Posts

Showing posts with the label travel

Germany

Image
Alhamdulillah. Aku Germany baru-baru ini. Di kota Offenbach, tidak jauh dari Frankfurt. Di sana aku ada mesyuarat dengan kontraktor besar untuk projek loji janakuasa yang sedang berjalan. Pengalaman yang menarik. Dapat merasai suasana salji yang amat sejuk. Suhu di sana antara 4 Darjah Celcius hingga -2 Darjah Celcius. Aku juga berjalan ke Wertheim, membeli periuk yang amat murah serta cenderahati buat keluarga di tanah air. Aku juga sempat ke Dome Romer, dan membeli suvenir yang bersesuaian untuk teman serta keluarga yang lainnya. Syukur juga, aku diberi peluang bertemu dengan anak muda di sana. Sungguh bersemangat. Mereka menaiki tren laju sejauh 30 minit serta 3 jam untuk bertemu di kota Frankfurt di kedai Pakistan yang amat terkenal di jalan Munchener. Pertemuan yang amat ringkas, tapi dapat bertukar pengalaman dan semangat antara orang veteran dan yang muda. Semasa nak pulang pada masa itu, tren mengalami gangguan dan aku terpaksa menaiki tren lain. Pengalaman y...

Peking Duck in Beijing at 100 years Muslim restaurant

Image
The best Muslim Restaurant in Beijing. Owned by former Emperor's cook. More than 100 years old.  The Peking Duck was nice.

Pengalaman melawat tapak projek

Image
Hari ini aku melawat tapak projek. Dapat melihat sejauh mana persiapan tempat bagi urusan pembinaan loji janakuasa yang besar itu. Aku memerhatikan kampung dan penduduknya... Tahun hadapan barangkali semua ini akan dipindahkan dan hanya tinggal kenangan ...

Bandung

Image
Alhamdulillah. Dari 8 Jun hingga 11 Jun aku, isteri, anak-anak serta mak ayah mertua melancong ke Bandung. Ini adalah pertama kali aku ke Indonesia. Aku mula-mula risau akan kesulitan yang mungkin timbul bila di sana. Namun, Alhamdulillah .. segalanya berjalan dengan baik. Kami berlepas dari KLIA2 yang selesa dan moden. Ia tidak seteruk LCCT, cuma masih perlu berjalan jauh ke terminal antarabangsa. Setibanya di sana .. kami disambut oleh Pak Agus, selaku supir (pemandu) serta tourist guide kami.Malam pertama, kami makan di Restoran "Sederhana" (Masakan Padang) .. makanan padang. Lauk pauk diletak di atas meja. Mereka hanya caj lauk yang dimakan sahaja. Pada masa itu, kelihatan satu bas penuh dengan orang Malaysia turut singgah makan. Setelah itu kami ke hotel SukaJadi, yang agak selesa untuk kami. Hari isnin .. kami ke Tangkuban Prahu, kawah gunung berapi yang masih berasap. Di sana .. ramai penjual barang mengekori kami untuk menjual barang m...

Dubai

Image
Kali ini aku diberi rezeki untuk ke Dubai... untuk urusan kerja juga... selama 17 malam. Di sini aku ditugas untuk melihat dokumen berkenaan projek janakuasa di timur tengah. Sempat melihat bangunan tertinggi di dunia (masa ini) ... Burj Khalifa .. yang tingginya 161 tingkat, hampir 2 kali KLCC. Sempat juga berjalan ke pasar Naif (dekat Deira metro station), serta muzium Dubai yang terletak berdekatan dengan kawasan air (Creek).

International flight in the morning

Image
Today I am travelling again. The international departure area was filled up with people. This is a morning flight.. No wonder. Previously I took midnight ones.

Korea

Image
Tak sangka. Aku diberi rezeki untuk ke Korea... dari 8 Mac hingga 13 Mac. Di sana aku bersama beberapa senior dari syarikat, melakukan audit dan perbincangan di ibu pejabat kontraktor projek. Hanya sempat melawat beberapa tempat sahaja ... Itaewon .. yang terkenal dengan makanan halal dan juga masjid Dondaemun ... yang terkenal dengan tempat membeli-belah baju, selimut dan kain sutera korea Namsan tower .. yang terkenal dengan mangga yang dikunci di pagar ... serta menara Seoul (Namsan Tower) ...... Cuma... Berbetulan dengan hari aku pergi ... 8 Mac, adalah satu hari selepas kehilangan MH370. Tempat boarding pun bersebelahan dengan penerbangan MH370 8 Mac (masa itu masih belum tukar no. penerbangan lagi). Moga Allah memudahkan usaha mencari penumpang penerbangan itu..

Kembali ke Malaysia

Image
Alhamdulillah. Akhirnya tiba di Malaysia. Kelihatan anak-anakku sangat gembira .. setelah 48 hari berjauhan dari abi dan umminya.. Moga Allah memberkati ibadah serta perjalanan kami... Amiin.

Di sini bermula ...

Image
Hari ini bermula pengalaman yang luar biasa dalam hidupku... Seolah disusun oleh Allah, hari ini penerbangan semuanya adalah dari kalangan Jemaah Rayhar travels. Penerbangan pula dari KLIA terus ke Madinah, menggunakan penerbangan MAS. Menurut orang Rayhar, hanya Saudi Air sahaja yang boleh terus mendarat di Madinah, dan MAS hanya mendarat di Jeddah dan disambung dengan bas ke Madinah sejauh 400km. Maha Suci Allah. Moga Allah mudahkan segala urusan.

Paris

Image
Aku diberi rezeki oleh Allah untuk ke luar negara ... Aku ke Paris untuk 5 hari... sempena kerja dengan projek kompleks petrokimia dan penapisan terbesar si Asia Kali terakhir aku naik penerbangan jarak jauh ialah masa di Australia .. hampir 9 tahun lalu.. Di sana, bos membawa aku melihat menara eiffel, berjalan di La Valle.. di Paris juga .. aku mula menghargai jenama-jenama terkenal yang digunapakai oleh wanita : LV, Coach, longchamp, lacoste... Alhamdulillah .. aku juga sempat bertemu pelajar di sini, berkongsi pengalaman hidup dengan mereka....