Posts

Hari ini akhirnya hujan dengan lebatnya ! Sejuuuuknya bumi ini akhirnya. Aku mula mengembara kembali dua tiga hari ini. Aku berjalan menemui seorang teman. Dia amat aku kagumi. Dia selalu bersusah-payah demi orang lain. Pada masa yang sama kekadang dia ada benda yang perlu dia buat dan perlu dia siapkan. Dia sentiasa mesra dengan orang dan orang jarang atau mungkin tak pernah lihat dia marah. Ehe ... dapat pengalaman baru bila pergi tidur di pejabat dia ... temankan dia buat kerja. Aku takut aku iri kepada kawan-kawanku di Australia sana. Mereka pasti ada banyak pengalaman baru . Hmm ... tapi rupanya di sini pun banyak pengalaman. Pengalaman hidup sentiasa ada, cuma cara kita hidup menentukan banyak atau sedikit pengalaman itu. Jika kita hidup biasa, atau dalam putaran yang sama, maka tak banyak cerita dalam cerita hidup kita. Banyak juga kenangan yang diberikan walaupun di sini. Bersyukurlah kepadaNya ye ! Bila dah bekerja, mungkin banyak lagi pengalaman akan saya jumpa.
Hari demi hari,kita melihat seolah harapan makin hilang.Kita melihat seolah perjuangan makin susah.Kita lihat seolah suasana tidak menyebelahi kita.Satu demi satu peristiwa.Satu demi satu lakonan dunia.Semuanya berpihak kepada mereka,kerana mereka buat masa ini memegang dunia . Namun,selaku manusia yang ada program ini...nak tak nak,kena jugak menunaikan tuntutannya... hmm ... hari ni pun panas lagi.Mengapa panas?Sebab kemarau.Sebab hujan mula kurang?Sebab ada perkara yang Dia nak kasi tau kat kita ?
survival of the fittest ... yang kuat membaham yang lemah ... manusia mencari kekuatan ... melalui wang dan penguasaan ...
from islamonline : A non-scientific poll by CNN.com showed 54 percent of the more than 200,000 respondents felt Bush crossed the line.... Rupanya ramai gak nampak kemunkaran mamat ni.Ingatkan dunia dipermainkan dengan berita2 dan cerita2 mereka.
Terbaca dan teringat.... “Sekiranya Kiamat berlaku sedangkan di tangan salah seorang daripada kamu anak pokok, maka tanamkanlah ia” [Diriwayatkan oleh Ahmad] ...maka, boku wa ganbaremasu!!!!!
Hmm.Semalam panas betul.DAlam masjid panas.Kat bilik panas.Bukak kipas pun masih lagi panas!
Hari ni aku berjalan dengan kawan lama.Waaa.Lama tak jalan cam ni.Dulu kat aussie jalan dengan dia gak.Dibawa aku ke merata tempat.Dulu ingat lagi jalan2 cari kawasan best untuk bersiar-siar.Dekat bukit.Sampai kereta takleh start.Ehe... Kali ni jalan2 di Malaysia lak.
These days I was being test ed.I think it was quite a lot.From there I can see who am I.Not what I think.It's what I am.How do I react,think,feel and being patient when pushed. It is easy to tell people to be patient .It is harder being patient and advising yourself to be patient.But that's life.Like it or not,it has happened.It is reality. When I looked back,I saw some of my plans shattered. I mean it does not work according to what I planned.Well,it is outside my control.I can plan,but He has better plans for me.Remember,last time when I did my thesis?Yeah.That time it seems to be hopeless.Early that year I thought that was going to be the best and interesting thesis but it ended with a very bitter end during the interview in the first semester!Remember that painful feeling?Remember the feeling ... being pounded into pulp ? Remember what happened then? At the end of second semester .... I ended up having the most impressive thesis presentation for russell's student...
Diuji dan diuji.Bersabar yek.
Berusaha.Berserah.kepadaNya.Di kala harapan tiada.
Tahu tak anda.Seorang pejuang islam dibunuh hari ini.Mati.Semoga syahid.Amin. Tahukah kita siapa dia?Ke .. kita tak kisah siapa dia?
Tadi ke temerloh.Naik bas.Maklumla kereta kat bengkel.Lama tak naik bas.Teringat aku kat Clayton.Di sana bas lagi bersih dan berhawa dingin.Lagi selesa.Menepati jadual lak tu.Kalau mesin rosak,dia kasi naik free je.Pastu bila orang turun bas,mesti ucap 'thank you' kat driver.Pastu kat dalam bas ada pamplet jadual waktu bas untuk laluan tu.Rindunya.... Fotostat barang yang perlu.Nak cuba keje ni. Oh.Kat bandar dah banyak sampah.Harapnya cepatla semua orang kemas.Balik rumah pun naik bas.Penatnya.Lama tak jalan cam ni.Naik bas ke sana ke mari. Ehe...kena biasakan,nanti keje...bole la naik bas untuk jimatkan kos dan simpan.
Tadi aku dapat panggilan dari satu universiti yang tak terkenal.Mungkin ni peluang aku untuk kerja buat sementara ni.Nak sangat kumpul duit untuk matlamat tu.Aii .. sabarla,barangkali kena menanti sedikit sahaja lagi.
Pagi ini ayah hantar mak ke sekolah.Lepas tu mungkin dia hantar kereta ke bengkel untuk dibaiki.
Tadi kereta mak aku kena langgar di belakang.Teruk juga.Ruang barang dan lampu rosak teruk.Pastu, tiba-tiba macam-macam sahaja tak kena sepanjang hari di Muar.Adik aku nak cari kedai beli barang pun hampir tak jumpa.Kesian kat adik aku.Dahlah nak ke sekolah,tensen lak dengan insiden ini. Malam ni hujan lebat lak.Forecast kata tak hujan. Aku dapat SMS dari kawan aku.Akhirnya dia dah dapat surat offer.Aku belum lagi.Jadi sekarang tinggal aku seorang sahaja yang belum dapat surat offer(kalau dikira orang yang aku tahu dari batch aku).Hmmm...sedih terasa tiba-tiba.Possible ke dapat keje 1 april ni? Hari ini terlalu sedih.Sangat sedih dengan macam-macam yang tak kena. Sabar je la.Sabar tu susah nak buat.
Ingin ku ceritakan sesuatu yang ingin ku kongsi... Malam ini hujan lebat.Kilat sabung-menyabung.Sehingga sebentar tadi.Sekarang sudah reda.Adakah sesuatu yang besar telah berlaku? Ok.Aku bersama sahabatku berjalan-jalan berjumpa manusia.Tidak ku sangka,tapi memang berlaku,aku lihat senario seperti yang pernah dilukis dalam komik itu.Si suami buat kerja sampai dia penat.Dia drive sampai lewat malam.Bila nak pulang, teman dia pula yang drivekan pula.Dia adalah antara orang yang aku respek.Aku rasa ramai adik aku pun respek kat dia.Sentiasa senyum dan sentiasa bawa sikat ke mana-mana ;) Ehe...susah nak cari orang macam itu. Aku juga mendapati,perbezaan antara manusia membolehkan ia dimanfaatkan untuk jalan ini.Orang lelaki buat kerja secara simple tapi kekadang berlebih sedikit dari kapasiti biasa dan orang perempuan buat kerja secara detail tapi menghampiri kapasitinya.Ehe.. orang tak faham lak kali ni.Maaf yek. Hmm ... kita selalu mengharapkan good ending . Mungkin kita ba...
Esok.Hari aku buat pertama kali mengundi.Sama-samalah kita tunaikan tanggungjawab kita.Jom buat pilihan....ehe... Hari ini hujan renyai pada pagi.Cerah.Petang cerah juga.Esok?hanya Dia sahaja yang tahu....
Selamat berjuang ... bagi jiwa yang sedang berjuang. Selamat bekerja ... bagi jasad yang bekerja. Selamat malam ... bagi yang nak tidur. Selamat jalan ... bagi mereka yang dah terbakar . Selamat hari lahir ... bagi yang masih hidup. Jangan berputus asa! Barangkali masa yang ada inilah Dia nak bagi pertolonganNya. Bacalah,barangkali yang kita baca ini akan masuk. Tulislah,barangkali yang kita tulis ini akan beri keputusan. Hafal,barangkali yang dihafal akan membawa kesan. Cubalah,barangkali yang dicuba itu ada jaya. Tapi,ingat ... hasilnya tetap Dia pegang.Yang kita buat hanyalah berusaha.
Tadi kawan lama datang.Sembang kejap dengan dia.Ehe ... dia sekarang berjalan merata juga. Hari ini cerah.Senang nak jemur kain.
Pagi ni cerah.Semalam hujan lebat.Aii ... asyik cerita pasal cuaca je. Hmm .. bila kita mendapat keselesaan,kita selalu lupa nikmat yang tuhan bagi dan lupa akan realiti hidup ini.Kita lupa saudara kita yang dibunuh di sana.Kita lupa saudara kita yang sedang teruk kelaparan di sana.Kita lupa saudara kita diperlakukan sesuka hati di sana.Disiksa.Ditembak.Dihina.Dikeji.Seolah-olah orang yang ada islam amat hina nilainya. Suatu ketika dahulu.Ketika seorang perempuan diganggu.Khalifah serta-merta hantar surat kat pengacau dengan mengatakan : "jika kamu tak lepaskan perempuan ini,nescaya akan kuhantar tentera yang bila sampai barisan pertama di negara kamu,barisan terakhir dari negara ini masih belum habis keluar!".Maka perempuan muslim itu dilepaskan.Dia dilindungi.Hari ini,berjuta-juta perempuan dianiaya dan dieksploitasi. Nampaknya masih belum banyak yang aku dah buat.Adakah sebab aku ni malas?Adakah sebab aku dah mula terikat dengan komitmen lain?Adakah aku tak taha...