Posts

All right!!! bateri dah dicas semula . Wah , begitu payah nak cas bateri jiwa ni. Charger buatan sendiri kekadang slow sket, lebih2 lagi bila perasaan berseorangan menyerang.... hari ni pakai charger orang lain .... charger kawan ... yang menunjukkan sinar harapan! Aku harap teman2ku yang sedang membuat persiapan untuk peperiksaan mampu stabilkan diri di masa ini... Kuatkan semangat semua!!!
Hari ni masuk hari ke3 aku hempas pulas upgrade ::Aussiee:: . AKu harap kelebihan ini digunakan seoptimumnya!!!!! OKlah. Biarlah dah tinggal seorang! Andai memang kena buat seorang diri ... akan ku cuba sedaya upayaku!!! Wahai tuhan ... Kaulah sahaja tempat aku mengadu dan Kau sahaja yang memahami jiwaku! Istiqamahkan aku dan temanku ... Amin!
Kamal ... kuatkan semangatmu ... dulu kan dah aku cakap ... He is watching you ...the line still on ... stay connected !
Terkenang akan diriku ... entah mengapa tetiba merasa sunyi .... di bulan yang mulia ini ... entah mengapa aku terasa aku mungkin akan begini untuk masa tertentu ... di mana , aku memikul senjataku untuk mengalahkan musuh ... di mana temanku tiada di sisiku .... di mana, hanya Dia sahaja tempat aku mengadu dan meluahkan rasa di hati ... betapa sunyinya aku di bumi ini .... Wahai tuhanku, bantulah aku untuk menggandakan kekuatan jiwaku ... dan jadikan aku menggunakannya untuk jalan-Mu. Istiqamahkan aku dan temanku ... Amin ....
Alhamdulillah, akhirnya website versi PHP siap fasa pertama. Harapnya laman web berbentuk portal ni dapat dimantapkan supaya kita semua dapat manfaat darinya. Nak tengok ? Klik di sini! ... Namun ia masih di peringkat percubaan :) . OK! Sekarang masa untuk ulangkaji ECE4509 Reliability ENgineering! Berusahalah!!!
Sejak dua menjak ini aku disapa oleh brother2 arab dengan mesra. Waa. Bestla bila aku lihat mereka sembang bahasa arab sesama mereka. Teringat aku kat seseorang. Kawan aku. Dia pun fasih arab. ... Teringin aku untuk fasih dalam bahasa ini juga .... Tadi salah seorang brother arab ajak aku berbuka di rumah dia. Dia orang Jordan. Makan makanan arab. Nasi , ayam , minced meat, yogurt , salad arab. Alhamdulillah .... Tadi pun lepas terawih ada sorang brother arab (mesir/sudan) hantar aku balik ke rumah.
Alhamdulillah... dah dua paper sudah! Tadi dipermudahkan untuk menjawab semua soalan ... dalam masa 40 minit !!!! Ok. Dah selesai satu tugas. Belum masa untuk relaks. Keje kita banyak. Pandang 600 tahun ke hadapan! Ke tugasan seterusnya! ... "Faiza faraghta fansob!"
Akhirnya dah siap satu paper. Tinggal lagi 3 ! Esok ada ECE4507 Renewable energy . Pasal Solar Panel , pasal Geothermal, pasal wind energy ... dan beberapa perkara berkaitan ngan environment. Hari ini hujan pula di Clayton ini. Setelah bertadarus kat rumah kawan, balik dan masak lauk berbuka. Simple je. Tomyam instant . Kesian kat aku. FAIL memasak. Adik aku dan mak aku tak kasi aku masak masa cuti tahun lepas. Nak tolong buat kuih pun takleh. Tapi tak perlu risau(especially yang akan bersama ngan aku nanti), aku tak kisah sangat dah pasal apa yang nak dimakan. Asalkan kita hilang lapar ... ok la kan? Lagipun , kalau minimise masa masak , maka harapnya ada masa untuk buat banyak keje lagi kan ? Semoga kita akan terus di jalan ini ... Amin.
Hari ini Exam bermula!!! Tendon, LIgament, Eccentric Contractions, Sesamoid bone, Cross-bridge, Supraspinatus, Deltoid, Collagen, Osteocytes,Action potential ..... banyaknya definisi yang student medic kena hafal ... ni baru belajar biomechanics.... OK, kamal ... ingatlah , mengapa kita buat semua ini selama ini ... mengapa kita berusaha sehingga kini ... Dah hari kedua ramadhan. Berapa banyak aku dah improve? Hmm ... apa yang boleh aku improve?!! Prepare myself! Go forward!!!
Esok paper BIomechanics. Alhamdulillah, kalau kita percaya kat Dia , Dia tak akan kecewakan kita. Tadi member aku non-stop kasi jawapan untuk sample question....dan alhamdulillah seolah-olah masuk ngan mudah dalam PC400 RAM aku .... OK. Bersama kita berusaha ...! Bersedia! Terus melangkah!
Tadi hujan. Subuh di masjid. Esok exam . Biomechanics (ECE4804). Lusa ECE4507 (renewable energy). Berusahalah!
Alhamdulillah. Akhirnya ramadhan dah tiba!!!! Solat terawih. Wah, aku terasa seronok bila lihat ramai orang datang ke masjid. Harapnya suatu masa nanti setiap hari orang muslim dan mukmin akan datang berjemaah di semua masjid di seluruh dunia!!! Amin.....
Hmm ... tetiba nak tambah lagi satu entri hari ini ... Andaikata selama ini kita berubah sebab sesorang , maka dia tak dapat bersama kita setiap masa atau selamanya ... tapi andaikata kita berubah sebab Dia, Dia sentiasa ada dan memerhatikan kita !
Semalam sembang ngan kawan. Dia sebut pasal risiko . Realitinya kita takut nak ambil risiko. Tapi peliknya kita selalu ambil risiko. Lihatlah ... kita sanggup tinggalkan rumah untuk ke universiti. Ke luar negara. Itukan risiko? Aku dulu masa mula nak masuk ke jurusan Elektrikal ini pun menghadapi risiko. Orang kata nak masuk ke Monash ni selalunya drop out kalau amik ECSE. Nak masuk ke department ECSE pun payah sebab ramai nak masuk. Nak pass sampai ke final year pun tak ramai . Risiko untuk gagal di tengah jalan tinggi . AKu melihat ramai kawan aku tersungkur dan terjatuh di tengah jalan. Bila difikirkan ke belakang lagi, banyak risiko telah diambil. Masa nak ke asrama penuh, aku tinggal di asrama pertama kali. Masa tu takut. Masa tu tak pasti boleh belajar macam kat rumah ke tidak. Bila difikirkan merentasi masa ... dahulu hingga sekarang ... kita sebenarnya sanggup ambil risiko , sebab ... kita percaya akan ganjaran daripada risiko itu , iaitu : ijazah, kecemerlangan pe...
Tadi teman seorang kawan bersama mekanik untuk repair kereta dia. Kereta tu nak dijual kat kawan lain. Tapi dengarnya akan digunakan untuk tolong orang lain,bukan untuk diri sendiri. Mekanik yang repair tu aku respek ... dia boleh sabar. Ye la. Keje repair ni dibuat luar masa keje dia. Bukan OT pun. Tapi dia kira mudah dalam kos dan sebagainya. Tamat repair jam 12.00 tengah malam tadi ... dari jam 9.00 malam ... Hmm ... semoga Allah beri hidayah kat mereka ...
Setiap masa, ada ketikanya kita melihat manusia memilih jalan hidup ... malah menukar jalan yang mereka lalui ... Kekadang kita rasa sukar bagi kita untuk membuat pilihan . Kita berdepan dengan berjuta kemungkinan. Kita menjadi keliru, takut dan hilang kekuatan diri. Tapi , setiap kali ... setiap masa, jangan berputus dari berdoa kepada-Nya , agar jalan yang akan kita pilih itu , terbaik ... bukan untuk kita sahaja , tapi untuk suatu yang lebih besar!!! Ingin aku memberi sokongan dan doa kepada semua sahabatku yang mula membuat pilihan .... yang melangkah ke masa depan ... demi tujuan ... yang harapnya menjadikan kita bahan binaan kegemilangan 600 tahun di hadapan! Semoga hati kita tenang dan diberi ganjaran , serta kekuatan dan kebahagiaan ! ... Amin!
Hari ni bangun lewat sedikit. Bila tiba di masjid, orang baru habis solat subuh berjemaah. OK, esok kita cuba bangun awal lagi, insya-Allah! Hmmm ... pelik. Bola kat TV selalu diadakan pada pukul 2-3 pagi ... takpun 3-4 pagi . Mengapa timing bola selalu waktu2 sebegini? Hmm ... orang sanggup qiam bola untuk tengok.... tapi untuk solat subuh, untuk ibadah (khusus) malam , payah lak. .... dan worst case , mungkin ada yang lalai dengan solatnya ! Orait .... bila lagi , siapa lagi ... yang nak ubah keadaan ni. Mungkin bukan sekarang. Mungkin 600 tahun lagi.... tapi jadilah antara batu2 binaan yang membina perubahan itu! Istiqamah dan berusahalah!
Sekali lagi aku melihat temanku. Melihat diriku. Kami bersama-sama sejak mula sampai ke sini hingga kini. Macam-macam kami hadapi. Bersama dan bersendirian . Aku melihat lagi. Tatkala aku ceria , mungkin dia menangis. Tatkala aku tertekan, mungkin dia tersenyum. Kekadang kami senyum bersama , sedih bersama .... NAmun ...cabaran yang kami hadapi masih berbeza ... sebab Dia tak uji hambaNya melainkan mengikut kemampuan hambaNya itu.... Bersabarlah wahai teman, barangkali kita kena bertahan sedikit sahaja lagi ....
I read my entry on Thursday June 05 2003 ... ... and compare with what happened today. My thesis. My presentation. My life . Everything has changed. THere will be a great difference back then , when I was driven to do that for myself and when I am doing it for something bigger! Back to work ... thesis is finished. Well , do the next work ... faiza faraghta fansob!
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hari ini hari cerah . Tak hujan macam semalam. Hari ini aku present thesis aku. 11.30 pagi waktu melbourne. Hari ini menunjukkan betapa Dia membantu dan betapa hebat bantuan-Nya bila Dia kehendaki . Presentation aku tadi ada gak problem. Komputer meragam bila aku nak start bukak powerpoint slide. Pastu komputer tu hang/crash bila aku nak bukak movie clip robot. Tapi alhamdulillah, problem tu nampak kecil. Ramai orang lebih impressed dengan robot aku dan presentation secara keseluruhan. Sememangnya Allah maha kuasa! "Dan terhadap nikmat tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur) [ad-Dhuha : ayat 11]"