Posts

Subuh...

Hmm.. Kalaulah solat subuh berjemaah dapat duit USD10,000... Pasti penuh surau dan masjid.. Orang akan datang walaupun terpaksa merangkak! Cuma duit USD10,000 sahaja .. Kalau bayarannya lebih mahal dari itu?

Karnival dan malu...

Semalam aku pergi mesyuarat karnival putahgts dengan HA. Datang pun sebab wakil IkSJ, dgn niat nk tunjuk good impression IkSJ kpd penganjur. Ramai gak datang. Dari wakil perumahan, NGO dan parti bulan. Masa IkSJ nak update, kami beritau dah ready utk buat futsal. Bila sentuh pasal khudmat kesihatan yang diharapkan oleh mereka, baru tau kami x dapat penuhi permintaaan mereka. Jawapan ini baru firm semalam, walhal karnival minggu depan! (dua tiga minggu lepas aku dan HA ada highlight... Tapi pihak atasan tak beri jawapan atau apa2 indikator... Lalu kami assume ia ok la... Tup tup jadi mcm ni... ) Dengan senyum tawar,pengerusi karnival kata "tak mengapalah, kita tengok mcm mana. Kita try cara lain" Waaah! Aku dan HA rasa malu bukan kepalang. Mengapa kita beritau sekarang, bukan dua tiga minggu sebelum ini!? Lagi malu bila Yayasan Amal offer akan usaha untuk penuhi slot khidmat kesihatan IkSJ walaupun mereka sudah ada slot khidmat kesihatan oleh mereka hari Ahad. Un...

Kisah Jimmy dan Jamal

Image
Jimmy dan Jamal adalah dua orang kawan baik. Mereka sangat suka makan kek. Cuma Jamal suka membuat kek dan sangat suka mengajar orang membuat kek sebab dia nakkan ramai orang dapat merasai kek ini sebab semua orang boleh buat kek. Jimmy suka makan kek dan dia lebih suka iklankan dan jual kek itu dan Jimmy sahaja yang pandai buat kek itu. Kecenderungan mereka berbeza kerana masing-masing merasakan itulah cara paling terbaik untuk mengongsikan kek itu kepada semua orang. Pada mulanya Jimmy dan Jamal menguruskan kedai kek masing2, walaupun menjual kek yang sama. Semuanya berjalan lancar sehinggalah suatu hari, mereka bercadang untuk bersatu tenaga dengan harapan supaya lebih ramai manusia dapat merasa kek yang mereka hasilkan. Pada awalnya mereka merasakan begitu. Kek tersebar ke seluruh bandar dan ramai orang makan kek. Seolah gabungan itu berhasil. Namun, Jimmy merasa kurang selesa kerana ramai orang sayang dan suka kat Jamal, sebab Jamal ajar mereka sampai dapat buat kek s...

Sheikh Ahmad Yasin

Hari ni 22 mac.Tarikh ini sama dengan pembunuhan Sheikh Ahmad Yasin oleh israel. Dia ni dangat hebat... Sebab dia boleh gerakkan semua orang HAMAS untuk menentang israel... walaupun dia hanya terlantar di kerusi roda! Hebat kan?! Orang yang tak mampu bergerak tapi dapat mobilise satu pasukan besar lalu ditakuti oleh israel yang berkali2 lebih kuat dan besar! Kita yang mampu bergerak,berlari dan melompat ni takkan tak boleh buat apa2 utk umat ini?! Ayuh! Satu muhasabah pagi buat diri ini...

Syukur atas nikmat tangan dan kaki

Tadi mendengar tazkirah pagi. Ia highlight berkenaan nikmat tangan dan kaki. Point dia simple tapi menyebabkan aku terharu. Allah telah beri kita kaki. Tanpanya kita tak dapat bergerak. Allah beri kita tangan. Tanpanya kita tak dapat buat kerja. Kedua2 nikmat itu sering kita take for granted. Bila direnung kembali, betapa besarnya nikmat2 yang Allah beri kat kita. Ia juga menimbulkan rasa syukur amat sangat serta semangat untuk lalui hidup ini. Published with Blogger-droid v2.0.4

Boss yang baik

Masa ni aku akan menjadi sebahagian dari pasukan FEED bagi loji janakuasa COGEN ... yang barangkali COGEN terbesar di Asia. Setelah bekerja dengan pasukan ini selama empat bulan, aku mendapati tekanan kerja dengan pasukan ini tidak menyebabkan jiwa tertekan (walaupun badan teramatlah letih). Faktor utamanya ialah pengurus projek jenis rasional, bertimbang rasa dan jaga solat. Aku sungguh bersyukur atas assignment yang aku dapat kali ini. Harapnya ia tak mengganggu kelancaran aktiviti islami yang aku buat do hujung minggu dan di malam hari..

Bila bertemu muda dan tua

Image
Pada Sabtu lepas aku datang ke sesi dialog peserta Daurah P dengan mas'ul T setiap daerah. Instead jadi sesi soal jawab,peserta yg majoritinya dari lepasan oversea yg bersemangat,meluahkan concern2 mereka dlm tarbiyyah. Pakcik2 yg merupakan mas'ul T setiap daerah terkulat2 juga menjawab persoalan yg panas itu. Bagiku ia adalah feedback yg bagus buat T di negeri ini. Biar pihak yg menjaga T sedar isu2 yg menjadi dilema di kalangan pemuda. Moga ia memantapkan lagi T di bumi Malaysia nih.. Published with Blogger-droid v2.0.4

Cleared the car loan

Alhamdulillah. After 7 years, my car loan for the kancil is sttled. Next step is to wait for the bank to issue release letter. It has been a long journey together. I miss that car. (Now it is at my parents' house, where my dad use it to go to masjid). Published with Blogger-droid v2.0.4

Pagi nan indah

Image
Subhanallah. Pagi nan indah. Ia memberi semangat untuk bekerja dengan penuh ceria! Published with Blogger-droid v2.0.4

inche adam

Semalam aku pergi ke masjid syakirin klcc... Sebab diajak oleh inche adam utk sama2 berkongsi pengalaman kat halaqah student oversea yang bercuti.. Menarik gak,ada dari NZ... ada dari India dan ada dari Europe... Dapat dengar taujih dari inche adam... sama style dengan apa yang dia tulis dalam blog dia... Osem ^_^ Lepas mentadabbur quran,semua bersurai. Aku hantar student ke reatoran arab n stesen jelatek... Pastu pergi minum kat mamak Darbar.. di situ aku mendengar pengalaman2 inche adam berkenaan dia dan UQY. Wah... Lama tak jumpa UQY secara fizikal... Borak2 dengan inche adam.... Serta semangat yang ada pada dirinya, mengingatkan aku pada aku yang super bersemangat suatu ketika dulu... Published with Blogger-droid v2.0.4

Puteri Resort

Image
Hari semalam dan hari ini si Puteri Resort Ayer Keroh Melaka. Quality time dengan family (espesially main air dengan anak-anak)
Hari ni wife aku masih marah kat aku. Ia bermula semalam, sebab dia puasa untuk prg katibah,dan aku bergurau dengannya. Tambah2 lagi kami lewat keluar rumah untuk ke tempat katibah, dan dia macam takut didenda sebab lewat. Marahnya masih belum reda. Aku agak dibiarkan begitu sahaja. Mujurlah Allah sabarkan hatiku.

Southern Gathering 2012

Image
Dari 3 hingga 5 Jan berlangsungnya southern gathering (SG 2012) di UIA. 200+ pelajar serta senior yang pernah belajar di Australia dan New Zealand berkumpul....berprogram bersama2. Teringat aku zaman2 pergi Semai Mesra dahulu. Published with Blogger-droid v2.0.2

Bangsa islam...

Bila bangsa kita adalah bangsa islam, maka kita akan merasa perihatin kepada saudara seakidah kita di Palestin dan Syiria yang tengah teruk ditindas dan dibunuh di negara sendiri. Kita juga akan merasa gembira bila bertemu dengan saudara seislam di tengah2 suasana bukan islam. Kita juga akan merasa gembila bila mendapati ada orang masuk islam dan merasa seperti saudara kita. Sungguh hebat bila hubungan hati ini berasaskan islam berbanding asas2 yang lain!

Kerja macam cuti

Wah! Hari ini pejabat begitu kosong! (Malah keretapi Putra tadi pun tidak penuh seperti biasa, juga parking lot di stesen juga agak lengang dari kereta2). Jadi, mood kerja hari ini seperti bercuti (walaupun tidak bercuti!). Siap tadi ada kawan sekerja datang mengacau lalu berborak pasal isu semasa. Ada beberapa perkara yang menarik dibincangkan tadi (sampai dia terbawa kita turun ke tingkat bawah untuk makan roti telur bersama teh tarik - kafe pun lengang juga pagi tadi!). Pertama, dia kongsi berkenaan islam dan Melayu di Malaysia. Dia kurang selesa dengan sentimen islam itu mesti Melayu. Dia ada kawan yang revert, malah isterinya juga revert. Dia mendapati sentimen islam perlu Melayu itu menjadikan orang bukan Melayu amat prejudis terhadap sesiapa dari kaum mereka yang revert masuk islam (terutamanya orang Chinese di Malaysia). Bukankah islam untuk semua bangsa? Bukankah juga, Melayu ni luas rumpunnya, dari indonesia hingga ke filipina, dengan cabang2 kaum Melayu yang berbagai, ...

Kisah pagi di pasar

Image
Pagi tadi teman mak pergi pasar di Mentakab. Huhu, ni first time ke pasar ni, walaupun tinggal dan membesar dekat daerah ini !>_< Dalam perjalanan,mak bercerita kisah tanah dia di kampung padang luas. Baru2 ni ada orang di sana minta kat mak sebahagian tanah mak untuk dibuat jalan.Jalan itu akan menghubungkan kawasan perumahan (yang bakal dibina) dengan jalan besar (main road). Tanah untuk perumahan itu di belakang tanah mak. Pada awalnya, mak tak nak,sebab jika jslan dibuat, mungkin tak dapat diguna untuk tujuan lain (tanam2 ke, buat rumah sendiri ke).Tapi, mak kemudian terfikir akan pahala jariah yang bakal digenerate oleh pengguna jalan (jika tanah itu dijadikan jalan). Rasanya ada disebut dalam hadis pasal amal jariah dari "jalan yang digunakan orang ramai". Wah! Aku terharu dengan keputusan mak ni! Memang visi yang sungguh awesome! (Boleh sahaja mak reject, dan minta pampasan besar,tapi dia tak minta). Jarang sekali orang mengambil perkiraan akhirat mendahu...
Segalanya bermula dari hati. Ia banyak kali aku ulang dalam post2 sebelum ini dan di FB dan twitter. Benar. Bila hati bersemangat, apa sahaja boleh dibuat! Jom, kita buat!

Melayu

Image
Akhir2 ini aku mendapati isu kesatuan melayu makin menjadi2 diperkatakan... tak kiralah di arena politik, dan juga di arena gerakan dakwah (di kalangan NGO). Di TV tiga, terutamanya bila tengok buletinutama (berita prime time antara maghrib isya), selalu parti melayubersatu dan orang2 yang berkaitan serta macam tak berkaitan sebut2 pasal perlunya orang melayu ni (yang majoritinya muslim) bersatu, dan jangan ikut parti orangbukanmelayu yang non-muslim itu. Makin lama makin kedengaran bunyi2 itu ... seolah2 hari Peru13 (pilihanraya umum ke 13) sangat dekat! Bila lihat di FB, dahsyat juga 'pergaduhan'  perbincangan antara pihak2 yang berbeza (pendapat dan idea). Bila satu orang buat statement, satu pihak lagi akan menyerang memberi pendapat, dan dibalas balik oleh pihak yang memberi statement. Tu belum kira bila teman2 seperjuangan atau sepemikiran kedua2 pihak masuk campur. This is applicable for both sides, regardless who make statement first . Aku harap aku lebih mema...
Hari ni ke tempat kerja sangaat lewat! Anakku kencing malam. Lupa nak alas atau pakaikan pampers. Jadi menunggu lama gak toto utk siap dibasuh oleh mesin basuh.

Awan besar

Image
Subhanallah! Hebatnya ciptaan Allah! Cantik dan besar awan yang kulihat dari tempat parkir kereta hari ini.