Kat tempat lain ada vacancy untuk orang macam aku. Oh, baru aku tau. Nampaknya bahagian sumber manusia sengaja tak kasi tau. Macam ada peluang. Aku tanya la kat bos level biasa. Dia pun tak boleh buat apa-apa. Rupanya selama ini semua telah ditentukan oleh 'mereka'. Mereka nak semua ini nampak seperti atas kerelaan diri ini. Aku diletak dalam keadaan aku tiada pilihan. Begitu licik sekali. Tak kusangka sebegini.
Namun hakikatnya Dia punya perancangan . Aku tak tahu apa yang ada di hadapan. Aku hanya mampu berserah kepada ketentuan. Kerana, 'sesiapa yang bertawakkal kepadaNya, Dia akan mencukupkan baginya'.
Pasti ada hikmahnya . Pasti ada hikmahnya.
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Aku tak perasan suatu benda yang sangat besar....suatu benda yang aku terlepas pandang....suatu benda yang sangat, sangat aku tak perasan....
...iaitu,kawan-kawanku yang memerhatikan aku.Benar,walaupun dah tak dapat berjumpa(atau belum dapat berjumpa),namun kelihatan kerisauan pada mereka,setelah membaca kehidupanku di warkah blog ini....
Terima kasih atas sokongan yang diberikan.Aku telah kehilangan banyak benda,namun kalian membantuku menemuinya semula.Terima kasih.
Semoga serpihan-serpihan diriku dapat dicantum semula.
- Get link
- X
- Other Apps
Tadi ziarah seorang lagi kawan lama. Dia antara orang yang aku selalu berjalan sejak aku balik ke sini tahun ini. Lama gak tak jumpa dia. Dia kata aku makin sihat.
Hmmm, memang aku makin sihat. Sebab aku kurang bersenam. Atau sebab aku kurang aktif bergerak. Nampaknya, aku kena aktif bergerak semula.
Tapi, kat sini aku mudah utk dapatkan makanan, tak seperti dahulu... aku terpaksa makan pasta di pagi hari, pasta di tengah hari (kekadang coklat bar sahaja), tapi sekarang nasi lemak di pagi hari, nasi berlauk di tengah hari .... manakan tak sihat. ...
Ehe, nampaknya kena kurangkan sikit jisim badan ni.
- Get link
- X
- Other Apps
Aku menemui serpihanku yang kedua. Dari email seorang sahabat. Setiap kali teringat akan dia ... aku akan tersenyum.
Dia adalah lelaki yang amat hensem yang aku jumpa. Pernah aku kata "Kalau aku ni perempuan, aku pun terpikat dengan dia".
E-mail yang begitu menyentuh hati. Malah menyapa diriku yang sedang terbaring kesakitan di tengah jalan. Aku mesti meneruskan pengembaraanku untuk mencari serpihan2 diriku yang bertebaran ke serata alam.
Kalau boleh aku ingin lagi bertemu dengan dia.
- Get link
- X
- Other Apps
Today my office is having a raya get together with all staff. I thought everybody would wear Raya attire : baju melayu and samping or equivalent. Well, it did not happen that way. Only me and the event leader wore baju melayu. Others, including big boss did only wear western office attire . Well, it's for the 'sake of the company '.
Man, this made me 'love' the company more :)
- Get link
- X
- Other Apps
Today my office is having a raya get together with all staff. I thought everybody would wear Raya attire : baju melayu and samping or equivalent. Well, it did not happen that way. Only me and the event leader wore baju melayu. Others, including big boss did only wear western office attire . Well, it's for the 'sake of the company '.
Man, this made me 'love' the company more :)
- Get link
- X
- Other Apps
Semalam aku bertemu serpihan diriku yang pertama. Aku bertemu dengan junior aku yang sekian lama tak bertemu. Sebaik sahaja berjumpa di flat itu, kulihat wajahnya masih sama. Semangatnya juga masih sama.....
Kami ke negeri sembilan, untuk menghadiri kenduri adik kepada senior kami. Seronok juga dapat jumpa seorang dua senior lama. Sempat berbual sambil makan.
Lepas tu hantar adik junior ni balik ke rumah dia. Ehe, rasa macam bertrip last year. Tapi kali ni aku taktau la, mungkin tak dapat jalan2 macam dulu. Aku dah terikat dengan 'syarikat yang amat disayangi semua'.
- Get link
- X
- Other Apps
Tadi aku ke masjid jamek. Nak jumpa kawan. Masa tu tunggu kat depan stesen putra. Tengok air sungai depan stesen tu. Kotornya. Tapi tiba-tiba plop! plop! bunyi benda kat dalam sungai tu. Aku tengok la.
Ada .... IKAN! Rupanya dalam sungai kat depan stesen putra dan star tu ada ikan! Maha suci tuhan, ada jugak ikan boleh hidup dalam air camtu!
- Get link
- X
- Other Apps
Setiap perkara ada harganya. Itu yang dipelajari dari hidup ini. Untuk mendapatkan sesuatu, kita kena sanggup untuk mengorbankan sesuatu. To gain some is to lose some .
Ada cerita yang aku dengar. Seorang yang menjadi consultant . Gajinya AUD20,000 sebulan. Namun, dia kata dia tak tahu apa yang terjadi kepada keluarganya. Dia tak tahu isteri dan anak-anaknya sedang buat apa. Sungguh kasihan.
Untuk mendapatkan teman hidup pun harganya mahal. Kita akan dapat kebahagiaan yang tak didapati semasa kita masih single. Tapi kekompleksan/kerumitan hidup akan bertambah. Ketika itu tanggungjawab bertambah. Cara berfikir pun lebih rumit. Tapi, itulah antara harga yang perlu dibayar.
Untuk menjadi orang biasa pun ada harganya. Kita akan berada di zon selamat : kita dekat dengan orang yang kita sayang, kita tak perlu risau pasal orang lain, kita tak perlu susah payah mengorbankan harta dan tenaga demi orang lain. Kita hanya perlu mementingkan diri kita sahaja. Apakah harga yang perlu kita b...
- Get link
- X
- Other Apps
Brotherhood atau persaudaraan : perkara yang amat penting bagi orang yang bekerja di jalan ini. Aku dulu ada tertanya, sebesar mana kepentingannya. Rupanya ia amat besar. Brotherhood mengikat hati-hati manusia bersama. Mengapa perlu bersama? Kerana kalau tidak bersama, kalau tidak sehati sejiwa, maka apa gunanya pasukan yang ada! Tanpa kebersamaan lebih baik semua orang bertindak mengikut haluan sendiri!
Akan tetapi ada yang mengambil ringan persaudaraan ini. Ada yang menganggap, sesiapa yang pernah membantu dan terlibat, tidak perlu dirapatkan sangat. Ada yang menganggap semua orang mempunyai peribadi yang serupa. Adakah begitu? Adakah semua orang jenis serius ? Adakah tiada orang yang jenis bersahaja? Adakah tiada orang yang jenis suka berjenaka? Adakah tiada orang yang jenis selamba dan bersahaja? Adakah saudara kita menghadapi masalah? Adakah ibu bapa dia tidak sihat? Adakah dia menghadapi masalah untuk mencari tempat tinggal ? Adakah dia rasa tidak puas hati dengan saudaranya y...
- Get link
- X
- Other Apps
I got a friend who was transferred to Tawau, Sabah. He was also from here, but from different division. Reading the chat log between us, I smiled. It is not me alone were being given this kind of fate. There are people who have similar bad experience, might be worse....
Ehe ... I thought I was the only one to be like this .....
May today better than yesterday!