Posts

Hari Jumaat lalu aku meredah hujan,merentas 207km ke utara drpd bintulu dan menaiki kapal terbang dr sana.Hari ini aku kembali ke bintulu merentas malam,bertemankan kereta-kereta yg lalu lalang di jalanan.Satu pengalaman yang agak ekstrim,yang aku tak mahu ulangi.
Syarikat ini telah menzalimi ramai orang, dengan menaburkan janji manis yang akhirnya menyebabkan ramai kecewa dan sesetengahnya menderita. Aku mulanya tidak terasa sehinggalah aku mengetahui ada yang menderita disebabkan perbuatan mereka ini. Itu tidak termasuk perbuatan mereka terhadap golongan bukan pegawai. Aku mendongak ke atas dan memikirkan, apa sebenarnya dalam kepala mereka yang berada di Kuala Lumpur sana? Adakah mereka memiliki hati dan perasaan atau sekurang-kurangnya sifat kasihan atau perikemanusiaan? Pada masa yang sama seorang yang soleh sudah keluar meninggalkan syarikat ini. Kehi langannya tidak terasa bagi kebanyakan orang ibarat angin yang berlalu, namun barangkali bangunana dan tiang penyejuk utama menangis kesedihan. Aku tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku bila ramai lagi orang soleh meninggalkan syarikat ini. Adakah ini persediaan ke arah kehancuran syarikat ini, sebagaimana yang telah berlaku terhadap kebanyakan syarikat besar di bumi tercinta ini? Ha...
Adakalanya perkara yang menghalang kita untuk mengubah keadaan ialah diri kita sendiri. Apabila kita memikirkan 'tidak boleh', 'tidak dapat' atau 'tidak ada guna berbuat...' menjadikan diri kita terhalang daripada berusaha untuk mengubah keadaan kita sekarang yang kurang menggembirakan. Aku teringat kata-kata kawanku minggu lalu tatkala dia menelefon aku semasa aku. 'Cubalah, kalau tak dapat pun at least kita dah cuba!'. Benar kata dia. Dalam kehidupan, ada banyak perkara yang tak terbuat sebab kita sudah merasakan tidak boleh dan langsung tidak mencubanya. Ada kata-kata yang membawa makna yang serupa : 'Jika kita tidak mencuba, kita akan gagal sama sekali' dan 'if we did not try, we will miss 100%!' Oleh itu, perlulah diri ini melawan 'kata-kata' yang terngiang di dalam kepala itu. Allah pun menyuruh kita berusaha dahulu, sebab kita hanya mampu untuk berusaha, hasilnya semuanya di tanganNya!
Husna dah makin berisi. Pipinya sudah gebu. Comelnya rasa hatiku. Dia adalah anugerah Tuhan yang sangat aku syukuri. Husna masih menangis di tengah malam. Jam 1am ke atas, dia akan terjaga, dengan mata yang terkebil-kebil sebentar, lalu membuat bunyi yang comel lalu menangis sekuat hatinya. Dia akan senyap bila disusui. Kekadang perlu diperiksa sama ada dia buang air atau tidak, kerana lampin yang basah atau kotor menjadikan Husna kurang selesa. Pengalaman ini hanya dapat kurasai dua minggu sekali, dan setiap kali berjumpa hanya dua malam satu hari. Hanya Allah yang memberikan kesabaran kepada hatiku dan isteriku dan juga Dialah yang menjaga Husna. Namun, aku harus kuatkan semangat dan sentiasa berdoa agar semua ujian ini dapat dilalui dengan tenang dan mudah. Amin.
The more you go into the rabbit hole, the more you will understand. Yes. It seems that more and more things we will know about things around us when He shows us the way. At the same time more responsibilities awaits us. It is true what He said in the Book : "he who tries very hard to find the path, He will guide him to one of His path" .
Esok aku akan balik ke bintulu. Wah. 16 hari aku bersama isteriku dan anakku. Selepas ini aku akan bertemu dengan mereka setiap dua minggu sekali, setiap kali bertemu dalam sehari lebih sedikit. Akhirnya aku tidak dapat merasai perkembangan Aishah. Setiap kali aku balik barangkali Aishah sudah besar sedikit. Tidak ramai yang akan memahami apa yang aku maksudkan ini. Lebih-lebih lagi Orang Sumber Manusia dan Ketua-ketua syarikat itu. Tenangkanlah hatiku ini wahai tuhanku.
Aishah Husna menangis sepanjang malam dan juga muntah susu. Aku dan seisi keluarga di sini sangat risau. Ya Allah, selamatkanlah Husna.
Image
Ehe ... ni dia gambar Husna yang comel :) Abi dan Ummi sangat sayang kat Husna!
Ada orang sibuk bekerja dan terlalu 'seronok' dengan kesibukannya,lalu tenggelam dengannya.Ada orang pula sibuk tetapi hatinya tidak 'seronok' dengannya sebab dia tahu ada perkara yang lebih penting yang dia perlu buat. Yang mana satu orang itu adalah 'kita'?
Tadi jumpa Fir.Masih yg dulu.Cuma dia amat sibuk.Namun hatinya masih bersemangat dan hidup.Alhamdulillah.
Semua yang berlaku di dunia ini menyakitkan jiwa. Orang-orang berkuasa menzalimi orang lemah. Harga barang mahal. Orang tak ada pekerjaan. Masalah sosial yang makin teruk dan makin menjadi-jadi. Kejahatan dah datang dalam pelbagai bentuk. Walaupun menyakitkan, manusia tidak berbuat apa-apa untuk mengubahnya. Hanya segelintir sahaja yang bergerak untuk mengubahnya. Mungkin mereka yang tidak berbuat apa-apa tidak tahu apa yang perlu dibuat dan mengapa. Atau mungkin mereka kurang yakin dengan apa yang perlu dibuat itu. Apa yang perlu dibuat? Jawapannya ada dalam 'bahan rujukan' kita semua dan sejarah yang telah berlaku 1428 tahun yang lalu.
Menjadi ayah dan ibu amat mencabar. Setiap kali Aishah menangis, kami akan 'alert'. Kami akan periksa sama ada dia lapar, nak yek atau tak selesa. Kami akan panik kalau dia menangis bukan disebabkan oleh tiga sebab tadi. Selalunya Aishah menangis waktu malam, bila semua orang sudah tidur. Lumrah bila menjaga anak yang baru lahir. Ya Allah permudahkan urusan kami ini. Tenangkanlah hatinya. Jagalah dirinya. Amiin.
Tadi register surat beranak: Aishah Husna Binti Kamaluddin. Pastu petang tadi, mak dan ayah serta adikku yang bongsu datang menziarahi Aishah. Hmm .. comelnya bila dia tidur :)
Dua tiga hari aku mengantuk di siang hari. Malam-malam Aishah menangis. Ada kerana lapar. Ada kerana berak. Sangat-sangat mengantuk dua tiga hari ini. 'Prepare for sleepless nights' ... itulah kata-kata nasihat dari seorang kawan kepada isteriku. Tapi Aishah dan isteriku masih sihat. Alhamdulillah.
Aishah terpaksa minum juga susu formula S-26. Susu ibu tak cukup. Dia menangis kelaparan semalaman. Ya Allah, banyakkanlah susu ibu Aishah. Amiin.
Namanya Aishah Husna.Sangat comeL.Moga menjadi muslimah solehah.Amin. Lahir 23 Muharram 1428 bersamaan 11 Feb 2007, hari Ahad jam 1515 (3.15pm). Kena ingat tarikh lahir baby tersayang ni :)
Hari ini ummi dan baby sihat. Alhamdulillah. Tangisan baby sangat kurasakan comel. Teringat aku seseorang pernah mengatakan "Itulah muzik terindah di dunia ini". Sesungguhnya banyak nikmat yang Allah telah beri. Dia menjaga isteriku sepanjang tempoh mengandung. Anakku sihat. Isteriku sihat selepas melahirkan anak. Segala puji bagiMu.
Terima kasih kepada semua yang menghantar SMS kepadaku dan Amy. Doakanlah agar ibu dan baby sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu.
Alhamdulillah.Anakku lahir jam 3.15pm tadi,di Hospital Pusrawi,KL secara normal. Macam-macam ujian dilalui,malah aku bersama isteriku sepanjang tempoh di labour room.Baby girl selamat dilahirkan.
Isteriku masuk wad jam 1.30am td.Sejak jam 11pm dia sakit-sakit mengandung.Aku bersamanya hingga kini.Ya Allah,mudahkan urusan kami.