangat terharu kerana siapalah diri ini yang hanya di sana beberapa tahun sahaja. 14 tahun berlalu selepas itu. Aku hanya sempat berjumpa dengan Ustaz sekali-sekala setiap kali ada tugasan di Bintulu atau berada di Kuching atas urusan lain. Setiap ka...
Hari ini nyaris tiada rezeki berjumpa Ust Ali Apabila tiba di Hospital, guard tidak beri masuk kerana waktu melawat sudah tamat. Aku mesej kepada Ustazah menyatakan tidak dapat masuk, dan akan cuba esok. Kerana aku perlu ambil anakku di asrama jam 5 petang. Terus ustazah telefon dan anaknya membawa aku ke atas. Ketika itu hanya Kausar dan Afif yang ada. Apabila di dalam bilik itu, ku lihat Ust terbaring. Dia sudah tidak mampu bergerak. Juga tidak mampu berkata-kata. Aku sebak. Aku memegang tangan Ustaz. Matanya seolah berair. Aku hanya mampu memegang tangannya dan mengucapkan terima kasih atas nasihatnya selama ini. Sempat berbual dengan Ustazah dan anak-anak yang ada. Berkenalan dengan akhi Umar, pekerja loji baja yang di sana 12 tahun. Dia kini bendahari IK Bintulu. Setelah beberapa.ketika, aku memohon untuk undurkan diri kerana nak ambil anak di asrama. Ku kucup.pipi ustaz dan berkata, jika.tidak berjumpa, moga kita berjumpa di syurga. Hatiku sayu sepanjang perjalan...
Comments