Hari ni agak sunyi.Tidak ramai orang di stesen LRT.Dalam keretapi pun begitu.Barangkali ramai yang diam di rumah atau di tempat penamaan calon pilihanraya. Aku melihat sesetengah orang tidak terasa apa-apa dengannya.Ada yang teruja.Ada yang bersemangat.Ada yang 'all-out'.Ada yang merasa jelik,kerana kotor.Ada yang memerhati,dan menunggu masa yang sesuai kerana persiapan belum mantap. Apa yang akan jadi kepada negara ini dua minggu nanti?Semuanya bergantung dengan apa yang telah diusahakan empat tahun lepas!
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Bila memerhatikan manusia di tepi masjid jamek, aku memikirkan apa yang ada di kepala mereka yang berjalan. Ada yang nak pergi kerja. Ada yang nak naik STAR LRT. Ada yang nak membeli barang di kawasan masjid india. Ada yang nak ke Kota Raya. Setiap satu ada tujuan mereka. Setiap satu sedang bergerak laju menuju ke destinasi mereka. Namun, mungkin ada yang merayau-rayau, saja-saja berjalan-jalan tanpa ada tempat yang nak dituju. Namun, ada juga yang duduk-duduk memerhatikan manusia seperti aku. Mungkin juga ada yang duduk-duduk menantikan kawan atau client mereka di situ. Mungkin juga ada yang duduk-duduk tanpa apa-apa tujuan. Seolah suasana di bawah stesen STAR LRT masjid jamek melambangkan kehidupan sendiri. Ada yang tahu ke mana mereka mahu pergi, dan bergerak ke arah itu. Ada yang tidak tahu, tetapi masih bergreak. Malah ada yang tidak bergerak sama sekali. Moga kita semua mengetahui tujuan kita, kerana tidak ada tujuan lain melainkan satu sahaja ... iaitu .....
- Get link
- X
- Other Apps
Lama tidak menulis. Malah, amat jarang menulis. Begitu banyak yang berlaku, tetapi tidak pula aku rekodkannya dalam tulisan di sini. Sedar tak sedar, anakku dah berusia setahun. Alhamdulillah. Tapi, aku terasa sedih juga, kerana hanya menjadi ayah kepadanya selama dua bulan lebih sahaja. Perasaan ini difahami oleh mak, ayah, isteriku dan keluarga terdekat. Beberapa sahabat yang kugelar 'ikhwah', memahami perasaan ini. Aku kekadang terasa marah, kerana segelintir manusia tidak memahami perasaan ini, walaupun mereka sudah menjadi ayah sekian lama. Mereka menceritakan perihal berkorban, bermatlamat tinggi dan ingin menjadi 'juara dunia', namun kata-kata mereka semuanya kosong, kerana mereka membawa keluarga mereka di sisi mereka, ataupun mereka sering naik kapal terbang untuk menemui keluarga mereka (dan mereka mempunyai peluang yang cerah untuk bersama keluarga, berbanding aku yang tiada apa). Ah. Sabarlah. Marah sahaja tidak menghasilkan apa-apa ....
- Get link
- X
- Other Apps
Kuala lumpur dan kawasan sekitarnya sangat panas akhir-akhir ini. Terasa begitu membahang, malah waktu malam pun tidak sejuk lagi. Husna tak selesa bila tidur di tingkat atas, melainkan dipasangkan kipas untuk menyejukkan dia. Di sini, di borneo pula lain cuacanya. Hujan begitu kerap. Pagi hujan. Petang hujan. Malam pun ada masa hujan juga. Bumi ini kelihatan sakit, sebagaimana yang ahli kaji bumi dan kaji cuaca memberikan amaran kepada umat manusia. Namun, kita degil dan terus merosakkan bumi ini. Malah kita dah dapat lihat di sana sini bukit ditarah dan ditogelkan begitu sahaja. Di tempatku di KL, aku dapat melihat secara terang, bukit di depan rumah sudah botak, semata-mata untuk dijadikan rumah mewah yang berharga setengah juta lebih. Benar kata Tuhan, kebinasaan yang kita alami adalah disebabkan oleh tangan kita sendiri. Bilakah kita akan sedar?
- Get link
- X
- Other Apps
Gambar di atas mengingatkan aku berkenaan cover page yang pernah aku lihat pada sebuah buku fotostet . Buku itu telah merubah ramai orang disebabkan isinya yang menggetarkan jiwa dan menyentuh hati lalu menggerakkan ruh dan jasad. Buku yang menjadi nickname kepada orang yang menyedarkan aku apa yang patut aku buat :)
- Get link
- X
- Other Apps
Yesterday was memorable. 6 teenagers and I went to Niah Cave. It was raining when we arrived. 10 am plus minus. We decided to keep on going to the cave. 4.3 Kilometers of walking under the rain was not that hard as the walkway was made of fibre material which prevented us from slipping. The view of the cave was amazing! Due to the raining outside, we can see 'waterfalls' coming from the holes from the top of the cave. It was soooo beautiful. When we arrived to the part where no light can be seen at all, we stopped for a while and reminded of the darkness of the grave. It was really dark as we could not see our hand at all. We all went back around 4pm. It was really tiring. All of those teenagers smiled and I can see that they were extremely happy. Most of them haven't go to Niah, even though they lived in Sarawak for 20 years!
- Get link
- X
- Other Apps
Ah. Leganya. Hampir-hampir timbul pergeseran antara aku dengan teman seperjuanganku di sini. Rupanya tidak. Tuhan amat menjaga hambanya dan dakwahnya. Kusangka dia terasa apabila aku terkasar sedikit dengannya. Aku takut apa yang menimpa ZD, terkena kepadanya. Akhir-akhir ini permusuhan wujud akibat perasaan hati yang dipenuhi marah dan kecewa, tidak kira dari kalangan orang tua yang memimpin dan orang muda yang menurutinya. "Tak guna ana marah. Tak ada manfaat pun", itu ujar teman seperjuanganku itu. Dia hanya tidak stabil buat seketika. Kini ... dia memacu kudanya menerobosi tembok-tembok musuh dan melepasi segala cabaran di hadapan. Aku pun mahu berbuat serupa...!
- Get link
- X
- Other Apps
Sometimes we see people with great abilities and we are amazed by them. These people, which sometimes have great charisma, speaks greatly and able to influence people around them can become quite influential in the society. A friend has told me 'How far ONE person can go alone ? Our prophet is A GREAT MAN, but he did not do his mission ALONE ! He find, gathered and nurture people around him with ISLAM and 600 years later, the world is blessed with this way of life!'. It is true. Even though a person is great, but doing things alone cannot brings him far enough. Prophet SAW already shown us the way, which ALL of us can do.
- Get link
- X
- Other Apps
Semalam aku balik lambat bersama AK dan SB. Lepas tu kami ke Karnival Keluarga anjuran syarikat yang aku bekerja di sini. Perut kami lapar selepas menunggu janakuasa 21MW untuk start-up . Begitu bising dengan konsert dari artis-artis jemputan syarikat. Begitu ramai remaja yang datang. Maklumlah, konsert percuma. Tambah-tambah lagi sekarang cuti sekolah. Hm, inilah yang diisi oleh remaja yang akan menjadi masa depan kita. Tiada orang yang peduli bagaimana pemikiran mereka bila mereka dewasa nanti melainkan segelintir sahaja. Kasihan, tiada orang yang memberitahu mereka apa yang sepatutnya mereka buat sekarang dan apa yang penting dibuat sekarang.
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini aku dan anak buahku masuk ke satu kawasan baru yang mana kami menemui air terjun yang sungguh indah dan menarik. Tak sangka di btu ada tempat menarik sebegini. Kami berkumpul di masjid Hidayah. 10 dari kg Baru, 7 dari Kg Syakirin dan 6 dari Kidurong. Wah, agak ramai yang ikut kali ini. Kami terus ke tempat itu. Semua kenderaan berhenti berdekatan dengan orang yang tengah buat Hashing. Lepas tu semua berjalan ke tempat yang dituju. Sebenarnya kami tak tahu ada air terjun atau tidak, melainkan mendengar khabar orang sekeliling. Setelah berjalan melalui kampung (barangkali orang iban) dan sedikit kawasan hutan, kami menemui air terjun yang amat cantik. Anak buahku sangat gembira. Setelah mendengar tazkirah, mereka terjun ke dalam air, ibarat itik tak jumpa air. Mereka amat seronok. Tempat itu ramai yang tidak tahu, termasuk orang tempatan, walaupun dah lama hidup di btu. Hmm ... satu pengajaran yang boleh aku ambil ... kekadang kita terlalu terkongkong dengan dunia kita ibarat ka...
- Get link
- X
- Other Apps
Jalan ini sangat jauh. Tanpa bekalan yang cukup, maka kita akan menderita dan tidak mampu bertahan sehingga ke akhir. "Agak aneh, jika kita masih dapat bertahan, dalam keadaan tidak didengarkan hadith-hadith dan ayat yang menceritakan ganjaran orang yang bekerja di jalan ini" ujar kawanku tadi. Benar. Tanpa bekalan dan motivasi yang kuat, kita tidak mampu. Jalan ini terlalu sukar, terlalu memakan masa dan harta, terlalu menghabiskan tenaga. Kekuatan yang besar diperlukan untuk mengharungi jalan yang amat jauh ini.
- Get link
- X
- Other Apps
Hari-hari dalam minggu ini aku merasakan suasana sekeliling amat lemah dan sedih. YHY menghidapi demam sepanjang minggu ini. Anak-anak didik aku kelihatan lemah dari segi amal mereka. Malah halaqah agak hambar minggu ini. Aku pula mengalami ketidakstabilan emosi akibat kerja yang terlalu banyak, ditambah dengan bos yang meragam. Setiap hari hujan turun begitu lebat di waktu pagi dan petang. Ujian. Ujian. Semuanya daripada Dia. Dia sedang memerhatikan aku dan melihat sama ada aku dapat melepasi ujian ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan pulihkan keadaan.
- Get link
- X
- Other Apps
Setiap hari kita menghadapi berbagai ujian dan cabaran. Apatah lagi mereka yang melakukan kerja di jalan ini. Kekuatan akan datang dan ketenangan akan terasa di hati, apabila iman kita kuat dan juga amalan kita konsisten. Kalau kita lihat Nabi SAW, baginda begitu teruk diuji, namun Allah mengajar baginda dan menenangkan hati baginda. Ia dirakamkan dalam al-Quran begitu banyak, dan ia boleh menjadi motivasi bagi kita tatkala kita terbaca ayat-ayat yang menenangkan hati baginda.