Posts

Kemenangan itu pasti berlaku. Yang beruntung ialah 'siapa' yang termasuk dalam senarai orang yang menjadi 'punca' atau 'penyumbang' kepadanya. Kalau kita tak yakin, maka kita tak termasuk ... Kalau kita malas, pun tak termasuk ... Hanya mereka yang yakin dan bekerja sahaja yang akan termasuk ... ke dalam senarai itu. Moga 'mereka' adalah kita dan keluarga serta sahabat kita ... Amiin.
Setiap kali aku melihat Husna, aku rasa sangat geram ..... sebab dia sangat COMEL!! Segala puji bagi Allah yang mengurniakan aku anak yang sangat comel. Moga dia menjadi salah seorang yang mengubah dunia ini. Amiin.
The mind is a great gift from Him.It can change the world.It can change you!
Just now one of teenager from Kg bru SMSed me about when to have the halaqah,as it was not done this wk due to other progrms.I was touched.
Ada seorang anak didik yang pernah berprogram bersamaku,pulang bercuti ke btu. Dia kini belajar di kch.Tetapi,perangainya berubah.Dia tak mahu berjumpa dgn aku walau sebentar. Sedihnya. Seorang yang dididik dan akhirnya berubah kepada asalnya. Tapi,kehidupan akan berterusan.Kalau ini bukan rezeki dia,maka ia tak akan menjadi rezeki dia.Mungkin Dia memilih yang lain untuk tempat ini....
Semalam Husna dapat menirap! WAh! Tak berpeluang aku melihatnya, hanya nenek Husna dan pak Lang Husna yang dapat tengok pertama kali dia menirap. Waaah! Tak sabar nak jumpa dia! Rindu betul kat Husna yang sangat comel! (Alhamdulillah, dia sangat sangat comel!)
Fikirkan positif! Apabila kita memikirkan negatif, seolah-olah kita meminta lebih banyak negatif ke atas kita. Contohnya, tatkala kita menghadapi satu masalah, kita mula merasa marah. Kemudian bermacam-macam benda negatif terlintas dalam fikiran kita. Lama-lama kita rasa makin marah dan tak teringat langsung untuk memohon supaya Dia mengeluarkan kita dari masalah itu. Bila kita mula memikirkan yang positif, kita akan dapati benda-benda positif mula mendekati kita. Kita akan kurang marah. Malah, hari itu akan jadi lebih bersemangat! Tambahan pula, kita akan dapat bersabar dan memohon pertolongan-Nya! Aku cuba berbuat sedemikian ... iaitu cuba selalu berfikir positif!
Malam tadi tidur di masjid. Ini gara-gara miss solat jemaah di masjid tiga hari berturut-turut. Menurut sahabat aku ni, kita kena 'hukum' diri kita setiap kali gagal melakukan amalan yang kita selalu buat. Mula-mula aku dan hosmet tidur di atas lantai dalam bilik. Gagal. Lepas tu tidur di ruang tamu beralaskan karpet. Gagal. Akhirnya tidur di masjid terus. Alhamdulillah, berjaya!
Dua hari lepas, GPRS Celcom down.Hari ni dah ok balik.Alhamdulillah.
Semalam kereta aku tak boleh start.Aku lupa tutup lampu bila tinggalkan kereta di airport.Dowi,kawanku cuba meminta bantuan.Nasib baik ada orang iban yang bermurah hati membantu aku menghidupkan kereta itu.Meseka meminjamkan bateri mereka untuk men'jumpstart'.Alhamdulillah,keretaku dapat dihidupkan.
Teringat ... Dahulu aku tidak berapa faham, mengapa orang yang nak buat kerja islam kena baca ma'thurat setiap hari pagi petang, solat dhuha tidak miss, subuh di masjid, solat lain juga di masjid berjemaah, membaca al-quran setiap hari dan bermacam-macam lagi amalan sunat yang tidak biasa dibuat oleh kebanyakan orang, hatta orang yang selalu membuat kerja islam sendiri ... ... walaupun hakikatnya amalan itu sebenarnya boleh dilakukan dan perlu dilakukan! Ini kerana ... perbuatan-perbuatan inilah yang menjadikan kata-kata seseorang itu masuk ke hati manusia lalu meninggalkan kesan yang mendalam dan menjadi sebab petugas kerja islam mendapat bantuan daripadaNya. Namun, seperti yang aku kata, amat sedikit orang yang menjaga amalan mereka, malah mengabaikannya. Lepas tu, mereka merungut-rungut kerana usaha mereka tidak ada hasil ... masyarakat makin rosak ... anak buah tidak menjadi ... dan macam-macam rungutan lagi. Wah. Satu peringatan buat diri yang memiliki hati yang berbolak-balik...
Hari ini agak meletihkan. Hujan turun dengan lebatnya tengah hari tadi. Siang tadi remaja bintulu telah menjayakan program kelas muttaqun. Alhamdulillah. Sahabat dari luar bintulu datang dan menyertai aktiviti ini. Seronok betul wajah mereka melihatkan kegembiraan dan semangat yang ditunjukkan oleh peserta, yang merupakan remaja. Aku merasakan seolah suasana remaja membuat aktiviti untuk remaja lain, tanpa berharap banyak kepada orang tua dan dewasa .. hampir tercapai. Cuma kena perkemaskan lagi dan mantapkan lagi. Program ini pernah dibuat suatu ketika dahulu oleh generasi awal. Ketika itu ia amat padat, penuh dengan aktiviti dan pengisian akademik yang komprehensif. Banyak cerita dan kisah yang hebat diceritakan oleh bekas pelajar dan orang tempatan. Aku sendiri kagum. Namun ... aku terasa sayang dan tidak tahu apa yang terjadi selepas itu. Program itu terhenti. Seolah-olah fasilitator dan pengurus aktiviti hilang dari bumi bintulu ini dan remaja terpinga-pinga tidak tahu apa yang he...
Tadi aku pergi ke rumah seorang kawan. Masak bersama mereka. Teringat pula aku suasana masa memasak di rumah bersama housemate di Aussie dulu.
Di waktu pagi yang hening, kedengaran lori sampah datang bersama pekerjanya mengutip sampah sarap dalam tong sampah di setiap rumah. Tidak lama selepas itu, bas atau van sekolah pula datang untuk mengambil kanak-kanak ke sekolah. Ada juga pekerja-pekerja kilang dan loji keluar untuk bekerja. Kemudian, pekerja pejabat juga keluar menaiki kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat kerja. Orang yang tidak ada kerja, melepak atau ke sana ke mari mencari dan membuat kerja di sana sini. Di waktu petang atau tengah hari, mereka semua akan pulang ke rumah. Selepas itu membuat hal-hal sendiri sehingga mereka tidur. Esok harinya .... ..... kedengaran lori sampah datang bersama pekerjanya mengutip sampah sarap dalam tong sampah di setiap rumah. Tidak lama selepas itu, bas atau van sekolah pula datang untuk mengambil kanak-kanak ke sekolah. Ada juga pekerja-pekerja kilang dan loji keluar untuk bekerja. Kemudian, pekerja pejabat juga keluar menaiki kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat k...
Akhirnya penghawa dingin di madrasah dah dibaiki. Dahulu aku baiki soket dan sambungan ke contactor untuk menghidupkan alat itu, tapi aku dapati penghawa dingin masih panas. Alhamdulillah, tuhan telah hantarkan orang dan penghawa dingin itu dibaiki. Sungguh nyaman sekarang. Jadi, bilik yang ada penghawa dingin dapat digunakan untuk aktiviti remaja di sini. Tambahan pula, baru-baru ini dapat kebenaran untuk menggunakan satu bilik yang tidak digunakan sebagai pusat aktiviti remaja di sini. Selangkah lagi kepada remaja di sini. Moga mereka lebih mantap daripada dahulu.
Hari ini aku berbual panjang dengan isteriku. Aku dapat tahu bahawa seorang kawan yang setahun di bintulu akhirnya dapat bertukar ke Kuala Lumpur. Rezeki dia. Aku dapat merasakan kesedihan tatkala mengenangkan keadaan kami yang terpisah dan hanya bertemu sebulan sekali. Setelah puas berbual, aku diberi peringatan olehNya melalui lidah seorang yang beriman. Peringatan yang diberikan sama seperti peringatan yang pernah aku terima suatu masa dahulu. Aku diberi rezeki anak perempuan yang sihat dan sempurna. Malah Husna tidak mengalami masalah-masalah pelik sebagaimana yang diperlihatkan di TV. Rezeki anak adalah kurniaan yang amat besar. Ramai di dunia ini tidak mempunyai anak. Mereka telah mencuba berbagai benda, membelanjakan berpuluh malah beribu ringgit untuk mendapatkan cahaya mata, tapi tidak diizinkan olehNya. Andai mereka ini diberi pilihan untuk berjauhan dengan isteri tapi hanya berjumpa dua hari sebulan, tapi dapat anak, mereka akan memilih yang itu. Aku diberi rezeki masih bert...
Hari ini Husna pergi klinik untuk imunisasi.Lama juga kena tunggu.Tengah hari tadi Si Z sekeluarga datang ziarah.Terima kasih Z.
Malam ini telah berlaku satu peristiwa besar dalam kehidupan remaja di btu. Malam ini hujan turun amat lebat sekali. Sangat lebat sehinggakan sukar keretaku untuk dipandu. Si ZD mengamuk. Dia meluahkan segala yang terpendam di dalam hatinya selama ini. Selama ini dia tidak puas hati akan tindakan dan keputusanku terhadapnya. Dia rasa amat kecil hati kerana aku menyoal tujuan dan halatuju aktiviti yang dia nak buat. Aku sangat terkejut. Rakan-rakan dia pun terkejut. Aku sangka selama ini dia memahami bahawa apa yang dibuat untuk membentuk dia, tetapi dia tidak sabar dan barangkali kurang memahaminya. Si ZD terus keluar selepas perjumpaan malam itu selesai. Dia terus memacu motornya meredah hujan yang amat lebat itu. Hujan turun dengan lebatnya. Sangat lebat malam itu.
Semalam aku membersihkan bilikku. Karpet biru yang ada dalam bilik kugulung lalu kuletakkan di luar bilik. Sekarang hanya berlantaikan kayu, bilikku lebih sejuk. Pada masa mengemas aku melihat kembali nota-nota kursus yang telah aku lalui, dan juga bahan tabiyah yang pernah aku dalami. Teringat pula kisah-kisah lalu, bersama ikhwah di Aussie. Zaman itu ... ukhuwwah begitu mesra, medan yang (agak) luas dan suasana yang penuh bersemangat. Empat tahun sudah berlalu. Aku masih merasakan suasana itu di bintulu ini, cuma kali ini dengan remaja dan orang tua yang berjiwa besar dan bersemangat. Dan .. tuhan hantar dua orang kawan dari Aussie untuk menemani dan merancakkan lagi suasana itu :)
Petang tadi aku melihat ke arah langit. Matahari mula nak terbenam. Aku nak berbuka. Aku pun mengadu kepada pencipta langit perihal diriku yang diuji dengan berjauhan ini. Tidak lama selepas aku selesai maghrib, aku ditemukan dengan seorang remaja. Dia begitu bersusah payah untuk hidup. Pagi hingga petang dia bekerja di stesen minyak. Selepas itu dia terus ke restoran di sebuah medan selera lalu bekerja di sana. Jam 12 malam baru balik ke rumah keletihan. Esok kena sambung lagi. Itu dilakukannya setiap hari. Dia berbuat demikian kerana kelulusannya tidak berapa elok dipandang. Bukan itu sahaja. Ada beberapa lagi kisah hidup yang tiba-tiba terlintas kembali dalam fikiranku... Aku ada mengenali seseorang yang siang hari mengajar secara 'part-time'. Petang dia pergi bekerja sebagai penjual apam-balik di pasar malam. Semua dibuat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad, kerana dia meletakkan hari itu sebagai hari untuk bekerja untuk islam. Ada pula seorang itu, yang merupakan saudara se...