Kehidupan menjadi guru yang mengajar kita lalu menjadikan diri lebih matang dan dewasa
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Waktu adalah rawatan. Itu adalah kata-kata yang amat bermakna bagi orang yang memahaminya. Benar. Kita perlu bersabar, sebab hanya dengan bersabar dan berterusan dalam usaha, dan pada masa yang sama menantikan masa sesuatu itu berubah, maka apa yang ingin dicapai akan tercapai. Seorang penyeru kepada islam, jika ia sabar dan berterusan, ia akan dapati Tuhan memberikan kepadanya kejayaan. Namun, jika ia kecewa atau hilang sabar, maka ia akan berhenti lalu terlepaslah peluangnya untuk merasai kejayaan itu. Jadi. Waktu adalah rawatan. Jangan berputus asa. Mungkin kena buat sedikit sahaja lagi.
- Get link
- X
- Other Apps
Kemenangan itu pasti berlaku. Yang beruntung ialah 'siapa' yang termasuk dalam senarai orang yang menjadi 'punca' atau 'penyumbang' kepadanya. Kalau kita tak yakin, maka kita tak termasuk ... Kalau kita malas, pun tak termasuk ... Hanya mereka yang yakin dan bekerja sahaja yang akan termasuk ... ke dalam senarai itu. Moga 'mereka' adalah kita dan keluarga serta sahabat kita ... Amiin.
- Get link
- X
- Other Apps
Ada seorang anak didik yang pernah berprogram bersamaku,pulang bercuti ke btu. Dia kini belajar di kch.Tetapi,perangainya berubah.Dia tak mahu berjumpa dgn aku walau sebentar. Sedihnya. Seorang yang dididik dan akhirnya berubah kepada asalnya. Tapi,kehidupan akan berterusan.Kalau ini bukan rezeki dia,maka ia tak akan menjadi rezeki dia.Mungkin Dia memilih yang lain untuk tempat ini....
- Get link
- X
- Other Apps
Fikirkan positif! Apabila kita memikirkan negatif, seolah-olah kita meminta lebih banyak negatif ke atas kita. Contohnya, tatkala kita menghadapi satu masalah, kita mula merasa marah. Kemudian bermacam-macam benda negatif terlintas dalam fikiran kita. Lama-lama kita rasa makin marah dan tak teringat langsung untuk memohon supaya Dia mengeluarkan kita dari masalah itu. Bila kita mula memikirkan yang positif, kita akan dapati benda-benda positif mula mendekati kita. Kita akan kurang marah. Malah, hari itu akan jadi lebih bersemangat! Tambahan pula, kita akan dapat bersabar dan memohon pertolongan-Nya! Aku cuba berbuat sedemikian ... iaitu cuba selalu berfikir positif!
- Get link
- X
- Other Apps
Malam tadi tidur di masjid. Ini gara-gara miss solat jemaah di masjid tiga hari berturut-turut. Menurut sahabat aku ni, kita kena 'hukum' diri kita setiap kali gagal melakukan amalan yang kita selalu buat. Mula-mula aku dan hosmet tidur di atas lantai dalam bilik. Gagal. Lepas tu tidur di ruang tamu beralaskan karpet. Gagal. Akhirnya tidur di masjid terus. Alhamdulillah, berjaya!
- Get link
- X
- Other Apps
Semalam kereta aku tak boleh start.Aku lupa tutup lampu bila tinggalkan kereta di airport.Dowi,kawanku cuba meminta bantuan.Nasib baik ada orang iban yang bermurah hati membantu aku menghidupkan kereta itu.Meseka meminjamkan bateri mereka untuk men'jumpstart'.Alhamdulillah,keretaku dapat dihidupkan.
- Get link
- X
- Other Apps
Teringat ... Dahulu aku tidak berapa faham, mengapa orang yang nak buat kerja islam kena baca ma'thurat setiap hari pagi petang, solat dhuha tidak miss, subuh di masjid, solat lain juga di masjid berjemaah, membaca al-quran setiap hari dan bermacam-macam lagi amalan sunat yang tidak biasa dibuat oleh kebanyakan orang, hatta orang yang selalu membuat kerja islam sendiri ... ... walaupun hakikatnya amalan itu sebenarnya boleh dilakukan dan perlu dilakukan! Ini kerana ... perbuatan-perbuatan inilah yang menjadikan kata-kata seseorang itu masuk ke hati manusia lalu meninggalkan kesan yang mendalam dan menjadi sebab petugas kerja islam mendapat bantuan daripadaNya. Namun, seperti yang aku kata, amat sedikit orang yang menjaga amalan mereka, malah mengabaikannya. Lepas tu, mereka merungut-rungut kerana usaha mereka tidak ada hasil ... masyarakat makin rosak ... anak buah tidak menjadi ... dan macam-macam rungutan lagi. Wah. Satu peringatan buat diri yang memiliki hati yang berbolak-balik...
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini agak meletihkan. Hujan turun dengan lebatnya tengah hari tadi. Siang tadi remaja bintulu telah menjayakan program kelas muttaqun. Alhamdulillah. Sahabat dari luar bintulu datang dan menyertai aktiviti ini. Seronok betul wajah mereka melihatkan kegembiraan dan semangat yang ditunjukkan oleh peserta, yang merupakan remaja. Aku merasakan seolah suasana remaja membuat aktiviti untuk remaja lain, tanpa berharap banyak kepada orang tua dan dewasa .. hampir tercapai. Cuma kena perkemaskan lagi dan mantapkan lagi. Program ini pernah dibuat suatu ketika dahulu oleh generasi awal. Ketika itu ia amat padat, penuh dengan aktiviti dan pengisian akademik yang komprehensif. Banyak cerita dan kisah yang hebat diceritakan oleh bekas pelajar dan orang tempatan. Aku sendiri kagum. Namun ... aku terasa sayang dan tidak tahu apa yang terjadi selepas itu. Program itu terhenti. Seolah-olah fasilitator dan pengurus aktiviti hilang dari bumi bintulu ini dan remaja terpinga-pinga tidak tahu apa yang he...