Posts

Melihat kembali

Adakalanya kita perlu melihat kembali tujuan asal kepada apa yang kita sedang buat... .. sebab kita mungkin sudah lupa akan perkara itu lalu ia menjadi rutin dan membosankan serta melemahkan semangat. Tujuan itu akan mengembalikan semangat dan menjadikan kita dapat meneruskan apa yang sudah dimulakan dahulu.

Adik ipar bertunang

Hari ini hari pertunangan adik iparku di kampung Gadong, Serian. Agak jauh dari bandar kuching. 88km. 1 jam setengah naik triton atau pajero. Dapat melihat adat orang sini. Mereka perlu ada majlis merisik dan majlis bertunang. Setelah bertunang, perlu tanda tangan surat perjanjian tunang oleh pihak lelaki dan perempuan. Barang hantaran hanya perlu ada masa majlis pertunangan sahaja. Masa nikah nanti tidak perlu lagi. Menarik. Pengalaman baru buat aku serta keluarga sebelah isteriku.

Kisah dalam LRT

Image
Pagi ni masa naik LRT .. ada seorang yg OKU masuk dan duduk berdekatan denganku dan isteri. Dia menjual nasi lemak RM1 di KL Sentral. Dalam perjalanan .. Dia jual juga kepada penumpang .. Ada yang beli .. Ada yang tidak .. Sepanjang perjalanan melayan dia ...merupakan pengalaman yang menarik. Ia juga menimbulkan keinsafan buat diri ini. Betapa banyaknya nikmat Allah pada diri ini..

Majlis Besar.

Image
Hati ni ada majlis besar. Pemimpin no. 1 akan datang untuk merasmikan sebuah bangunan baru

Germany

Image
Alhamdulillah. Aku Germany baru-baru ini. Di kota Offenbach, tidak jauh dari Frankfurt. Di sana aku ada mesyuarat dengan kontraktor besar untuk projek loji janakuasa yang sedang berjalan. Pengalaman yang menarik. Dapat merasai suasana salji yang amat sejuk. Suhu di sana antara 4 Darjah Celcius hingga -2 Darjah Celcius. Aku juga berjalan ke Wertheim, membeli periuk yang amat murah serta cenderahati buat keluarga di tanah air. Aku juga sempat ke Dome Romer, dan membeli suvenir yang bersesuaian untuk teman serta keluarga yang lainnya. Syukur juga, aku diberi peluang bertemu dengan anak muda di sana. Sungguh bersemangat. Mereka menaiki tren laju sejauh 30 minit serta 3 jam untuk bertemu di kota Frankfurt di kedai Pakistan yang amat terkenal di jalan Munchener. Pertemuan yang amat ringkas, tapi dapat bertukar pengalaman dan semangat antara orang veteran dan yang muda. Semasa nak pulang pada masa itu, tren mengalami gangguan dan aku terpaksa menaiki tren lain. Pengalaman y...

Musibah

Image
MasyaAllah. Kali ini musibah banjir kena kepada ibu bapaku. Semalam jam 12 tengah malam air sudah menaiki paras buku lali. Jam 4 pagi mereka pindah ke rumah saudara yang agak tinggi sedikit. Air naik 2 inci setiap jam. Tadi jam 11 tengah hari, bekalan elektrik sudah terputus. Aku tidak dapat membantu. Jalan LPT dan jalan persekutuan terputus sama sekali. Kepada Allah aku berserah. KepadaNya aku panjatkan doa. Ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa ibu bapaku serta keluargaku. Bantulah kami, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa.

Pasar Borong Mentakab

Image
Hari ini pengalaman menarik.. aku ke pasar borong bersama mak. Ni pertama kali ke sini. Kena datang awal. Selepas Subuh. Kerana sebelum Subuh sudah ramai orang datang membeli barang.

Kisah berjumpa teman yang akan bernikah

Pengalaman kali ini sangat menarik. Awal pagi lagi aku serta keluarga ke airport KLIA. Beserta mertua dan anak. Di sana isteriku akan berlepas ke Kanada untuk urusan kerja. Aku akan ke Sarawak untuk ziarah AEM di majlis akad nikahnya. Perjalanan bermula dengan hujan yang sangat lebat. Habis basah baju masa pindahkan barang ke dalam kereta. Aku ke KLIA2. Naik ERL dengan tiket RM2. .... di Kuching, aku hanya pergi ke majlis AEM. Ia dibuat di rumah keluarga penganton perempuan. Aku sampai ketika bakal pengantin masih belum kelihatan. Agak segan, tapi aku gagahkan juga. Dapat juga bersembang dengan orang yang datang. Rupanya teman di loji gas itu abang kepada pengantin perempuan. Pengantin lelaki sampai. Majlis berjalan dengan baik. Syukur, sempat bersama dengan AEM di saat dia melafazkan akad nikah. Lebih berharga dari menghadiri walimah yang akan dibuat pada esoknya. Namun, aku rasa agak sayu. Bila memerhatikan AEM. Kemudian memerhatikan seorang lagi teman yang datang b...

Melukis ...

Baru-baru ni perasan satu laman web komik yg menarik (www.comichat.com) Lukisan komik dalam laman web itu sangat menarik. Ia cuba menerapkan unsur islami ke dalamnya... Wah .. Dah lama tak melukis....!

Peking Duck in Beijing at 100 years Muslim restaurant

Image
The best Muslim Restaurant in Beijing. Owned by former Emperor's cook. More than 100 years old.  The Peking Duck was nice.

Hati itu .... Allah yang punya

Dalam membimbing manusia .. . ada yang akan menuruti jalan yang kita lalui, ada yang akan ketinggalan, dan ada yang akan meninggalkan kita lalu menuruti jalan yang lain. Kita sangat berharap agar mereka yang dibimbing akan berubah menjadi lebih baik dari kita... Namun, tak semua akan menjadi seperti yang kita harapkan... Ada yang ikut acuh tak acuh ... Ada yang memilih untuk mengikut jalan yang lain ... Bila sedemikian terjadi, hati ini menjadi sedih ,,, dan adakalanya sangat down ..... Mengapa ia berlaku? Aku merenung ... ... lalu aku dapati, rupanya terdapat mesej yang sangat besar! Allah nak beritahu kita .. bahawa hati itu Dia yang punya. Dialah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki! Moga Allah memberi hidayahNya kepada kita dan mereka ,,,,

pengajaran dari kampung

Hari ni aku balik dari kampung. Seperti yang disebut dalam berita dan internet ... hari ini, perjalanan jem luar biasa. Namun, kami sekeluarga teruskan juga perjalanan untuk kembali ke rumah. Biar perlahan ... asalkan sampai! Terlintas padaku satu pengajaran dari keadaan ini... Kalau kita di jalan yang betul  ... usaha macam mana pun .. jem macam mana pun tak akan sampai ke destinasi Begitu juga kehidupan .. walaupun susah, lambat laun kita akan sampai ke destinasi yang kita semua nak tuju .. iaitu syurga-Nya! Oleh itu, pastikan ... doakan agar jalan yang dipilih itu ... jalan yang betul. Bukan jalan yang salah ...

Hari Raya Aidil Adha

Image
Selamat Hari Raya Aidil Adha. Di sini ... kami solat raya di kawasan lapang (extension masjid .. sebab terlalu ramai orang). Ia mengingatkan aku kepada sirah Nabi SAW. Di zaman baginda .. mereka solat Aidil Adha di dataran.

Hari Arafah

Hari ni manusia seluruh dunia berwuquf di Arafah. Cuma di Malaysia ... hari ini masih 8 Zulhijjah. Timbul beberapa pendapat berkenaan bila hari yang patut berpuasa hari Arafah. Puasa ini sangat besar ganjarannya. Diampuni dosa selama 2 tahun! Boleh puasa hari ini (sebab orang berwuquf) atau esok (sebab 9 zulhijjah). Lagi power kalau puasa dua-dua hari. Lagi power kalau puasa sejak 1 Zulhijjah. Yang penting ... jangan lepaskan peluang berpuasa ini.

Pertunangan Adik

Image
Alhamdulillah. Pada hari ini berlangsung majlis pertunangan adik kedua dalam keluarga, KB. Majlis berjalan dengan baik. Ramai saudara-mara sebelah mak dan ayah datang. Bakal tunang serta rombongan pun ramai yang datang. Makanan dimasak bergotong-royong di rumah. Tu pun ada kuih-muih dibawa oleh mak saudara. Moga Allah memudahkan urusan perkahwinan mereka di hujung tahun ini... serta mengurniakan keluarga yg bahagia serta sakinah.

Pemgalaman di pagi hari

Image
Pada pagi ini Fatih menangis sebab sakit perut. Sangat kuat. Mak De mendiagnose dan merasakan ia adalah sakit disebabkan angin. Kemudian kami ambil keputusan untuk ke KK Mentakab untuk mendapatkan diagnosis MA dan ubat angin. Setibanya di sana, MA membuat diagnosa. Namun, dia merasakan diagnosa lebih mendalam perlu. Dan perlu dibuat di Hospital! Lalu Fatih serta ummi naik AMBULANS! (Ni adalah pengalaman menarik buat Fatih!). Ambulans bergerak sangat laju. Lampunya bernyala-nyala dan aku tak dapat mengikutinya dari belakang. Sstibanya di hospital HOSHAS, kami pun daftar di kaunter kecemasan. Aku dapati rupanya kecemasan ada beberapa tahap (di situ dipanggil Triage); Hijau, Kuning, Merah dan Ekspres. Hijau adalah yg x mengancam nyawa, Merah yg paling mengancam nyawa, Ekspres adalah untuk kanak2 bawah 5 tahun, org tua dan staf jabatan kesihatan kerajaan. Di situ juga nombor giliran yg kita pegang x ikut urutan. Ia dipanggil mengikut tahap kecemasan setiap ora...

Pengalaman melawat tapak projek

Image
Hari ini aku melawat tapak projek. Dapat melihat sejauh mana persiapan tempat bagi urusan pembinaan loji janakuasa yang besar itu. Aku memerhatikan kampung dan penduduknya... Tahun hadapan barangkali semua ini akan dipindahkan dan hanya tinggal kenangan ...

Gotong-royong #Ramadhan

Image
Alhamduillah. Segala puji bagi Allah. Hari ini aku berkesempatan untuk bergotong-royong bersama ahli kariah masjid al-Iman membersihkan masjid sempena Ramadhan. Aku menolong memvakum karpet ruang solat. Sempat juga minun teh dan sembang dengan ahli kariah. Akhirnya .. tercapai niatku. Dah 5 tahun di sini tapi tak berkesempatan untuk melakukannya. Moga Allah memudahkan urusanku untuk muayashah dengan kariah ini ...

The last day ...

Image
Last night was last night for our halaqah group. We had Syrian-Jordanian themed meals at SS15 area. This group was the longest group which I joined, compared to previous ones .. which last between 1 to 3 years. Next week will begin new adventure with some new faces. It is still in IkSJ though... Thank you to UHO for guidance given to us and for your patience handling the team.

Bandung

Image
Alhamdulillah. Dari 8 Jun hingga 11 Jun aku, isteri, anak-anak serta mak ayah mertua melancong ke Bandung. Ini adalah pertama kali aku ke Indonesia. Aku mula-mula risau akan kesulitan yang mungkin timbul bila di sana. Namun, Alhamdulillah .. segalanya berjalan dengan baik. Kami berlepas dari KLIA2 yang selesa dan moden. Ia tidak seteruk LCCT, cuma masih perlu berjalan jauh ke terminal antarabangsa. Setibanya di sana .. kami disambut oleh Pak Agus, selaku supir (pemandu) serta tourist guide kami.Malam pertama, kami makan di Restoran "Sederhana" (Masakan Padang) .. makanan padang. Lauk pauk diletak di atas meja. Mereka hanya caj lauk yang dimakan sahaja. Pada masa itu, kelihatan satu bas penuh dengan orang Malaysia turut singgah makan. Setelah itu kami ke hotel SukaJadi, yang agak selesa untuk kami. Hari isnin .. kami ke Tangkuban Prahu, kawah gunung berapi yang masih berasap. Di sana .. ramai penjual barang mengekori kami untuk menjual barang m...