Posts

Image
Semalam nampak kereta bersusun di tebing sungai kelang.
Image
Malam tadi mungkin adalah liqa terakhir di afaq.Mulai minggu depan i.e. tahun depan,pejabat IKRAMSJ berpindah ke putraheights.Satu kawasan baru untuk beramal dan diterokai.
Image
Jika anda benar-benar berada di dalam dakwah,anda akan mendapati kehidupan berlalu begitu laju.Siang dan malam diisi dengan kerja sehingga anda merasakan tidak cukup masa.Anda perlu memikirkan pelbagai perkara pada suatu masa!Oleh itu persiapkanlah jiwa raga dengan tarbiyah yang membina.Ayuh kita melangkah dan bergerak bersama teman seperjuangan!
Teringat aku coretan Dr. QY,'kalau orang boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk tegakkan islam seperti usaha mereka untuk tegakkan KLCC,maka islam boleh jadi setinggi KLCC!'.Ia membuatkan aku merenung diriku.Benar,majoriti dari masa dan tenaga digunakan semasa bekerja.Gunakan saki-baki yang letih dan memerlukan rehat itu untuk islam.Juga masa cuti dan hujung minggu digunakan untuk islam.Juga gaji yang dapat hasil dari penggunaan masa yang banyak digunakan untuk islam.Moga apa yang diusahakan ini diterima olehNya dan menjadi saham yang baik.
Semalam isteriku kena diaorrhea.Anak pula kena demam.Laptop pula kena air teh.Aku tak dapat nak sertai dan bantu program Lepasan SPM @ Banting.Macam-macam ujian pula.Hm,mungkin banyak dosa nak dikaffarahkan.Aku kena sabar dengan ini.Pasti ada hikmahnya. Pada malam itu,aku menerima panggilan.Student yang aku jaga,ingin berjumpa.Maka kami bertemu di Bidara.Rupanya mereka mendambakan nasihat.Alhamdulillah,Dia beri sedikit peluang untuk berbuat pahala hari itu.
Image
Hari ni hujan sangat lebat.Langit sudah gelap.Sungai Klang membuak-buak airnya.Teringat aku akan program dengan student australia semalam,yang mana aku menjadi panel mengongsikan pengalamanku di malaysia.Melihatkan jumlah mereka melebihi 100 orang memberikan daku semangat dan harapan terhadap masa depan dakwah ini.Mata mereka bersinar-sinar mendengar perkongsian kami.Moga usaha yang tak seberapa ini menjadi titik permulaan bagi mereka untuk memikul amanah yang amat berat ini.Moga mereka menjadi gerombolan pemuda yang memenuhi kekosongan yang ada seperti sungai tadi.
Image
Aku menunggu zaujah sedang mengadakan liqa dengan belia di VA.Dapat SMS dari YHY,memaklumkan dia akan sertai liqa aku.Hm,moga makin meriah dan rancak dakwah di sini.Aku kesian akan Sarawak,kerana kehilangan seorang lagi penggerak.Tapi aku yakin,pasti Dia sediakan sesuatu untuk orang di sana!
Image
Malam ni ke surau baiturrahman.Di sana ada ceramah oleh ust adil.Ia salah satu dari tentatif program Sunaton,yang mana anak-anak bersunat beramai-ramai.Aku harap ia berjalan dengan baik.Aku harap dapat menemui sasaran dakwah baru.Moga juga dapat menyumbang saham akhirat.
Image
Tatkala menaiki putra-LRT,aku merenung lagi kepada kehidupan.Hari ini aku tidak lagi sedih dan marah seperti dulu.Ditambah-tambah dengan nikmat yang lain.Sejauh mana telah ku syukuri semuanya?Wahai Allah,berkatilah semuanya dan ampunilah dosaku.
Image
Generasi pemuda adalah harapan umat.Aku terasa kebenarannya.Pemuda kreatif fikirannya,cergas gerakannya dan membara semangatnya.Aku gembira melihat adik-adik begitu semangat memanfaatkan kehidupan.Aku sedih melihat adik-adik leka tenggelam dalam kehidupan.
Image
Aku rasa bulan November ni bulan outstation.Hari ini masih kat Myy.Selama 20 hari aku kerja offshore bulan ini.Masuk ofis 3 hari sahaja.Kesibukan ini menyebabkan aku kurang menyumbang dan menyertai aktiviti dakwah.Aku juga sedih sebab tak dapat berjumpa dengan anak buah dan teman halaqah.
Sudah hampir dua minggu aku ke laut. Melihat platform-platform minyak dan gas, membuat kerja penilaian dan pengumpulan data. Pengalaman yang luar biasa bagiku, yang belum pernah ke platform. Aku merasa hampir semua pakej pengalaman ke platform: Naik helikopter, naik bot, boat transfer masa biasa, boat transfer masa hujan, pengalaman bot masa hujan, tinggal di kuarters di platform, stranded dekat unmanned platform sampai kena tidur dalam substation, makan mee segera di tengah-tengah kebisingan mesin, pengalaman pergi-balik bot hari-hari. (Jika diizinkan, aku ingin juga tulis secara detail pengalaman-pengalaman menarik ini). Bila difikirkan, aku pernah terlintas untuk merasa pengalaman ini suatu masa dulu... dan Dia memakbulkannya. At least dah merasa. Maha Suci Allah. Moga pengalaman ini memberi manfaat.
Image
A:jom riadah esok. B:hm,nanti ana check dgn org lain. C:sy x dpt la,ada hal. D:tengok dulu la. (Mlm tu) B:ok.dlm 2-3 org dtg. (Pagi) B:abg.nampaknya saya sorang kot pg.yg lain x sihat. ... Memang mahal harga hidayah Allah kpd kita.
Image
The picture above was taken when I went to labuan last 2 weeks.Interesting to see that something like this at a hotel.
Hari ini kereta aku mengalami kerosakan. Battery terminal patah. Ia disebabkan oleh aku yang menarik terlalu kuat. Hari ini juga menyaksikan ukhuwwah yang ada pada ikhwah. UHO datang ke tempat aku mengalami masalah pada hari ini. Dia terus bergegas untuk membantu. Alhamdulillah, akhirnya kereta dapat dihidupkan. Klip jumpstart digunakan utk mengikat termnial bateri dengan kabel bateri.... dan nasib baik yang patah tu pada terminal negatif. Jika yang patah pada terminal positif, ada potensi untuk litar pintas.
Image
Menjadi sunnatullah,kebanyakan benda memerlukan tenaga untuk bergerak,seperti kereta,motosikal,yang menggunakan tenaga dari petrol atau diesel.Malah,jasad kita juga perlukan tenaga dari makanan.Hm,kalau begitu,'iman' juga seperti 'tenaga'.Ia menggerakkan seorang untuk berpuasa sunat,berjemaah di masjid dan menjauhi maksiat.
Image
Ramai orang ber'mood' raya.Ramai saudara datang.Rumah nak jadi macam tadika dengan bisingnya kanak-kanak.Peluang ziarah rumah saudara juga tidak dilepaskan,sekurangnya ini peluang berziarah ke rumah mereka.Di samping itu,macam-macam kuih ditemui,dan majoriti kuih adalah 'kuih tunjuk'.Moga kesihatan tidak terencat disebabkan makanan yang amat banyak.Moga kita tidak lupa akan puasa enam,juga meneruskan apa yang telah dibiasakan semasa Ramadhan lalu.
Hari ni Ramadhan hari ke-30. Sejenak aku memuhasabahkan diri... Sejauh mana amalan aku dipertingkatkan sepanjang 30 hari ini? Adakah aku banyak mengisinya dengan program-program ibadah dan dakwah atau sibuk dengan perkara lain? Sejauh mana telah kubaca al-Quran? 30 juzuk? atau 30 mukasurat? atau 30 ayat sahaja? Sejauh mana ibadah malamku? setiap malam? beberapa malam? atau tiada langsung? Sejauh mana zikirku? setiap masa? setiap hari? Syukurlah atas peningkatan berlaku. Aku mendoakan aku mendapat sebanyak mungkin kebaikan dari bulan penuh barakah ini. Aku mendoakan diriku meningkat dari madrasah ramadhan kali ini. Jumpa lagi Ramadhan. Moga kita bertemu lagi. Amiin.
Image
Hari ni hujan turun.Hm,hampir setiap hari dalam Ramadhan hujan.Alhamdulillah,ia menjadikan Ramadhan tidak terlalu panas untuk dilalui.Aku memerhatikan sungai dalam perjalanan pulang.Ia begitu kotor dan tercemar.Puncanya pastilah dari perbuatan kita sendiri.Kita membuang sampah sesuka hati.Kita juga tak peduli akan orang yang lakukan perbuatan ini.Suatu masa nanti mungkin tiada lagi sungai bersih di bumi ini.Barangkali inilah yang diberitahu dalam alQuran bahawa kebinasaan kita adalah disebabkan oleh tangan kita sendiri.
Image
Hari ni qiam di Masjid Besi bersama SS dan A.Juga bersama anak buah SS.Suasananya sangat nyaman dan berangin sepoi bahasa.Aku terjumpa Lan dan Syhmi x-upmkb.Masih berprgm dan berusrah walaupun sibuk dengan master.Antara kegembiraan murabbi adalan melihat mutarabbinya tsabat dan berjaya.Alhamdulillah.