Posts

Minggu ini dua orang jurutera elektrik di tempatku meletakkan jawatan. Seorang tender notis dua bulan. Seorang lagi tiga bulan. Ke Qatar dan ke Subang jaya. Kedua-duanya kecewa dengan sistem yang ada. Adakah ini petunjuk yang diberikan olehNya?
Alhamdulillah. 17 Ramadhan telah kulalui. Hari ini sempat berbual dengan seorang teman. Dia sudah meninggalkan syarikat ini dengan jayanya. Dia mengongsikan aku bagaimana dia melangkah keluar tanpa masalah. Aku pada awalnya menyimpan harapan. Tapi dia kata, baca semula perjanjian yang pernah ditandatangani. Pasti ada jawapan di situ. Ai. Aku kena buka kembali perjanjian yang aku tandatangani dahulu. Aku ingin melangkah ke sana sepertinya. Namun, hanya kepada Tuhan aku berserah kerana aku tidak tahu bagaimana keadaan aku bila di luar sana.
Image
Jumaat malam aku menaiki bas dari perhentian bas ekspres btu. Aku bersama YHY dan UAS berkumpul selesai kami solat isyak. Wah! Ini pertama kali aku menaiki bas begitu jauh di borneo ini. Aku membeli burger sebagai santapan sahur nanti. Entah di mana kami akan bersahur. Bas bertolak jam 830 lebih sedikit. Aku melihat bas itu meluncur ke dalam kegelapan. Aku tertidur. UAS yang duduk di hadapan berbual dengan orang bidayuh kristian. Barangkali ingin dia cuba dakwahkan atau sampaikan sesuatu. Atau sekadar berkongsi pengalaman. Bas itu berhenti-henti. Di selangau. Di sibu. Di sri aman. Aku sedar tidak sedar. Di serian aku dikejutkan untuk bersahur. Bas berhenti agak lama di sri aman kerana drivernya makan. Sememangnya setiap bas ada tempat perhentiannya. Di situ driver diberi makan dan kadangkala rokok kerana membawa begitu banyak pelanggan. Kami makan burger yang dibeli. Tidak berani untuk makan kerana kami takut masakan dan makanan mereka bercampur walaupun begitu besar tanda ditanggung h...
Wah! dah masuk hari ke-9 Ramadhan! Selamat menyambut dan mengisi ramadhan kali ini! Wah wah! Moga kali ini lebih baik dari yang lepas! Aku sempat dua hari plus minus bersama keluarga melalui ramadhan... yang bakinya bersendirian bersama teman-teman di sini.
Kita menyeru kepada islam dan pada masa yang sama kita berada di tengah-tengah manusia. Islam yang menyuruh kepada kebaikan, kelembutan, ketegasan dan keadilan. Namun akhlak kita yang buruk menjadikan manusia menolak islam yang amat cantik ini. Aku memerhatikan. Aku belajar. Aku diberitahu. Barangkali ada dalam diriku akhlak yang begitu buruk sehinggakan keadaan ini terjadi. Ampunilah dosaku dan baikilah akhlakku. Amiin.
Doakan agar hari ini Tuhan membantu yang berusaha utk kebenaran dan menghancurkan yang berada dalam kekejian.
Adakah cara kita melalui propaganda? Apa yang nak kita capai melalui propaganda ini? Barangkali supaya kita lebih dikenali dan disokong? Jadi, apabila orang lain mula menjadi terkenal melalui propaganda, kita pun merasa resah-gelisah lalu ingin berbuat serupa? Atau lebih teruk lagi cuba menghapuskan atau mengecilkan pengaruhnya? Jangan! Pakcik HAB kan dah kata ... ingat lagi tak? Baca balik tulisan dia ....
Hari ini aku menjadi agak marah di ofis. Macam-macam tak kena. Aku menarik nafas panjang untuk menenangkan hati. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan tadi. Dari hal kehidupan hingga ke hal jalan ini. Wah! mengapa tiba-tiba semuanya datang mendadak? Barangkali tuhan mengujiku... ... Sememangnya diuji satu demi satu. Alhamdulillah. Tak ada kerosakan berlaku disebabkan perasaan aku di tempat kerja tadi :)
Kekadang Dia lebih mengetahui rahsiaNya...walaupun pada pandangan mata kita situasi sangat pelik dan mustahil untuk dilakukan.
Aku melihat ke belakang....seolah-olahnya begitu lah. Terutama selepas berbual dengan seorang teman lama, yang mengingatkan aku zaman aku bersemangat suatu ketika dahulu. Aku mendapati telah hampir empat tahun berlalu dengan kesedihan yang banyak. Begitu juga dengan kemarahan yang banyak. Tidak kusangka menjadi begini, yang mana aku berubah sedikit berbanding diriku sewaktu di universiti dahulu. Banyak perkara yang aku biasa buat terhenti sekarang. Malah aku merasakan seolah-olah aku kehilangan sesuatu... Tadi aku berbual dengan YHY. Kami di kedai makan. Aku meluahkan rasa sedihku sebab tidak balik, dan keadaan ini berulang agak lama ... hampir tiga tahun lebih. YHY senyum sahaja sambil meng'order' nasi goreng kampung dengan telur mata. 'Perkara ini sebentar sahaja!' Aku senyap. Benar. Semua ini sebentar. Sangat sebentar kalau di'relatif'kan dengan alam akhirat yang infiniti lamanya. Sangat sebentar jika dibandingkan dengan tempoh kita di dunia ini. Seratus tah...
Image
Masa lalu di bandar Miri,ternampak papan tanda kedai ni.Teringat kat seorang teman.Dulu dia hampir setiap minggu travel bintulu-miri untuk berjumpa anak dan isteri.Aku dalam dua atau empat minggu sekali travel bintulu-miri-kl yang sangat ekstrim.Syukur kepada tuhan yang mengurniakan kesabaran.
Image
Bagi orang yang berpegang kepada pokok.dia akan merasa kuat bila pokok teguh,dia akan merasa lemah bila pokok layu. Jadi, bersabarlah bila tuhan uji dengan kelayuan pokok.
Image
Aku duduk di tepi pantai tg batu..berseorangan.Aku perhatikan gelagat manusia yang bermacam-macam.Aku teringatkan gelagat sang daie dan mad'u yang juga bermacam-macam.Aku terfikir akan ujian dan nikmat yang Tuhan berikan kepadaku.Aku menikmati angin petang yang menghembus,begitu tenang.
Image
Tadi ke tepi pantai lagi. Ni kali kedua. Kali ini aku bersama remaja sekolah pula. Sedar tak sedar tiga jam lebih kami di situ. Makan BBQ sosej yang simple tapi cepat masak. Terfikir aku ketika itu ... Aktiviti sebegini (rehlah) dipandang ringan, tetapi kesannya besar dalam membentuk manusia.
Sehari dua ini aku menggunakan sedikit masa yang ada untuk memindahkan komik dari ikomik ke www.ikomik.blogspot.com Server kat brinkster tidak memiliki bandwith yang tinggi, malah sering down apabila ada orang cuba mendownload banyak komik sekaligus. Setelah semua diupload, aku akan menjadi bersemangat untuk tambahkan koleksi baru di sana. Aku juga bercadang untuk meletakkan komik di laman komik.dakwah.info yang sudah tidak kelihatan sekarang. Moga Tuhan menjaga hati ini ....
Tadi pergi ziarah pakcik. Dia sihat-sihat sahaja. Hujan turun renyai-renyai di luar kediamannya. Panjang perbualan kami. Itu seperti ziarah-ziarah terdahulu. Kali ini aku dapati Tuhan tunjukkan aku langkah seterusnya. Langkah pertama sudah dibuat. Langkah kedua dibuka ... setelah Dia mengajarku apa yang seharusnya aku tahu dan jiwai. Hujan masih renyai-renyai. Tapi kali ini hatiku tidak sedih seperti selalunya. Hatiku seolah di'persediakan' untuk situasi seterusnya yang mungkin lebih mencabar!
Hari ini ber' jungle trekking ' di tepi tanjung batu. Aku, Mizi, Zul dan Mos masuk ke tempat trekking yang sering dilalui oleh orang cina di sini. Terkejut juga bila aku mengetahui Mizi dan yang lain belum pernah masuk ke tempat trekking itu! Aku ajak ramai orang, tapi ini sahaja yang datang. Hmm, tuhan mengujiku dengan orang yang sedikit apabila Dia mengajarku cara untuk berdepan dengan situasi sebegini. 30 minit sahaja kami dah habis satu pusingan trekking. Kami ambil laluan paling pendek, sebagai warming up untuk sesi akan datang yang lagi jauh. Kehidupan itu juga sedemikian. Tuhan menguji kita sedikit demi sedikit supaya kita bersedia untuk menghadapi tugasan yang lebih berat. Tuhan itu amat Penyayang dan Pemurah lagi Memahami.
Tadi hanya dua sahaja peserta lelaki yang datang ke KAM.Fasi tiga orang.Tak mengapa. Dia sedang memerhatikan sama ada aku frust,down dan putus asa atau terus bekerja!
Aneh ... Aku mendapati diriku, diri temanku dan diri-diri pekerja-pekerja islam yang bersamaku dan yang bersama yang lain, merasa tidak senang hati dengan mereka dan juga bersama yang lain. Kekadang timbul rasa yang kuurang enak dalam hati yang tidak sepatutnya dirasai... Sungguh aneh sebab tujuan semua itu dan ini adalah kerana mencari redhaNya! Aku bertanya kepada pemilik alam ini, mengapa? dan mengapa? Entah bagaimana, suatu hari aku dan temanku terbaca suatu hadith dari kompilasi 40 imam nawawi. Hadith ini memberikan jawapan kepada perasaan hati dan perbuatan aku, kami dan mereka. Hadith ini membuka fikiranku dan temanku seluas lautan atlantik yang membiru. Kali ini... setiap kali aku memandang kepada kami dan mereka, dengan gelagat yang bermacam-macam dan berbagai, aku tersenyum seketika. Sesungguhnya tuhan Maha Adil, Maha Saksama dan Maha Bijaksana! Moga aku, kami dan mereka memahami realiti ini dan menemui redhaNya.
Image
Aku tidak tahu berapa kali aku telah melalui pintu ini.Tapi aku tahu,ia bukan sedikit.Timbul rasa sedih di hati.Berkali-kali aku memujuk hatiku untuk sabar.Moga Tuhan menunjukkan daku jalan pulang.