Posts

Showing posts with the label coretan

Bila semua berkumpul

Image
Antara saat yang menjadi memori ialah apabila semua adik-beradik dapat berkumpul. Rumah mak akan dipenuhi suara kanak-kanak bermain sesama mereka.

Kemahiran menukar lampu (LED)

Rumahku yang sekarang selalu berhadapan dengan masalah lampu rosak secara tiba-tiba. Sudah lebih sepuluh kali aku membuat penukaran lampu tersebut. Pada awalnya agak sukar bagiku dan mengambil masa hampir sejam untuk satu unit. Sekarang aku dah boleh buat dengan agak cepat, hampir sama dengan tukang yang selalu buat sebelum ini. Bak kata pepatah orang putih -  'Latihan menghasilkan kesempurnaan,

Ustaz Ali

Image
Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengenalkan aku kepada insan yang bernama Ustaz Ali Fathullah. Tidak sangka, aku ditugaskan ke Bintulu adalah untuk memberi peluang berkenalan dengan beliau dengan lebih dekat. Lebih-lebih lagi ketika itu aku di usia yang muda dan baru mengenali kehidupan. Beliau mengajarkan aku kepentingan mengubah manusia sebelum mengubah umat. Dan untuk mengubah manusia bermula dengan memahamkan mereka hakikat kehidupan ini. Untuk itu ia perlukan kesabaran dan masa yang panjang. Ia tidak hanya teori, tetapi aku melihatnya dalam benruk  tindakan serta hasilnya di depan mata. Tatkala aku hendak berpindah kembali ke Semenanjung, Ustaz mengadakan majlis makan di madrasah dan mengajak aku ke sana sempena perpindahan itu. Aku sangat terharu kerana siapalah diri ini yang hanya di sana beberapa tahun sahaja. 14 tahun berlalu selepas itu. Aku hanya sempat berjumpa dengan Ustaz sekali-sekala setiap kali ada tugasan di Bintulu atau berada di Kuching atas urusan lain. Setiap ka...

Pengerusi Bidan Terjun

Image
Hari ini menjadi pengerusi bidan terjun dalam majlis pertunangan ayah saudara kepada isteri. Ini pertama kali pengalaman sebegini. Tugas utama ialah mengalukan kedatangan wakil pihak sebelah dan mengelola majlis. Agak kekok tapj semua berjalan dengan baik, Alhamdulillah.

Jika Allah mahukan, ia pasti berlaku

Image
Hari ini nyaris tiada rezeki berjumpa Ust Ali Apabila tiba di Hospital, guard tidak beri masuk kerana waktu melawat sudah tamat. Aku mesej kepada Ustazah menyatakan tidak dapat masuk, dan akan cuba esok. Kerana aku perlu ambil anakku di asrama jam 5 petang. Terus ustazah telefon dan anaknya membawa aku ke atas. Ketika itu hanya Kausar dan Afif yang ada. Apabila di dalam bilik itu, ku lihat Ust terbaring. Dia sudah tidak mampu bergerak. Juga tidak mampu berkata-kata. Aku sebak.  Aku memegang tangan Ustaz. Matanya seolah berair. Aku hanya mampu memegang tangannya dan mengucapkan terima kasih atas nasihatnya selama ini. Sempat berbual dengan Ustazah dan anak-anak yang ada. Berkenalan dengan akhi Umar, pekerja loji baja yang di sana 12 tahun. Dia kini bendahari IK Bintulu. Setelah beberapa.ketika, aku memohon untuk undurkan diri kerana nak ambil anak di asrama. Ku kucup.pipi ustaz dan berkata, jika.tidak berjumpa, moga kita berjumpa di syurga. Hatiku sayu sepanjang perjalan...

Terima kasih Almera

Image
Kereta ini mememani aku sepanjang pengembaraan aku ke Pengerang. Ia juga menemani aku menghantar dan mengambil anak sulung aku ke asrama dari tingkata  satu hingga sekarang. Terima kasih atas jasamu selama ini. Semoga dapat berjasa dengan tuan yang baru.

Moving to Rumah Putih

Today marks the day we move to.the new house. We chose this date so that we do it together with Husna, as she is also on her Balik Bermalam Schedule.

Hidayah

Bila memerhatikan .. Ada yang tahu wajibnya dakwah tetapi hanya menjadi ahli ibadah yang diam. Jika tidak, pasti ramai yang terjun dan berlumba-lumba bekerja demi menyampaikan mesej ini. Benarlah .. Hidayah itu milik Allah. Moga Allah memberi hidayah kepada kita untuk tsabat di jalanNya. Salam Ramadhan 1440H

Tidur di lebuhraya

Antara rutin sekarang ini ialah tidur di RnR lebuhraya. Aku tidak mampu untuk memandu terus ke Desaru tanpa henti. Jadi .. aku akan berhenti untuk hilangkan mengantuk. Di setiap perhentian.. RnR atau Perhentian, pasti ada banyak kereta dan lori berhenti .. di dalamnya ada pemandu berbaring melelapkan mata untuk hilangkan mengantuk sebelum meneruskan perjalanan.

Manhole

Image
Hari ini baru siap membaiki lubang manhole di depan porch rumah. Manhole ini pernah dibaiki pada bulan September tahun lepas, setelah ia roboh (dan di bawahnya ada lubang yang sangat dalam!) Dulu hanya tukar besi penutup, tapi ia patah! Kali ini tukar dengan batu simen. Harapnya selepas ini penutup itu tidak rosak lagi.

Sarapan

Image
Pagi ini bersarapan bersama keluarga. Rutin kami bila berkesempatan. Syukur kepadaNya atas nikmat yang diberi

Menulis kembali

Dah lama tak menulis blog ini. Semalam teringat akan blog ini dalam perjalanan pulang dari Desaru. Inilah rutinku hampir setiap minggu. Memandu 6 jam dari Johor ke KL pada Jumaat malam dan dari KL ke Johor pada Ahad malam. Sedar tak sedar .. sudah setahun setengah sebegini. Moga Allah berikan daku kekuatan.

Jangan Putus Asa

Tadi tatkala membaca surah al-Qasas... terbaca kisa ibu nabi Musa. Dia sangat takut... anaknya mungkin dibunuh seperti anak lelaki lain pada masa itu. Allah ilhamkan dia supaya lepaskan anaknya di sungai. .... sesuatu yang tidak lojik dan merbahaya. Namun, perancanganNya lebih baik dari apa yang dia sangka. Akhirnya Musa AS diambil oleh isteri Firaun dan ibu Musa AS sendiri yg diminta menjaga dan menyusukan Musa AS dalam istana! Begitulah kita. Adakalanya kita buntu dgn cubaan dan ujian di depan mata. Seolah tiada harapan. Janganlah berputus asa terhadap Allah. Teruskan berdoa dan percaya kepadaNya. Dia pasti ada perancangan yang lebih baik buat kita. #TrustAllah #Faith #NeverGiveUp

Puasa di perantauan

Image
Minggu ini aku menjalani ibadah Ramadhan di Nuremberg, Germany selama seminggu. Bermula dari 1 Ramadhan. Bersahur jam 2 pagi. Subuh jam 2.45 pagi. Berbuka jam 9.20 malam. Isya jam 11.30 malam, tapi aku lewatkan ke 1 pagi supaya dapat terawih lalu sahur dan terus subuh. Alhamdulillah. Masih dimudahkan Allah.

Penawar

Sedar tak sedar, aku sudah 5 bulan di bandar ini. 400 km. Mengulangi sejarah semasa di Sarawak dahulu.

Terima Kasih

Tadi berbual dengan isteri masa sarapan. Bincang pasal ahli keluarga dan teman sekerja yang mula berniaga walaupun mereka ada kerjaya. Malah, mereka terdiri dari orang yang memiliki jawatan besar dalam jabatan mereka. Aku setuju. Nak tak nak kena mula berniaga. Cuma masih belum idea bagaimana nak bermula dan dari mana. Isteriku mencadangkan buat barang seni dengan tema. Antara tema yang dilintaskan ialah Terima Kasih. Menarik juga. Mungkin ramai yang akan mendapat manfaat dari hasil seni ini. Moga diberi kekuatan dan kemudahan untuk bermula.

Time to move on...

Image
It has been a year here. Today is the last day workong at this place. So much memories working in this place. I might miss some of good stuff here such as the nice nasi ayam at Raihah Mosque, Aeon Big supermarket and the best rate money changer downstairs. After this, it will be down south for the next stage of this project.

Wida'

Image
Malam ini pertemuan terakhir kumpulan diskusi dengan MFS.

Gorespensil

Image
Malam ini malam wida' atau farewell. Ahli diskusi mingguan "gorespensil" yang lama, baru dan akan datang berkumpul di sebuah kedai nasi arab. SAS, ZMN, MZJ dan AAAT datang selakh ahli kumpulan lama. Kumpulan sekarang semua datang (ZJ, AEM, NHS) kecuali NBAH kerana ada kelas mengaji, dan AMS kerana masih bekerja di lautan. Belanja malam itu agak besar, tapi tak mengapa. Ia adalah ucapan terima kasih kepada mereka. ... atas pengalaman yang diberikan. Pengalaman membawa sekumpulan belia dalam diskusi mingguan, dalam usaha menambahkan kefahaman terhadap agama ini serta jalannya yang amat panjang. Malam ini adalah malam terakhir aku membawa ahli diskusi yang sekarang, dengan harapan agar mereka dibawa oleh orang yang lebih baik dan lebih sabar. Aku mendoakan agar Allah memberi hidayah dan petunjukNya kepada mereka serta kepadaku dan menjadikan kita tsabat di jalan ini...

Selamat datang ... Maryam Ulfah!

Image
Alhamdulillah. 17 September 2015. 3 Dzulhijjah 1437H. Allah telah mengurniakan daku seorang lagi muslimah. Lahir dgn mudah di awal pagi. Alhamdulillah. Aku mendoakan agar anakku dikurniakan kesihatan jasad, emosi dan juga iman. Moga dia menjadi insan solehah, musleh serta berjaya di dunia dan akhirat, juga menjadi orang yang mengubah dunia ini. Selamat datang, Maryam Ulfah! Segala puji bagi Allah atas nikmat ini.