This is my story .. where I discover things about life
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Gambar di atas mengingatkan aku berkenaan cover page yang pernah aku lihat pada sebuah buku fotostet. Buku itu telah merubah ramai orang disebabkan isinya yang menggetarkan jiwa dan menyentuh hati lalu menggerakkan ruh dan jasad.
Buku yang menjadi nickname kepada orang yang menyedarkan aku apa yang patut aku buat :)
Pagi ini aku me dapat.berita sedih. Ust Ali dipanggil Ilahi jam 4pagi tadi. Hujan mula turun selepas subuh. Seolah ia sedih atas pemergian beliau. Mesej anaknya di dalam FB, arwah akan disolatkan di masjid Bukit Damansara. Aku merancang untuk ke sana selepas selesai menghantar Ulfah. Jalan ke sekolah masih Jem. 1 jam perjalanan ke sana. Usai menghantar anak, aku dan isteri terus ke Bukit Damansara. Setiba di sana, masjid tiada orang. Aku terkejut juga. Aku hubungi ust MFS. Rupanya perancangan ditukar. Jenazah akan dikebumi.di Bintulu. Solat jenazah dibuat di Hospital sebelum dihantar ke KLiA. Aku pasrah sahaja. Hari ini aku follow perkembangan jenazah ustaz melalui FB. Begotu ramai yang mengongsi sehingga ke.lewat malam. Ustaz disemadikan di kawasan dekat.kampung baru. Begitu ramai yang hadir. Malam diakhiri dengan tazkirah dari anaknya,.ustaz Ahmad. Semoga Allah merahmati Ustaz di alam sana.
Hari ini nyaris tiada rezeki berjumpa Ust Ali Apabila tiba di Hospital, guard tidak beri masuk kerana waktu melawat sudah tamat. Aku mesej kepada Ustazah menyatakan tidak dapat masuk, dan akan cuba esok. Kerana aku perlu ambil anakku di asrama jam 5 petang. Terus ustazah telefon dan anaknya membawa aku ke atas. Ketika itu hanya Kausar dan Afif yang ada. Apabila di dalam bilik itu, ku lihat Ust terbaring. Dia sudah tidak mampu bergerak. Juga tidak mampu berkata-kata. Aku sebak. Aku memegang tangan Ustaz. Matanya seolah berair. Aku hanya mampu memegang tangannya dan mengucapkan terima kasih atas nasihatnya selama ini. Sempat berbual dengan Ustazah dan anak-anak yang ada. Berkenalan dengan akhi Umar, pekerja loji baja yang di sana 12 tahun. Dia kini bendahari IK Bintulu. Setelah beberapa.ketika, aku memohon untuk undurkan diri kerana nak ambil anak di asrama. Ku kucup.pipi ustaz dan berkata, jika.tidak berjumpa, moga kita berjumpa di syurga. Hatiku sayu sepanjang perjalan...
Comments