Jika Allah mahukan, ia pasti berlaku

Hari ini nyaris tiada rezeki berjumpa Ust Ali

Apabila tiba di Hospital, guard tidak beri masuk kerana waktu melawat sudah tamat. Aku mesej kepada Ustazah menyatakan tidak dapat masuk, dan akan cuba esok. Kerana aku perlu ambil anakku di asrama jam 5 petang.

Terus ustazah telefon dan anaknya membawa aku ke atas. Ketika itu hanya Kausar dan Afif yang ada.

Apabila di dalam bilik itu, ku lihat Ust terbaring. Dia sudah tidak mampu bergerak. Juga tidak mampu berkata-kata. Aku sebak. 

Aku memegang tangan Ustaz. Matanya seolah berair. Aku hanya mampu memegang tangannya dan mengucapkan terima kasih atas nasihatnya selama ini.

Sempat berbual dengan Ustazah dan anak-anak yang ada. Berkenalan dengan akhi Umar, pekerja loji baja yang di sana 12 tahun. Dia kini bendahari IK Bintulu.

Setelah beberapa.ketika, aku memohon untuk undurkan diri kerana nak ambil anak di asrama. Ku kucup.pipi ustaz dan berkata, jika.tidak berjumpa, moga kita berjumpa di syurga.

Hatiku sayu sepanjang perjalanan ke asrama anakku. 

Comments

Popular posts from this blog

Parking di dayabumi.. 1st time