Posts

Image
Aku merenung ke luar bas.Fikiranku merawang.Tadi tatkala Naza menghantarku ke perhentian bas,kami berbual perihal cara mengisi masa di hujung minggu di borneo ini.Ternyata ia amat membosankan.Malah,ia menjadi antara punca orang nak meninggalkan pulau ini...
Image
Rumah dah jadi futsal court
Aku berbaring di masjid syakirin mengenang dan memuhasabah kehidupanku sendiri.Hidupku dipenuhi ujian yang tak putus.Cuma orang lain tak tahu.Aku merasa lemah setiap masa menghadapinya selama ini.Ia menimbulkan rasa kecewa dan putus asa.Aku perlu tabahkan hati!Aku tak boleh berputus asa!Selagi masih hidup,selagi itulah masih ada peluang untuk berusaha!
Kekuatan hati itu penting untuk menghadapi kehidupan hari ini. Kehidupan ini tidak akan sunyi dari ujian yang sering berbentuk kesusahan. Orang yang kita sangka bergembira mungkin sedang kusut dan berduka dengan masalah yang kita sendiri tidak sangka. Orang yang tidak memiliki kekuatan hati akan kalah apabila bertembung dengan ujian dan dugaan hidup. Ada yang terjun ke dalam hiburan. Ada yang memabukkan diri dengan arak mahupun dadah. Ada yang membunuh diri. Semuanya dilakukan untuk lari dari ujian dan dugaan ini. Dari mana datangnya kekuatan hati? Kekuatan hati wujud dengan wujud apabila hati itu hidup. Bagaimana hati itu boleh hidup? Ada dua : Zikrullah dan Zikrul maut. Mengingati Allah dan mengingati mati. (ada hadith berbunyi seperti itu, cuma saya tak ingat matan dia). Bila difikir-fikirkan, benar juga. Hati yang hidup akan tabah dan tenang menghadapi apa sahaja yang melanda di dalam kehidupan ini. Hati yang mati akan bertambah mati dengan bertambahnya ujian hidup. Ingatilah Allah...
Image
Aku memerhatikan remaja.Agak ramai.Mereka bermain bola dengan gembira di perkarangan parkir surau.Barangkali mereka bermain selepas asar.Kira-kira 40 minit sebelum maghrib,mereka bersurai.Tak perlu ditegur mahupun disergah,seperti di tempat lain.Aku pun masuk ke ruang solat.Tiba-tiba masuk seorang remaja lalu memasukkan wang ke dalam tabung.Aku agak kagum.Apa yang telah dibuat oleh penduduk di sini?
" Jalan dakwah adalah jalan yang amat sukar. Ia dipenuhi duri-duri yang tajam. Jika anda dapati jalan dakwah anda itu mudah, barangkali anda melalui jalan yang salah! " Kata-kata ini diulang-ulang semasa aku di sekolah, di universiti dan di alam pekerjaan ini. Dahulu ada sedikit-sedikit diuji dengan ujian-ujian kesusahan di jalan ini seperti masalah-masalah yang selalu ditemui ketika melaksanakan program-program umum dan sebaliknya. Aku menyangka itulah apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu. Namun ia lebih dari itu... Kini jalan yang aku pilih diuji dengan ujian yang amat dahsyat. Ia dirasai oleh teman-teman seperjuangan yang lain. Barangkali Tuhan mahu melihat, siapa yang masih tetap di jalan ini, siapa yang tidak tahan lalu mengambil jalan mudah. Aku memohon dari Tuhan agar aku dan teman-temanku diberi kekuatan di kala ini. Moga kita semua ditunjuki jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan buk...
Hari raya dah masuk hari ke-4. Aku menyambut hari pertama di rumah ibu bapaku.Semua adik-beradik ada,termasuk yang belajar medic tu. Kemudian ke kampung ayah di TRG.Wah,kali ni aku dapati begìtu banyak kereta di TRG,sehingga traffic jam teruk di sana.Dah mula jadi macam Kelantan! Raya ke-3 beramai-ramai sambut hari keluarga. Bapa saudara dan sepupu semua berkumpul tepi pantai.Bestnya! Malam tu aku sekeluarga pulang. 5 jam driving TRG-TLOH. Singgah kat satu restoran yang sangat teruk servis dan juga makanan dekat Marang. Sabar je lah.
Esok aku akan bertolak balik ke KL untuk cuti raya. Hm, terasa macam balik for good masa student dahulu. Ditambah dengan suasana hari ini yang sejuk. Hujan turun lebat dan renyai berselang seli. Aii.. susah betul nak lelapkan mata nih. Camne nak qiam esok kalau begini...
Hari ini rasa sangat best semasa solat terawih. Terasa begitu tenang tatkala menghayati solat di masjid Syakirin. Mungkinkah...
Jika kekuatan didasarkan atas manusia, ia tidak kekal, ia tidak kuat, ia adalah kekuatan yang lemah. Jika kekuatan didasarkan atas hubungan dengan ilahi, ia adalah kekuatan yang sebenar dan kekuatan inilah yang bertahan lama. Aku memerhatikan realiti ini. Perkara-perkara yang berlaku sekarang membuktikannya. Mungkin perkara yang akan datang akan menguatkan lagi hal ini. Moga kekuatan didasarkan atas hubungan yang kuat denganNya.
Di dalam al-Quran ada disebut " Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara... ". Alangkah indahnya kalau orang islam yang berlainan pendapat memahami ayat ini. Di saat ini, amatlah sedih apabila orang islam berpecah, bercakaran dan ber'perang' disebabkan oleh pendapat yang berbeza. Di saat ini musuh-musuh islam gelak ketawa melihat gelagat umat islam yang menyedihkan ini. Moga aku dan teman-temanku memahami ayat itu sungguh-sungguh... ... kerana ukhuwwah yang dibentuk atas dasar iman sangatlah manis!
Tadi berbual sebentar dengan NM. Lama tak berbual dengan dia. Suara masih sama. Intonasi masih sama. Seolah-olah berada di masa di Monash dahulu. Fehlong sekejap...
Image
Pagi semalam adalah pagi yang amat best.Aku qiam di sebuah masjid berdekatan dengan MRR2.Di situ juga aku berjumpa dengan ramai teman-teman lama dan baru,bertukar-tukar cerita.
Tadi ada iftar di madrasah bersama pelajar-pelajar yang akan bercuti. Anak buahku juga ada di situ, juga teman-teman dan pakcik-pakcik. Seronok juga suasana ketika itu, sama seperti suasana semasa iftar sabtu lepas. Setelah iftar, aku berkejar ke rumah teman sekerja untuk memenuhi jemputan makan berbuka di sana. Jadi, aku iftar di dua tempat pada satu malam. Setelah itu, aku berkejar pula ke surau RPRS, kerana menggantikan UII menyampaikan tazkirah ringkas sebelum terawih. Kali ini ramadhan kurasakan lain sedikit. Antaranya ialah aku lebih tenang dan mudah untuk menyampaikan tazkirah berbanding tahun lepas, malah ramai memberi komen positif terhadap gaya penyampaianku. Ramadhan kali ini juga kurasa ringan untuk melalui 20 rakaat di mana sahaja aku solat. Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana memudahkan. Sekarang sudah tinggal 10 hari terakhir. Moga ia dimanfaatkan seoptimumnya! Amiin!
Tadi aku terbaca satu artikel tulisan uqy di laman web dia. Aku tersentuh dengan isi yang disampaikan: Dahulu masa aku adalah adik-adik, aku membayangkan abang-abang akan menyumbang. Kini bila dah jadi abang-abang, sejauh mana sumbangan dari harta dan masa kepada mereka. Seolah-olah abang-abang memiliki 'rancangan sendiri' dalam hidupnya.
Lama tak update blog ini.Aku lebih kerap mengupdate coretan dalam facebook.Sekarang berada di dalam bas,menuju ke airport.Flight ke Miri awal malam ini,betul-betul dekat dengan waktu berbuka.Tadi,hatiku sangat tersentuh melihat anakku melambai ke arahku.Bilakah aku akan dapat luangkan lebih masa untuknya?
Image
I am thinking positive things,good things to come and removing all negative thoughts starting from now.I will be experiencing goodthings which I dreamt all this time.This will be the moment! Let's march forward to it!
Agak lama aku tidak menulis blog ini. Kini, orang ramai lebih bertumpu kepada website sosial seperti facebook dan twitter. Aku merasakan jiwaku begitu down beberapa lama. Mengapa? Aku melihat keadaan diriku ini yang kuanggap malang. Sedar tidak sedar, sudah hampir lima tahun hidup begini ... ada keluarga, tetapi masih hidup macam orang bujang, tidak nampak harapan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik. Ditambah dengan perubahan yang aku lihat pada anakku dan isteriku. Ditambah dengan suasana sekeliling yang lemah dan kelihatan makin lesu . Lebih menyedihkan hatiku bila melihat kehidupan yang lain yang kuanggap lebih bahagia dan lebih hidup dari apa yang aku miliki. Semua itu memakan diriku sedikit demi sedikit, sehinggakan memberi kesan terhadap fizikal dan menta l ini. Dari segi material, aku diberi banyak benda . Aku diberi pekerjaan yang menarik dan gaji yang agak lumayan. Aku ada keluarga. Aku memiliki kemahiran-kemahiran. Aku masih boleh makan apa yang aku mahu.... Tetapi...
Motivasi merupakan minyak yang menjadi pembakar semangat kepada hati manusia di kala ia lemah. Ia datang dari orang lain atau dari dalam diri sendiri, bergantung bagaimana kita memperolehinya. Aku diuji dan diuji sehingga kini, menjadikan diriku menghargai setiap motivasi yang boleh aku cari. Melihat keadaan orang lain yang seolah-olah lebih baik dari keadaanku, menajdikan aku makin lemah. Namun, sesekali aku berundur ke belakang. Aku berfikir seketika akan kehidupan ini. Aku ingin keluar dari keadaan sekarang kepada keadaan yang lebih baik. Dengan itu, timbul satu semangat baru... semangat untuk merubah keadaan!
Kita perlu bersemangat dalam menghadapi kehidupan ini. Cabaran dan ujian pasti datang, dan kekadang ia datang dalam keadaan yang tidak disangka. Dalam sekelip mata kehidupan yang seronok akan menjadi sengsara. Oleh itu, kuatkan semangat tatkala diuji.  Bersama kesusahan itu pasti ada kesenangan, jadi .. jangan putus asa dari rahmatNya!