Posts

Kerja Audit

Image
Selama 10 hari aku outstation. Aku bersama dengan HSE audit. Kerja di hujung minggu tanpa henti. Moga aku dikurniakan kesabaran.

Berkarya

Hari ini aku mendengar temubual Group Karyawan Luar Negara ( GKLN ) dalam ikim.fm Seronok dengar perkongsian mereka .. Wah.. sudah lama aku tak berkarya ... err... melukis.

Sejuzuk sehari

Aku tak sangka. Setelah seminggu lebih mengikuti group ODOJ, Allah telah beri kekuatan untuk istiqamah membaca sejuzuk sehari. (Ada satu hari aku miss sebab sibuk sampai malam). Aku rasa ia adalah usaha yang sangat baik untuk memastikan tarbiah dzatiah berjalan, terutamanya bagi yang outstation macam aku sekarang ini

UHO

Minggu lepas aku telah menghantar e-mail kepada UHO. Di situ aku luahkan perasaan hati yang bergelora berkenaan pimpinan IkSJ serta dia. Malam semalam minum teh dengan UHO. Segala luahan hatiku dijawab dengan defensif. Malah difokuskan dengan hal tugas aku sebagai SU Tarb.

ODOJ

Baru-baru ini aku dijemput ke dalam whatsapp Group ODOJer (One Day One Juz jer...). Ia sangat mencabar kerana perlu habis 1 juzuk al Quran sehari, sebelum 8pm. Namun ia adalah perkara yang memotivasikan aku untuk istiqamah dengan wajibat no.1 ini ... (baca sejuzuk sehari..)

PIBG #1

Image
Hari ni first time hadiri PIBG untuk Husna. Moga dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada PIBG ini.

Menulis lagi

Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ini. Begitu banyak perkara yang berlaku. Aku telah selesai Haji... Anakku yg sulung baru masuk darjah satu di SR Islam Al Amin Gombak... Anak yang kedua baru masuk tadika Al Amin Wangsa Maju ... Aku dapat merasai perkhemahan osem format sebenar AiEm... Subhanallah ... begitu banyak perkara yang aku amat syukuri ...

Sedekah menambahkan rezki

Satu formula untuk tambahkan rezeki ... terutama di zaman harga Barang Naik ni ... Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam : ” HAi Zubir, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu di Arasy, yang dikirim oleh Allah SWT kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. MAka siapa yang memprbanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan , nescaya Allah SWT menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a)

Membeli Baju

Image
Hari ini aku bersama keluarga membeli baju untuk anak... Rupanya ada kedai yang specialise dalam baju untuk sekolah al-Amin.. Ramai betul orang dalam kedai, membeli baju sekolah juga ...

Kembali ke Malaysia

Image
Alhamdulillah. Akhirnya tiba di Malaysia. Kelihatan anak-anakku sangat gembira .. setelah 48 hari berjauhan dari abi dan umminya.. Moga Allah memberkati ibadah serta perjalanan kami... Amiin.

Mula bergerak ke Arafah

Image
Kami menunggu hingga maghrib di dalam hotel. Menantikan giliran untuk naik bas. Dalam jam 6.30pm, namaku dan isteriku dipanggil. Bermulalah perjalanan ke event kemuncak Haji ... iaitu wuquf di Arafah. Moga Allah mudahkan.

Di sini bermula ...

Image
Hari ini bermula pengalaman yang luar biasa dalam hidupku... Seolah disusun oleh Allah, hari ini penerbangan semuanya adalah dari kalangan Jemaah Rayhar travels. Penerbangan pula dari KLIA terus ke Madinah, menggunakan penerbangan MAS. Menurut orang Rayhar, hanya Saudi Air sahaja yang boleh terus mendarat di Madinah, dan MAS hanya mendarat di Jeddah dan disambung dengan bas ke Madinah sejauh 400km. Maha Suci Allah. Moga Allah mudahkan segala urusan.

Adik nak ikut usrah

Image
Subhanallah Walhamdulillah. . Tiba2 adik kandung sendiri nak ikut usrah .. Moga Allah terus tunjukkan jalan kepada dia tsabatkan dia di jalan ini.. (Nanges dalam hati...)

Mesir

14 Ogos... Berlaku pembunuhan beramai2 di dataran Rabaah. Pembunuhan yg dibuat tanpa perikemanusiaan. Askar2 di bawah general laknatullah itu menembak secara random kepada orang awam. 2000+ orang syahid. Wajah2 kematian mereka semua disertai dengan senyuman.. 15 Ogos... IKRAM .. ABIM ... HALUAN membuat demo. Bermula jam 2pm depan Ambank Ampang Point .. berarak ke depan kedutaan mesir di Ampang hilir. Tak dapat masuk ke pintu depan kedutaan .. sebab polis dan FrU sudah membuat pagar manusia di depan kedutaan. Jadi demo hanya berteriak di tepi kedutaan... Aku singgah sekejap .. mengambil semangat teman2 yang bercuti 1/2 hari meramaikan suasana.. 17 Ogos... PAs dan NgO berkumpul di dataran Merbuk untuk munajat 100k kepada Mesir... Aku tak turut serta disebabkan keletihan melayani saudara beraya di rumah. Agak kesal kerana tak dapat bersama (... setelah dimuhasabah oleh UMFS) ....sehingga hari ini .. perbantaian kepada orang mesir berterusan.. Ya Allah .. bantulah mereka Hanc...

Pengalaman luarbiasa Ramadhan 1434

Dah lama tak menulis blog ini. Aku menulis coretan ini di kampung halaman. 29 Ramadhan sudah tiba. Berakhirlah bulan yang dirindui dan penuh rahmah wal magfirah ini. Ramadhan tahun ini merupakan anugerah yang luarbiasa dariNya. Banyak perkara-perkara baik berlaku padaku dan keluargaku dari segi amalan. Pada tahun ini, aku dapat beriktikaf fardi di masjid hidayah dan di masjid kemensah. Ini adalah iktikaf  pertama kali semenjak aku pindah ke KL ini. Sebelum ini, aku selalu dapat beriktikaf bersama hosmet di Bintulu. Tambahan lagi, aku diberi peluang dan kekuatan untuk bersolat tasbih bersama imam tempatan. Solat yang amat menguji ketahanan sendi (15 + 10 +10 + 10 + 10 + 10 + 10 tasbih per rakaat, 4 rakaat yang menjadikan jumlahnya 300 tasbih!). Kali terakhir aku ikut rasanya masa di sekolah >_< Tahun ini, anak-anakku yang 6 dan 3 tahun menyertai solat isyak berjemaah serta tarawih di masjid. Ini adalah pertama kali semua anak-anak turut serta di masjid di bulan ramadhan. ...

Paris

Image
Aku diberi rezeki oleh Allah untuk ke luar negara ... Aku ke Paris untuk 5 hari... sempena kerja dengan projek kompleks petrokimia dan penapisan terbesar si Asia Kali terakhir aku naik penerbangan jarak jauh ialah masa di Australia .. hampir 9 tahun lalu.. Di sana, bos membawa aku melihat menara eiffel, berjalan di La Valle.. di Paris juga .. aku mula menghargai jenama-jenama terkenal yang digunapakai oleh wanita : LV, Coach, longchamp, lacoste... Alhamdulillah .. aku juga sempat bertemu pelajar di sini, berkongsi pengalaman hidup dengan mereka....

Kursus haji

Image
Dah masuk minggu ke 21 kursus haji ini. Lagi satu kursus minggu depan. Semalam baru daftar pakej dengan Rayhar. Harapnya dapat pakej yang sesuai dan dimudahkan urusan. Terasa makin dekat saat2 untuk menjadi tetamu Allah!

Bintulu

Image
Dari Ahad malam hingga malam semalam, aku ke Bintulu.. Sungguh nostalgia. Telah berlalu 3 tahun sejak aku meninggalkan daerah itu. Kedai makin bertambah. Hotel ada yang berubah. Aku bertemu dengan AJB, HFJ, UAS serta beberapa ikhwah yang lain. Aku juga bertemu ikhwah baru datang dari semenanjung. Seorang guru dan seorang lecturer. Kedua-duanya berkeluarga dan berada di bintulu. HFJ sudah berkeluarga. Cuma isterinya berjauhan di Indonesia kerana masih belajar. HFJ kini sudah ada kereta MPV. Warna putih. 'Ikut sunnah abang YHY' katanya. Aku sempat melihat madrasah yang kini tersergam indah di kampung baru. Juga asrama putri yang hampir siap. Aku juga dapat sertai program umum 'tadabbur alQuran' yang dikelola oleh Us Amin. Kira-kira 100 orang hadir, walaupun ia dibuat selepas isya. Medan dakwah yang sungguh mantap. Ziarahku yang sekejap mengingatkan aku dengan banyak memori. Ia juga merecaj semangatku, melihatkan kepada perkembangan ikhwah di...

PACA dan 5 Mei

Di sini aku aku ingin mencoret pengalaman menarik sepanjang hari ini. Hari ini merupakan hari keramat bagi orang negara ini. Hari ini ramai menaruh harapan agar negara ini dapat merasai perubahan besar setelah lebih 50 tahun di bawah penguasa yang sama. Hari ini luar biasa ramai orang keluar mengundi. Aku sendiri yang datang pada jam 730am, dan sudah mula beratur! Pak cik dan mak cik pun ada yang datang awal ke tempat aku mengundi itu. Sangat bersemangat. Jariku dicalit dengan cat biru. Aku melihat lalu meng 'instagram' jari itu. Namun tidak lama selepas itu, whatsapp dan facebook dipenuhi cerita cat di jari boleh dipadam, walaupun tanpa sabun (.. ada yang basuh kat sinki kedai mamak sahaja!). Aku terus memandu ke KL... kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan. Aku terus menerus beristighfar, dengan harapan agar ia dapat membantu urusanku dan urusan teman-teman lain yang berjuang pada hari ini.. Setibanya di tempat yang ditentukan, aku singgah di masjid dahulu. ...

Setelah 10 tahun

Image
Hari ini aku terjumpa ASAP (nama sebenar NMMT). Hmm.. hampir 10 tahun telah berlalu.. Ketika itu dia mula mengenali dakwah ini... Teringat saat aku bawa buku Computer Systems & beberapa buku lain untuk dihadiahkan kepadanya (kerana aku dan dia ambil kursus yang sama di Monash, cuma ketika itu aku sudah tahun akhir, dia tahun dua). Teringat saat dia tidak dapat sertai winter trip sebab maknya tak kasi. Dia memulakan langkah di medan dakwah ini ... bila aku sudah pulang ke Malaysia. Kini dia masih laju bekerja di jalan ini .. cuma di dalam 'kapal' yang lain. Itulah ketentuan Allah yang pasti banyak hikmah di sebaliknya... Moga dia tsabat dan dapat bersatu kembali suatu masa nanti...