Posts

Sekarang sudah tak ada internet. Line telefon pun tak ada. Rumah lama tinggal sisa2 barang2 hosmet yang sekarang sedap berkursus di KL. Tinggallah aku bersama Ocent untuk membersihkan apa yang ada dan mungkin lusa akan serahkan kunci kepada cikgu sebelah yang merangkap wakil tuan rumah. Perpindahan ke rumah baru ini memberikan satu pengajaran yang besar, iaitu tak boleh main lepas tangan dalam urusan bayaran sewa dan bil. Kalau berulang lagi, maka akan dihalau lagi. Semoga aku dan hosmetku dapat mengambil pengajaran ... jika mereka dan aku tergolong dari golongan yang berfikir.
Esok, kebanyakan barang di rumah akan dipindah ke rumah baru. Meja komputer, almari, katil akan dihantar ke sana. Telefon akan terminate hujung bulan ni. Rumah baru tak ada line telefon. Hmm .. nampaknya lepas ni mungkin internet kat CC la. Harapnya ada la cara untuk aku merasa broadband nanti. Semoga dapat satu masa nanti. Amiin.
Lama tak tulis entri. Kini bulan ramadhan semakin hampir. Adakah aku rindu kepadanya sebagaimana aku rasa satu ketika dahulu. Adakah aku bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu dengan kekasih lama ini? Adakah aku akan benar-benar memanfaatkan peluang ini sekali lagi? Ramadhan oh ramadhan...
Tadi seronok bersama pelajar universiti. Mereka akan test minggu depan. Mungkin agak sibuk sekarang.
TAdi bertungkus lumus membantu hosmet aku mengeluarkan barang dia dari rumah. Sambil mengeluarkan barang, dia terjumpa banyak barang yang mendatangkan kenangan kepadanya.
Minggu lepas, tak silap aku hari selasa malam rabu.6 September 2005.Aku masa tu tengah makan dengan seorang trainer/engineer.Ketika itu, di bintulu satu benda yang dahsyat sedang berlaku. Kira-kira waktu maghrib-isyak.Tuan rumah datang ke rumah.Dia memanggil hosmet di tingkat bawah.Tuan rumah marah kat dia.Dikatakan dia akan halau sesiapa yang ada di dalam rumah itu.Dia kata dia akan bawa kuncunya ke situ untuk menghalau sesiapa di dalam rumah itu.Dia marah sebab kami lewat bayar sewa. HMS yang pakar laser tidak melaser pada hari itu. Hosmet aku tu memberitahu kepada AMR yang berada di atas.AMR marah.HMS? 11 malam.HMS pun memanggil beberapa kuncunya,just in case jika ada apa2 yang akan berlaku.Tuan rumah datang (aku rasa ada beberapa orang,termasuk anjing).AMR cuba berunding dengan tuan rumah.Tuan rumah mengungkit2 perkara kecil seperti dia pernah memotong rumput.AMR marah.HMS dan kuncunya? Setelah berdebat berkali2,akhirnya dibuat keputusan untuk keluar dari rumah ini hujung bulan ini...
Tengok initial D semalam. Ni first time tengok. Orang cakap best. Memang best. Menarik betul AE86 Sprinter Trueno. Mengingatkan aku kat Corolla Seca milik Jepper, junior aku masa student dulu. Waaaah,kalau dapat satu best juga, walaupun second hand. Hmm .. orang jepun, bila buat manga atau anime, mereka betul2 kaji benda yang sebenar, macam kereta, bola sepak sehinggakan bila kita baca cerita atau tengok cerita mereka, maklumat yang diberi amat tepat (atau hampir tepat). Dengan itu, penonton, yang kebanyakannya remaja dan belia jadi minat kat benda tu, seperti kereta AE86 dalam initial D, Bola keranjang dalam Slam Dunk, Kereta mainan 4x4 dalam Dash Yonkurou dan teknik ninja dalam Naruto. Kita pun patut buat camtu ... mana lah tau, orang boleh jadi minat kat sejarah islam dan benda2 baik ... melalui komik dan anime yang dibuat!
Realitinya ... siapa yang sayang akan diri kita, melainkan ... kita sendiri ! Lihatlah sekeliling kita ... orang lebih mementingkan diri sendiri ... orang akan menyelamatkan diri sendiri ... orang tak peduli akan orang lain. Apa yang anda lihat dalam PUTRA-LRT? Kebanyakan orang berpusu2 masuk untuk mendapat tempat mereka dalam keretapi. Kalau boleh mereka akan berebut untuk dapatkan tempat duduk dalam tren itu. Begitulah juga dalam komuter, dan public transport lain. Lepas itu, kalau kita dengar berita orang palestin ditekan, orang muslim di eropah tak diberi pakai tudung, orang mati sebab tsunami ... kita tak rasa apa-apa .... sebab mereka bukan keluarga kita ... mereka tiada kaitan dengan kita... Inilah realiti yang berlaku... sedih kan?
Aku masih seperti dahulukah?
Entri August 29 2005 menyebabkan aku tersenyum... Ehe ... ada orang perasan berkenaan the chosen one nih. Semoga kita termasuk dari kalangan the chosen one ini ... yang mem balance kan force yang ada di dunia ini ... ... force of darkside and the light :)
Kekadang bila kita membandingkan diri kita dengan orang lain, kita rasa seolah2 diri kita ni tak berguna... seolah2 kita ni lemah ... seolah2 kita ni tak ada nilai... Oleh itu, renungilah apa yang Allah telah bagi kepada anda. Renungilah kelebihan yang mungkin ada pada diri anda. Lihat setiap ciri yang ada pada diri anda..... Barangkali kita merendahkan diri kita untuk mengelakkan riya..... tapi takut2 kita menghina diri sendiri... walhal setiap orang dicipta olehNya dengan tujuan tertentu. Each and every of us is unique! Apa kelebihan anda? Melukis? Menulis? Repair motor? Memikir? Ramah mesra dengan orang? Berhati baik? Pasti ada kelebihan yang telah diberikan kepada anda. Syukurilah dan manfaatkannya sebaiknya.
Aku berkursus tiga hari lepas. Hari ni habis. Waah. Best juga, dengar lecture dari seorang expert dari singapore. Dari NUS. Dia memang pakar kilat/lightning. Hari ni abisla kursus aku. Malam ni tido kat Hilton KL! WAaaaaaaaah! Futuristik gila hotel nih. Patutla mahal satu malam.
Hmm .. rezeki yang diberi Tuhan kekadang datang tanpa disangka... Dan ... pada masa yang sama ujian dariNya juga datang tanpa disangka ... Maka ... bersyukurlah dan bersabarlah ....
Hmm ... banyak tempat kat Malaysia minat kat "anata no miraie" rupanya.
Tonight I am at Raub. My, the phone signal is sometimes weak, sometimes strong. This is the time that I have for this short leave to spend with my mum and sis. To think about it, I am really thankful to Allah for providing memorable moments each time I come back to Pahang. Being far away makes me appreciate every second when I am with my family. Remembering years before, I am taking those moments for granted. From now, even in bintulu with friends, I must try to make them as memorable as possible!
Aku teringat lagi junior aku tanya aku: "Cam mana nak istiqamah?" Hmm .. soalan ini susah nak aku jawab, sebab pengalaman aku pelik sikit. Pengalaman setiap orang berlainan. Tapi aku ingat kata si Z dulu. Dia dapat formula istiqamah ni dari pakcik F. Nak istiqamah mesti ada orang yang kita refer setiap masa, mesti ada tempat untuk tambah input (di samping diskusi) dan mesti ada output (iaitu inisiatif sendiri). Hmm .. in one way, benda ni berlaku kat aku di bintulu ni, malah amat intensif sekali, memandangkan skop kawasan tak seluas KL atau tempat di semenanjung(Aku belum lagi outreach ke pendalaman yang mana majoritinya bangsa lain). Malah aku rasa, Dia overhaul semangat aku bila aku dicampak ke bintulu ini. Bila di bintulu ni, keluarga dah jauh, kawan sangat rapat, malah terasa semangat untuk isi setiap malam mengembara dengan kereta putihku untuk mencari orang. Mungkin di sini persediaan aku sebelum aku ke tempat lain untuk mengubah tempat itu.
I don't think I am the chosen one. That person is the chosen one.
This week I am away from bintulu till wednesday. It seems forces in bintulu are unbalanced when I am not around. Am I THAT needed to be there to balance the force? Does this mean ... I am the chosen one?
Tadi aku dapat ziarah F S san! Waaah! First time pegi rumah dia, pastu first time jumpa ayah dia. Waah! Jumpa orang2 hebat hari ni! Dia minggu lepas operation tulang belakang, sebab dia kena sakit yang orang kata slip disc. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dia nampak sihat hari ni. Boleh berborak. Masih boleh berkonseptual lagi. Cuma kaki dia kebas2 lagi. Sensor kat kaki kiri dia masih belum fully recovered lagi. Tapi alhamdulillah, dia masih sihat.
Aku balik kampung dua tiga hari ini. Sabtu lepas aku ke Muar, menziarahi adik aku di sana. Semalam aku menghadiri kenduri dan menziarahi atuk aku. Jumaat lepas aku ke hospital Pusrawi di KL, sebab sepupu aku kena denggi dan masuk hospital. Cemas masa tu. Alhamdulillah, sekarang keadaan dia dah stabil. Rasanya hari ini atau esok dia patut dah dapat keluar hospital, cuma kena still under medication kot.