Posts

Image
Aku tidak tahu berapa kali aku telah melalui pintu ini.Tapi aku tahu,ia bukan sedikit.Timbul rasa sedih di hati.Berkali-kali aku memujuk hatiku untuk sabar.Moga Tuhan menunjukkan daku jalan pulang.
Image
Berpetang-petang kami dengan melihat keindahan alam yang semuanya milik Allah.Segala puji bagi Tuhan.Tiada sekutu baginya.Tiada Ilah selainNya. Begitu indah pemandangan pantai Luak.Aku mengamati gelagat manusia setelah menyelusuri coastal road selama dua jam.
Image
Selalu kita merasakan ujian hidup begitu berat, tempoh yang perlu dilalui begitu lama dan jalan yang perlu dilalui begitu jauh.Bahkan kita merasa seolah nasib malang asyik menimpa. Lalu kita membaca al-quran.Seterusnya merenung sejarah dan sirah.Hati akan tersentuh... Bila melihat kisah nabi yusuf, kisah Talut, kisah nabi ayyub dan kisah nabi muhammad. Bila mendapati ujian yang diberikan kepada mereka amat besar. Bila mendapati akhirnya mereka menjadi sungguh bahagia. Bila mendapati Allah sangat menguji hambaNya.
Image
Ini adalah wisma seberkas.Seolah-olah berada di low yat plaza,versi sarawak.
Image
Ni masjid di Serian,Kuching.Ramai orang yang mengembara antara Kuching ke utara borneo singgah di sini.Kali terakhir aku datang ialah empat tahun lepas.
Image
Kelihatan remaja bermain riang di pantai tanjung batu ... Pada mata pandangan hari ini, mereka seolah sama dengan remaja-remaja lain yang menikmati usia muda mereka. Pada mata pandangan yang lain, mereka berpotensi untuk mengubah apa yang tidak betul pada hari ini.
Image
'Demi matahari dan waktu dhuha nya'.Wah,pagi ini matahari begitu tenang.
Image
Hari ini sekali lagi aku ke Miri bersama dengan remaja junior.Singgah di pantai Luak,Muzium Petroleum,Masjid Bahagian,kedai makan,Boulevard,Taman Awam dan Masjid luak.Semua dah aku pergi berkali-kali,cuma setiap kali pergi,orang yang berbeza. Teringat aku Winter Trip yang berulang-ulang kali aku sertai masa belajar dahulu.Moga ini antara permulaan bagi sesuatu yang besar di sini.

Kebenaran

Image
Wahai Tuhan,tunjukkanlah kepadaku jalan yang benar.Jika jalan ini kau tak redhai,tunjukkan aku jalan yang benar dan jadikan aku melaluinya. Engkaulah penjaga kebenaran.Pasti kau tak akan biarkan kebenaran itu padam dengan kebatilan.
Semalam aku tiba di rumah.Aku melihat Husna tersenyum gembira.Dah 3 hari dia tidak melihat ibunya,apatah lagi ayahnya.Isteriku ke luar negara atas arahan syarikat.Aku sangat sebak dan menangis malam itu.Aku seolah mendengar rintihannya bila aku memeluknya.

Travel

Image
Melihatkan kerusi dalam ERL, baru aku sedar begitu lama aku 'mengembara'.Dijadikan aku melihat tempat yang aku tidak sangka.Dijadikan aku merentasi malam di tengah hutan.Dijadikan aku belajar bahasa yang lain.Dijadikan aku mendalami teknologi dan pengetahuan. Pengembaraan yang tiada henti...menjadikan aku melihat sendiri keluasan ilmuNya!
Alhamdulillah, Kursus INTI 1 berjalan dengan selamatnya. Segala puji bagi Yang Maha Kuasa!

Mi Kolok

Image
This meal is quite common in sarawak

A telephone pole sighted!

Image
Seems that telekom has started the installation of poles for telephone line.It triggers one thing in my mind....streamyx!
Lagi dua hari akan diadakan INTI 1 di bintulu. Sekali lagi program ini dibuat. Ni masuk kali ke 4 aku melalui program ini. Kali ini tanpa kehadiran ZD sebagai koordinator. Siapa yang akan lakukannya? Aku diamanahkan untuk itu kali ini. Setakat ini persiapan macam ok. Cuma caraku menampakkan ia agak simple dan boleh dilaksanakan terus. Apa-apa pun hanya Allah sahaja yang boleh menjadikannya berjaya ... atau sebaliknya.

Down it goes..

Image
The staircase in my office.It goes down.
Hari ini aku berbual dengan ketua section di tempat kerja. Dia mengatakan ada berita gembira untuk aku. Aku harapkan ia berita yang aku inginkan. Namun berita itu hanyalah maklumat berkenaan prestasi aku yang lalu yang agak baik. Syukur. Tapi aku masih menantikan berita yang lebih besar dari itu.... Selepas itu kami sembang sebentar. Nampaknya ini sahaja bos yang menyetujui isu besar yang berlaku di syarikat ini. Dia sendiri mengalaminya. Malah kelihatan jelas di wajahnya, kesedihan yang dia alami dengan anaknya yang kecil itu. Tapi, apakan daya. Dia sendiri tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk mengubah segalanya. Entahlah. Moga segalanya berjalan dengan baik....
Someone replied to me today. 'Why not try lecturing?' Hmmm... I have been doing maintenance for quite some time. Maybe ...
Image
Tadi berjalan-jalan di esplanade bintulu. Indah juga suasana di sana. Matahari yang terbenam. Keluarga dan anak-anak berjalan-jalan. Tiba-tiba aku ternampak sekumpulan remaja bermain skate dan rollerblade. Salah seorang darinya ialah HFJ. Wah, tidak sangka aku bertemunya di sini. Sehari yang lalu aku terfikir untuk bertemu dengannya, cuma tidak terlintas bagaimana. Tuhan yang maha hebat telah menemukannya di sini dalam keadaan yang ku tak terfikir akannya. Aku menegurnya. Dia membalas. Kami berbual mengenai masa-masa dia di UPSI sana. Seronok dia menceritakan perihal murabbinya semasa dia belajar. Kemhirannya dalam sukan X dihargai, kerana tidak ramai remaja, malah dewasa pandai main sukan ini, apatah lagi memanfaatkannya untuk mendekati remaja yang berminat sukan X ini. Dia bersalah takut-takut aku membencinya disebabkan sukan X itu. Tidak salah. Bahkan aku suka bila dia memanfaatkannya untuk menarik remaja-remaja rollerblade dan skate ke arah islam, yang mana aku sendiri tidak mampu....

Trashcan in LCCT

Image
This is a trashcan.People put trash in it.