Posts

Image
Aku menantikan saat di mana keperitan lahir dan batin ini akan berakhir.Satu persatu diuji keatasku.Sikapku yang mudah mengalah menjadikan keadaan semakin parah.Walaupun secara fisik aku memiliki segalanya,aku seolah telah kehilangan segalanya.Oh tuhan,aku yakin Engkau Maha Adil lagi Maha mengetahui.
Wah. Lama tak tulis blog nih. Minggu lepas aku ke loji gas asli brunei, satu loji gas asli berdekatan dengan tempat aku kerja (dalam 300km+). Selama di sana, aku menjadi 'specialist' dan dilayan seperti itu, meskipun gajiku sangat kecil jika dibandingkan dengan apa yang aku 'buat'. Di sana, aku dapat memerhatikan budaya kerja di sana. Agak menarik. Waktu solat, kontraktor dan pekerja solat berjemaah di surau. Waktu habis kerja, semua orang terus balik, kurang kelihatan orang yang 'stay back', seperti di tempat kerja aku sekarang. Hampir setiap malam aku dibelanja makan. Dapat merasa masakan di Brunei, menarik sekali. Perkara yang menarik perhatianku semasa di sana, syarikat induk kepada loji itu tidak mempunyai 'specialist' sepertiku (dan seorang lagi teman sekerjaku di bintulu). Wah, ia suatu penghormatan terhadap pengalaman yang aku lalui. Hmmm ... aku masih mengira-ngira, apakah aku harus ....
Image
Alam ini begitu indah.Aku memerhatikannya,lalu mendapati ia mencetus kedamaian di dalam hati.Pagi tadi aku berada di tepi taman tasik SA bersama teman-teman zaman student dahulu.Terlintas kisah lama dan kisah baru,mengongsi status sekarang.
Image
Aku terfikir tatkala aku berjalan di LCCT tadi.Telah empat tahun berlalu,dan aku sering bersedih dan kecewa dengan keadaan.Aku tidak perasan bahawa empat tahun itu menjadi persediaan bagi diriku untuk ke tahap seterusnya.Aku merasakan seolah ada sesuatu yang berubah dari dalam diriku yang diperasan oleh YHY.
Image
Apabila melihat kepada air terjun, timbul rasa tenang di hati. Rasa seronok pun ada juga. Aku duduk-duduk menikmati suasana di situ, melihat teman-teman bermain-main di tepi dan dalam air (yang tidak dalam). Barangkali ini sebabnya Tuhan menceritakan bahawa di syurga terdapat air sungai yang mengalir. Begitu seronok dan tenang bila mendengarnya, apatah lagi bila melihat dan berenang di dalamnya.
Image
THE white kancil finally arrived in Kuching last Friday! We went for a very interesting road trip. It reminds me about my previous road trip with MARMAR and others in Wira SE all the way to alaphong. Today some of my friends who joined the trip took day off to recover. I did not, and I was very weak in the office. The 600+ kilometers was quite challenging for me and my friends, but we manage to pull it off till the end. In Kuching we went around town and also went to see some natural places in suburbs nearby. I also met lots of old friends and some new ones. The drive home also interesting as our group have to endure 5 hour plus of heavy rain on the road, starting from Sibu to our home. I could not drive more than 60 km/h due to visibility and road condition. All in all, it was an interesting adventure. I never thought my Kancil travelled far south, but it finally did.
Semalam aku mendengar nasihat dari seorang teman. Nasihat yang begitu mendalam lalu menjadikan aku melihat kehidupanku dari sudut yang lebih lain. Nasihatnya begitu simple, tetapi kesannya besar dalam kehidupan... at least kehidupanku "Dalam surah al fajri, ayat yang akhir.... "Kembalilah kepada Tuhanmu wahai jiwa yang tenang." . Jiwa yang tenang di saat kematian. Jiwa yang tenang di saat ia masih hidup. "Kalau kita lihat dalam kehidupan, jiwa kita jarang sekali tenang. Selalu gundah gulana, sedih, keciwa, marah, lemah semangat... disebabkan oleh masalah-masalah yang menimpa. Orang yang nampak mewah dan menerima banyak kenikmatan belum tentu tenang...seperti sang kaya yang memasang begitu banyak sekuriti di rumah, sehinggakan tidak mengizin orang mengambil gambar di depan rumahnya. Jiwa yang tenang ini sungguh luarbiasa... kerna jiwa yang tenang ini : memiliki hubungan yang begitu baik dengan Tuhannya, dan ia mengetahui dan menerima hakikat bahawa segala yang dia al...
Image
Melihat kepada kad hari lahir yang isteriku buat untukku,aku tersenyum sendirian.Bersyukur aku kerana mendapat teman dalam hidup ini.
Image
Today I am 28 years old at 4am this morning. Thanks to Allah for life and memories given.I wanted to walk my life and fulfill my dream again.Words from my housemate to me,which I will remember for this special day:'If we do,it may change,it may not.If we do nothing,nothimg will ever change'.
Image
Everything which has beginning must have an end (except Him).As I walked through esplanade unfinished site,it became clearer.Last week,I was a emotionally unstable.I was thinking of how bad I am now and I cannot do anything about it.It is true to certain extent,because I haven't done good enough.Life will change when we do changes to it,like today.
Image
Life teaches us its lesson the hard way. The syllabi made us felt very painful in our heart. However...those lessons made us grow up. It also made us a stronger and tougher person.
Image
A glass can be half empty or half full.That is how people see things in life.
Aku agak lemah kebelakangan ini. Barangkali sebab aku tidak balik lebih dari dua minggu. Tidak balik menjadikan aku lemah? Barangkali rindu terhadap isteri dan anakku menjadikan aku begitu. Aku memohon kepada Dia agar membantuku dalam menghadapi perasaan yang tidak stabil ini. Tadi ketika aku termenung-menung selepas asar, terlintas di kepalaku berkenaan peristiwa hari ini. Apa dia? Dari hari semalam, teman sekerjaku ingin meminta aku ke loji bersama engineer pensuisan untuk melakukan kerja tengah hari tadi. Bila tiba jam 12noon, dia telefon dan mengingatkan aku bahawa aku perlu bantu, tapi dia akan confirmkan sekali lagi dengan menelefon kepadaku selepas zuhur. Aku setujulah, tapi dalam hatiku aku memohon agar tak perlu turun loji hari ini kerana tiada mood. Zuhur berlalu... Temanku itu tidak telefon. Tiba-tiba hujan sangat lebat. Sangat lebat. Aku kembali ke rumah lalu berehat-rehat menantikan panggilan dia, tetapi tidak ada. Aku tertidur-tidur dalam hujan yang amat lebat di luar rum...
Hmm ... FB, FB, FB ... Sekarang orang tempat kerjaku sangat ramai masuk ke FB ... seolah-olah satu dunia lain yang begitu meriah. Lebih meriah dari dunia realiti...
Image
Maha suci Allah.Pemandangan di luak bay begitu indah di saat matahari terbenam.
Image
Madrasah al-Quran.Tempat bermulanya.Tempat berhentinya.Tempat berhimpunnya.Tempat bersambung kembali...kerja islam di bumi bintulu.Tidak ramai orang yang tahu.Tidak ramai orang yang sedar.Hanya sebahagian sahaja mengetahui.. ... melainkan mereka yang maklum dengan sejarah Madrasah ini...
Warkah buat diri... yang berada di masa depan. Wahai diriku, Aku mengutuskan surat ini buatmu yang berada di masa hadapan. Andaikata aku masih ada di zaman itu, bacalah surat ini kerana ia adalah nasihat ikhlas dari dirimu yang berada di masa lepas. Wahai diriku, Di saat ini aku sungguh bersemangat dalam kehidupan. Aku menyedari akan hakikat hidup ini, lalu aku berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan tujuan hidup ini. Aku tabahkan hati tatkala ujian datang, malah menjadikan diriku rapat kepadaNya. Wahai diriku, Di saat ini aku begitu kerap memohon kepadaNya untuk membantuku dalam mencapai perkara-perkara penting dalam hidupku. Aku sentiasa berdoa dan berzikir kerana Dialah punca segala kejadian dan sumber segala keadaan. Wahai diriku, Cukup setakat ini dahulu. Aku berharap diriku masih istiqamah di jalan ini. Amiin.
Image
Life.You only have it once.You may waste it,or put it to some use.It is interesting to know that it began before we were born and it does not simply end at the last breath in this world.Knowing the things which we encounter after death makes us sees life in a better way.
Image
Wahai tuhan,kepada Kau hambaMu mengadu.Kau mengetahui apa yang menimpaku.Kau sahaja yang dapat membantu.KepadaMu sahaja aku berharap.
Image
Tak sangka.Akhirnya terbeli stokin setelah 4 tahun di sini.