Ustaz Ali

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengenalkan aku kepada insan yang bernama Ustaz Ali Fathullah.

Tidak sangka, aku ditugaskan ke Bintulu adalah untuk memberi peluang berkenalan dengan beliau dengan lebih dekat. Lebih-lebih lagi ketika itu aku di usia yang muda dan baru mengenali kehidupan.

Beliau mengajarkan aku kepentingan mengubah manusia sebelum mengubah umat. Dan untuk mengubah manusia bermula dengan memahamkan mereka hakikat kehidupan ini. Untuk itu ia perlukan kesabaran dan masa yang panjang. Ia tidak hanya teori, tetapi aku melihatnya dalam benruk  tindakan serta hasilnya di depan mata.

Tatkala aku hendak berpindah kembali ke Semenanjung, Ustaz mengadakan majlis makan di madrasah dan mengajak aku ke sana sempena perpindahan itu. Aku sangat terharu kerana siapalah diri ini yang hanya di sana beberapa tahun sahaja.

14 tahun berlalu selepas itu. Aku hanya sempat berjumpa dengan Ustaz sekali-sekala setiap kali ada tugasan di Bintulu atau berada di Kuching atas urusan lain. Setiap kali pertemuan pasti dilayan sebaiknya.

Di hujung kehidupan beliau, Allah mentakdirkan beliau berada di sini. Aku bersyukur kepadaMu kerana sekali lagi dapat bertemu dengan beliau buat kali terakhir. Ustaz ketika itu sangat uzur. Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih atas segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau selama ini. 

Ya Allah, aku bersaksi atas segala pengorbanan serta amalan Ustaz. Berkatilah dan rahmatilah beliau serta jadikan kita dapat bertemu semula bersama sahabat serta keluarga kami di syurga nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Parking di dayabumi.. 1st time