Setiap amalan itu berdasarkan apa yang ia niatkan..... Hadith ini ada memberi impak serba sedikit kepada kehidupanku. Ada beberapa ketika,aku mendapati .. benda yang aku niatkan itu menjadi dan berlaku seperti yang aku niatkan.
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Semalam aku bermalam dan beribadah bersama anak2 muda di bintulu ini. Seronok bila melihat mereka ingin bersama2 beribadah dengan kita, malah mula menambahkan bibit2 persahabatan dan ukhuwwah dengan kita... Namun, dalam gembira2 ini, terasa sedih hari ini, kerana mengenangkan lagi ramai yang tidak sedar akan realiti hidup ini dan hidup tanpa tujuan dan hanya ingin berseronok sahaja. Malam ini menyaksikan betapa ramai belia dan remaja yang masih belum tahu apa tujuan hidup mereka, melainkan ingin memenuhi keinginan nafsu semata2. Kuatkan semangat. Mari mencari orang2 yang ingin mengubah dunia!
- Get link
- X
- Other Apps
Duhai diri... Usahlah bersedih dengan nikmat yang engkau belum miliki. Bergembiralah dengan nikmat yang telah engkau perolehi. Hatimu akan resah gelisah melihatkan orang yang lebih darimu. Walhal engkau sebenarnya sudah lebih dari orang lain. Cuma engkau tidak mengetahuinya. Usah bersedih andaikata doamu belum lagi kelihatan.... Kerana ... tuhan memberikan apa yang engkau perlukan,bukan yang engkau mahukan. Janganlah bersedih. Kuatkan semangatmu.
- Get link
- X
- Other Apps
Aku teringat perbualanku dengan 'the intelligent one' semalam semasa pulang dari tempat kerja. Dia berkata .. "Macam mana kita nak ukur ke'workaholic'an seseorang atau kesibukan seseorang (dalam bekerja)?" Aku tidak tahu. Dia pun menerangkan kepadaku "..tahu tak, sahabat mana yang paling sibuk?" .. Aku puas meneka, tapi tak betul. Keciwa aku. Dia pun menerangkan lagi "...ingat tak tsa'labah?" Aku mula nampak, apa yang dia maksudkan. Kalau berdasarkan kisah tsa'labah, mula2 dia miskin, pastu minta nabi doakan supaya dia kaya, lepas tu dia mula kaya. Mula2 dia akan balik cepat2 lepas solat berjemaah. Lepas tu dia mula jarang2 solat berjemaah, last2 tinggal solat jumaat je. Jadi, apa agaknya kayu ukur keworkaholican kita atau kawan kita? SOLAT JEMAAH! ... Kalau kita kerja banyak, tapi dapat maintain solat berjemaah ... maknanya kita taklah terlalu workaholic. Tapi, kalau kerja sampai tak ada masa untuk kerja islam ... macam mana pula?
- Get link
- X
- Other Apps
Pagi ini aku pergi kerja sebelum subuh. Solat subuh di tempat kerja. Mujurlah ada orang kat sini, dapatlah solat berjemaah. Hmm ... kalau orang yang betul-betul nak bekerja demi syarikat dan negara, barangkali mereka akan datang seawal-awalnya dan balik selewat-lewatnya. Pada masa yang sama, mereka cuba pastikan orang perasan atau tahu dia kerja awal dan balik lambat, supaya dapat impresi bahawa dia seorang yang kerja keras. Apakah yang orang itu akan dapat? Ketenangan? Kepuasan hati? Kebahagiaan? Atau ... lebih menambah keletihan dan tekanan di jiwa ....
- Get link
- X
- Other Apps
Tatkala hatiku berasa kurang elok terhadapnya hari semalam dan sebelum semalam, Dia datangkan sesuatu dari jalan yang tak ku sangka untuk menghilangkan rasa kurang elok itu pada malam tadi. Subhanallah. Engkau memang Maha Berkuasa lagi Bijaksana. Engkau memang betul-betul menjaga hati kami. Engkau telah memperkenankan doa itu. Engkaulah yang memberi petunjuk jalan. Terima kasih. Segala puji bagi engkau.
- Get link
- X
- Other Apps
Kekadang kita rasa amat sedih bila memikirkan nasib yang menimpa diri kita. Lagi sedih bila menjangkakan ia akan menjadi lebih teruk di masa hadapan. Kita akan jadi lemah dan tidak bersemangat. Kita akan menjadi malas untuk berbuat apa-apa. Kita akan menjadi pasrah terhadap apa yang berlaku. Lebih teruk lagi, kita akan membenci keadaan kita ini. Kita akan rasa dengki dan tak suka kepada orang lain yang berada dalam keadaan yang lebih baik dari diri kita. Kita akan terus berasa sakit di dalam hati dan jiwa. Kita akan berkata "Seronoknya dia, dapat itu .. dapat ini" Namun, kalau kita renung kembali.... segalanya telah ditetapkan oleh Allah. Masa kini, masa lampau dan masa depan semuanya ditentukan dan diatur olehNya. Tatkala kita melihat manusia lain bergembira dengan nikmat yang diberikan, kita terlupa untuk melihat manusia yang diuji lebih teruk dari kita. Kita tidak tahu bahawa ... kalau mereka melihat kita, mereka akan rasa benci kat kita dan dengki kat kita. Pernah aku den...
- Get link
- X
- Other Apps
Setiap kali kita melambai kepada orang, orang akan melambai balik kepada kita. Itu hanya berlaku andaikata ada kemesraan antara kita dan dia. Orang yang tidak ada kemesraan tidak akan melambai balik. Orang yang tidak mengenali tidak akan melambai balik. Ramai mana orang yang akan berbuat begini kepada kita bila kita melambai kepada mereka?
- Get link
- X
- Other Apps
Bila melihatkan keputusan undian tu, ada la kawan-kawan yang bersedih dan marah.Namun, what has done is done.Apa yang telah berlaku sudah berlaku.Kalau nak marah dan kecewa sehabis-habisnya,ia tak akan mengubah apa-apa. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha membangunkan manusia dari tidur, menjadikan mereka sedar akan hakikat hidup ini, dan juga hakikat mereka di sini. Daripada kita memarahi dunia yang gelap,lebih baik kita menyalakan lilin:)