Teringat aku coretan Dr. QY,'kalau orang boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk tegakkan islam seperti usaha mereka untuk tegakkan KLCC,maka islam boleh jadi setinggi KLCC!'.Ia membuatkan aku merenung diriku.Benar,majoriti dari masa dan tenaga digunakan semasa bekerja.Gunakan saki-baki yang letih dan memerlukan rehat itu untuk islam.Juga masa cuti dan hujung minggu digunakan untuk islam.Juga gaji yang dapat hasil dari penggunaan masa yang banyak digunakan untuk islam.Moga apa yang diusahakan ini diterima olehNya dan menjadi saham yang baik.
Popular posts from this blog
Hati itu .... Allah yang punya
Dalam membimbing manusia .. . ada yang akan menuruti jalan yang kita lalui, ada yang akan ketinggalan, dan ada yang akan meninggalkan kita lalu menuruti jalan yang lain. Kita sangat berharap agar mereka yang dibimbing akan berubah menjadi lebih baik dari kita... Namun, tak semua akan menjadi seperti yang kita harapkan... Ada yang ikut acuh tak acuh ... Ada yang memilih untuk mengikut jalan yang lain ... Bila sedemikian terjadi, hati ini menjadi sedih ,,, dan adakalanya sangat down ..... Mengapa ia berlaku? Aku merenung ... ... lalu aku dapati, rupanya terdapat mesej yang sangat besar! Allah nak beritahu kita .. bahawa hati itu Dia yang punya. Dialah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki! Moga Allah memberi hidayahNya kepada kita dan mereka ,,,,
Comments