Hidup ini tidak bererti jika tiada cita-cita dan keazaman. Kedua-duanya memberikan semangat yang kuat kepada kehidupan seseorang. Semakin besar cita-cita seseorang itu, semakin kuat semangatnya dan usahanya dalam kehidupan. Tokoh-tokoh yang hebat memiliki cita-cita yang sangat besar. Mereka menghadapi berbagai kesusahan, namun mereka menempuhinya dengan sabar dan tabah. Mereka akhirnya dicatat dalam sejarah sebagai pahlawan, tokoh atau pembawa perubahan di dalam sejarah. Ianya seperti sunnah alam ini yang ditetapkan olehNya. Manusia yang bercita-cita besar pasti akan berfikiran besar dan berusaha besar. Manusia sebegini tidak terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh-temeh. Dalam kehidupan kita seharian, adakah kita memerhatikan cita-cita dan keazaman kita selama ini? Apakah yang ingin kita capai di dalam kehidupan yang singkat ini? Adakah kita sekadar ingin mendapat jawatan yang tinggi, atau wang yang banyak, atau kehidupan yang serba selesa? Kesemua itu tidak akan memberikan sebar...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Alhamdulillah. 17 Ramadhan telah kulalui. Hari ini sempat berbual dengan seorang teman. Dia sudah meninggalkan syarikat ini dengan jayanya. Dia mengongsikan aku bagaimana dia melangkah keluar tanpa masalah. Aku pada awalnya menyimpan harapan. Tapi dia kata, baca semula perjanjian yang pernah ditandatangani. Pasti ada jawapan di situ. Ai. Aku kena buka kembali perjanjian yang aku tandatangani dahulu. Aku ingin melangkah ke sana sepertinya. Namun, hanya kepada Tuhan aku berserah kerana aku tidak tahu bagaimana keadaan aku bila di luar sana.
- Get link
- X
- Other Apps
Jumaat malam aku menaiki bas dari perhentian bas ekspres btu. Aku bersama YHY dan UAS berkumpul selesai kami solat isyak. Wah! Ini pertama kali aku menaiki bas begitu jauh di borneo ini. Aku membeli burger sebagai santapan sahur nanti. Entah di mana kami akan bersahur. Bas bertolak jam 830 lebih sedikit. Aku melihat bas itu meluncur ke dalam kegelapan. Aku tertidur. UAS yang duduk di hadapan berbual dengan orang bidayuh kristian. Barangkali ingin dia cuba dakwahkan atau sampaikan sesuatu. Atau sekadar berkongsi pengalaman. Bas itu berhenti-henti. Di selangau. Di sibu. Di sri aman. Aku sedar tidak sedar. Di serian aku dikejutkan untuk bersahur. Bas berhenti agak lama di sri aman kerana drivernya makan. Sememangnya setiap bas ada tempat perhentiannya. Di situ driver diberi makan dan kadangkala rokok kerana membawa begitu banyak pelanggan. Kami makan burger yang dibeli. Tidak berani untuk makan kerana kami takut masakan dan makanan mereka bercampur walaupun begitu besar tanda ditanggung h...
- Get link
- X
- Other Apps
Kita menyeru kepada islam dan pada masa yang sama kita berada di tengah-tengah manusia. Islam yang menyuruh kepada kebaikan, kelembutan, ketegasan dan keadilan. Namun akhlak kita yang buruk menjadikan manusia menolak islam yang amat cantik ini. Aku memerhatikan. Aku belajar. Aku diberitahu. Barangkali ada dalam diriku akhlak yang begitu buruk sehinggakan keadaan ini terjadi. Ampunilah dosaku dan baikilah akhlakku. Amiin.
- Get link
- X
- Other Apps
Adakah cara kita melalui propaganda? Apa yang nak kita capai melalui propaganda ini? Barangkali supaya kita lebih dikenali dan disokong? Jadi, apabila orang lain mula menjadi terkenal melalui propaganda, kita pun merasa resah-gelisah lalu ingin berbuat serupa? Atau lebih teruk lagi cuba menghapuskan atau mengecilkan pengaruhnya? Jangan! Pakcik HAB kan dah kata ... ingat lagi tak? Baca balik tulisan dia ....
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini aku menjadi agak marah di ofis. Macam-macam tak kena. Aku menarik nafas panjang untuk menenangkan hati. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan tadi. Dari hal kehidupan hingga ke hal jalan ini. Wah! mengapa tiba-tiba semuanya datang mendadak? Barangkali tuhan mengujiku... ... Sememangnya diuji satu demi satu. Alhamdulillah. Tak ada kerosakan berlaku disebabkan perasaan aku di tempat kerja tadi :)
- Get link
- X
- Other Apps
Aku melihat ke belakang....seolah-olahnya begitu lah. Terutama selepas berbual dengan seorang teman lama, yang mengingatkan aku zaman aku bersemangat suatu ketika dahulu. Aku mendapati telah hampir empat tahun berlalu dengan kesedihan yang banyak. Begitu juga dengan kemarahan yang banyak. Tidak kusangka menjadi begini, yang mana aku berubah sedikit berbanding diriku sewaktu di universiti dahulu. Banyak perkara yang aku biasa buat terhenti sekarang. Malah aku merasakan seolah-olah aku kehilangan sesuatu... Tadi aku berbual dengan YHY. Kami di kedai makan. Aku meluahkan rasa sedihku sebab tidak balik, dan keadaan ini berulang agak lama ... hampir tiga tahun lebih. YHY senyum sahaja sambil meng'order' nasi goreng kampung dengan telur mata. 'Perkara ini sebentar sahaja!' Aku senyap. Benar. Semua ini sebentar. Sangat sebentar kalau di'relatif'kan dengan alam akhirat yang infiniti lamanya. Sangat sebentar jika dibandingkan dengan tempoh kita di dunia ini. Seratus tah...
- Get link
- X
- Other Apps
Sehari dua ini aku menggunakan sedikit masa yang ada untuk memindahkan komik dari ikomik ke www.ikomik.blogspot.com Server kat brinkster tidak memiliki bandwith yang tinggi, malah sering down apabila ada orang cuba mendownload banyak komik sekaligus. Setelah semua diupload, aku akan menjadi bersemangat untuk tambahkan koleksi baru di sana. Aku juga bercadang untuk meletakkan komik di laman komik.dakwah.info yang sudah tidak kelihatan sekarang. Moga Tuhan menjaga hati ini ....